Bantal Hotel DAG Ori – Gebu Gebas seperti tidur dihotel

Selama ni kita percaya bantal kekabu adalah pilihan ramai orang kerana kita merasa empuk dan selesa bila menggunakannya..semakin lama, bantal kekabu original makin sukar didapati dan harganya bertambah mahal..lagi satu, bila dah lama digunakan kekabu itu akan menyusut/menipis, maka kenalah jemur selalu untuk dapatkan keempukan itu..setuju?? rajin ke nak jemur?

Pilihan sekarang, bantal Hotel …bukan seperti bantal hotel,tapi memang bantal hotel direct dari kilang ..kualiti dan rasanya memang sama seperti hotel 4 bintang..Jom cek lebih lanjut tentang bantal hotel DAG ni..

Cari bantal murah tapi berkualiti?
DAG Pillow adalah pilihan terbaik !

KENAPA DAS ABDUL GLOBAL (D.A.G.) PILLOW ?
D.A.G. Pillow adalah bantal hotel yang berkualiti tinggi yang dikeluarkan oleh Das Abdul Global di mana founder Das Abdul merupakan bekas jurutera yang berpengalaman dalam bidang pembinaan hotel dan juga bekas Pengurus Besar Hotel selama 7 tahun. Jadi barang yang kami keluarkan adalah barangan bermutu tinggi dan punya nilai sentimental tersendiri.

D.A.G. Pillow terbukti berkualiti kerana telah terjual 22,000 pcs dalam masa 6 bulan sahaja!!!

D.A.G. Pillow adalah 100% kualiti hotel bertaraf 4 bintang. Ianya baru dan terus dari kilang. Bantal ini hanya dibuat untuk supply kepada hotel. Tidak dijual dalam pasaran biasa.

D.A.G Pillow diperbuat dari polyester fiber. Ianya tidak berdebu dan anti alergik. Sangat bagus untuk mereka yang asma. Lembut dan gebu sesuai dengan tekstur kepala dan bahu. Selesa dan tidak panas.

D.A.G. Pillow bersaiz 19″ × 29″

KENAPA BANTAL DAG PILLOW BEST??
hygiene – tidak berdebu dan anti alergik. Sangat bagus untuk mereka yang asma.
lembut & gebu – dibuat dari bahan yang empuk.
Sesuai dengan tekstur kepala dan bahu.
selesa dan tidak panas
mudah untuk dicuci & dijaga (BOLEH MASUK WASHING Machine – warm setting)
tidak memerangkap lembapan seperti habuk dan peluh yang sebabkan bantal menjadi lembab, busuk , gatal dan tekstur dalaman menjadi lembik.

DAG Pillow
“Luar sama, rasa berbeza”

Preorder : stok available awal September , InsyaAllah..

HARGA :

1 biji RM38

Berminat, and aboleh whatsapp sy,

Elin 017-7854596

 

Percutian bersama family ke KK dan Kundasang – part 1

Alhamdulillah, penantian selama hampir setahun akhirnya terlaksana. Kisahnya, saya menempah tiket flight ke KK pada Februari 2015..Percutian ini sangat bermakna kerana kami bercuti bersama keluarga emak dan maksu..kira bersama sepupu sepapat la..total rombongan kami adalah 14 dewsa dan 2 kanak-kanak (Nafisah & Anas).. Percutian ini juga boleh dikatakan honeymoon untuk sy & suami, qiah & Abid dan Nas& bella..Sy akan cuba ringkaskan kisah percutian ini merangkumi itinerary, bajet dan tips…

Ringkasan itinerary

11/03/2016

Bertolak ke Senai airport jam 10.30 am melalui highway Senai-Desaru.. Perjalanan mengambil masa sekitar 40 minit..aduhai tol sgt mahal okeh Rm9.20..Setiba di kawasan airport senai, kami parking di metro, tanya kaunter kos parking dalam rm100 untuk 4 hari..rasanya affordable la..Kami parking 3 kereta..

Masuk dalam airport, terus ke kiosk Air Asia untuk print boarding pass & baggage tag..orang memang tak ramai..saya dah check in my family members guna web check in, so kenalah bawak sekping A4 size untuk boarding pass sebab melalui pembacaan ramai kata kiosk is busy..hurmm menyesal plak sebab kertas yg diprint dari kiosk lebih smart..sy pnye seat register bersama infant (Anas), so tak boleh guna web check in, so guna kiosk..

Selesai print, terus pasang tag kat bagasi..saya beli baggage 20 kg untuk setiap orang..rupanya rugi sangat sbb aduhaii beg troli yg besar pon sekitar 12 kg je..so total 8x20kg = 160 kg untuk baggage..bila scan, total baggage kami cuma 60-70kg je..huhu membazir..untuk hand carry, korang boleh bawak bagpack ke handbag tak lebih dari 7 kg on board..

Selepas selesai urusan baggage, kami pon menuju kebalai berlepas..semasa melalui pemeriksaan, kami diminta menunjukkan boarding pass + I/C..dengarnya tali pinggang kena bukak, tapi suami tak kena pon..cuma adik saya, Sasa diraba oleh pegawai wanita disitu untuk diperiksa..ishhh tensen dia sebab dia je kena..kihkih..

Memang huru hara la kami semua kerana ni first time…sampai kawasan menunggu azan zohor pon berkumandang, terus kami bergilir-gilir solat..flight berlepas pukul 2.40 pm..dalam pukul 2.20 kami diminta masuk kedalam flight..wahhh teruja + cemas, masing2 amik tempat duduk yang telah saya pilih..hubby duduk tepi tingkap bersama Anas, Nafisah tengah..

~ bersambung ke part 2 nnt yea..

2015 in review

Alhamdulillah masuk tahun baru 2016..lamanya tak menulis diblog ni..untuk permulaan nk share full report for this blog for 2015..

 

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2015 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

The concert hall at the Sydney Opera House holds 2,700 people. This blog was viewed about 59,000 times in 2015. If it were a concert at Sydney Opera House, it would take about 22 sold-out performances for that many people to see it.

Click here to see the complete report.

Ayam percik Ayamas, dipanggang sendiri..sangat sedap tak terkata

Alhamdulillah, pertama kali merasa ayam panggang Ayamas. Sebelum ni hanya lalu depan kedai Ayamas, memang agak terliur tengok bunting Ayam panggang tu..Kali ni nak cuba sebab nak bwak pergi pantai. Masuk dalam tengok-tengok, wah banyak produk Ayamas ni. Terus tengok ayam marinated, tanya adik kat situ ayam mana yang paling sedap. Diorang cadangkan ayam percik sebab ramai suka. Ok kami pon setuju. Tunggulah dalam 5-7 minit untuk mereka perapkan ayam. Haritu ada offer, rm20.60 untuk seekor ayam perap.

12233350_10204826845527389_224226355_n

belilah sekali dengan sos bawang putih, masam-masam pedas rasanya..

Nak tengok rupa ayam tu???

12242141_10204826845807396_276341897_n

kusss semangata yam ni kan??masuk oven dalam 45-60 minit..

teng!! ayam siap..haruman segenap ruang rumah..menyelerakan sungguh

12233169_10204826845607391_1730711825_n

tengok ni. garing kan..tapi bawah tuh basah dengan sos percik..makan dengan nasi kosong saja pon sedap..anak-anak pon suka..ehh nampak gaya boleh jadi menu mingguan ni..serius sedappppppp sangat..cubalah..

Bersantai di pantai batu layar, sangat-sangat seronok

Apakah tempat percutian hujung minggu anda bersama anak-anak yang berumur 4 tahun kebawah?? mungkin sebelum ni suka bawak ke pasaraya, taman permainan dan makan-makan..tapi itu semua perlukan perbelanjaan lebih, kurang selesa dan mungkin tergesa-gesa sebab penat dengan kerenah anak-anak kecil. sekarang, saya dan suami punya idea yang lebih baik iaitu bercuti ke pantai, pasang khemah, bermandi manda, main pasir  dan semestinya makan-makan. Sangat seronok tak terkata.

Tambahan keadaan persekitaran pantai batu layar yang sangat indah, tapak khemah sangat dekat dengan pantai, pantai yang landai kurang merbahaya dan sangat privasi sebab banyak sangat pokok besar melindungi tapak perkhemahan kami..ini kali kedua pergi iaitu semalam hari sabtu, bayangkan hanya ada 3/4 keluarga disepanjang pantai. Memang sangat syokla sebab kitorang yang menguasai pantai..taknak taip panjang la, jom layan gambar hepi kami..

Trip pertama Selasa 10/10/2015

12248758_10204826865687893_1471134569_n

khemah kecil kami

12250725_10204826848047452_740646507_o

mihun singapore, nasi dagang, keropok, nugget

12231498_10204826865207881_2049655076_n

aduii sunburn,penat sgt ni..

Trip kedua Sabtu 14/10/2015

12226837_10204826846727419_2091662866_n

tak sabar nak terjun dalam air ni..

12231496_10204826846807421_2126134336_n

ok, main pasir dulu sebab cuaca terik nak masuk dalam air laut ni..

12226370_10204826846527414_2064732664_n

bestnya dapat main pasir ni..lembut halus mulus

12236419_10204826847887448_810854742_o

tengok, kosong je pantai kan

12242344_10204826847367435_1419739211_n

panorama snap by hubby

12250725_10204826848047452_740646507_o

makan dulu sebelum masuk dalam air..nasi ayam + ayam percik panggang

12242198_10204826862127804_54856022_n

we are happy sangat

12250293_10204826847727444_406943196_o

ehh ada buaian, banyak kali Anas terhantuk dengan kayu tuh..kesiannn

Promosi bonanza Oktober 2015 dari Shaklee

Alhamdulillah, kita telah masuk bulan October..masuk bulan baru, mesti tertanya-tanya apakah promosi yang Shaklee berikan??

Memang terkejut sangat, banyak sungguh promosi yang saya nak kongsikan ni.Macam tak percaya je kan..

144359658390717

144359568078382

144359594035731

144359626412288

Percaya tak sekarang, bukan 1 bukan 2 tapi empat promosi untuk anda grab yea..promosi yang paling best adalah vitamin E tuh..beli 1 botol dapat 2 botol..penjimatan 100% tu..memangla orang cakap, eh Shaklee ni nak abiskan stok la tuh, tapi jangan risau, vitamin E ni expired Jan 2016. Maksudnya, anda beli bulan ni, makan 2 biji sehari memang akan abis januari tahun depan. Dan vitamin shaklee ni, masih boleh dimakan selama 6 bulan dari tarikh expired. So, takde masalah.

Kenapa anda kena rebut offer ni???

Inilah waktunya anda hendak cuba vitamin yang best dengan harga jimat sehingga rm10++ untuk setiap botol vitamin yang anda beli

Berminat untuk mencuba , meh pm saya,

Elin (017-7854596)