Orange , Nafisah dan Anas

Kisah mlm tadi…

Nafisah memang sedia maklum sangat suka akan buah oren..sebelum ni ummi pesan jangan bg adik Anas mkn, dia kecik lagi..mlm td kami berdua makan oren dpn Anas..dengan pandangan yg tajam, Anas merenung buah oren..terbit rasa kesian lalu ummi bagi Anas hisap cket..wahh beria Anas sedut tuh..terpancar kegembiraan di wajahnya..kakak Nafisah pon tolong sumbat kat Anas..ummi ckp, dah cukup Anas tak boleh mkn byk..Anas baru nak masuk 5 bulan..da boleh ke nak perkenalkan solid food??

Jom kita kenali tanda-tanda anak anda sudah bersedia hendak makan..

  • Boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu 

Adalah penting bagi bayi kekal dalam posisi tegak dan stabil jika dia mahu mengambil makanan yang disuap dengan sudu. ( start 4 bulan lagi Anas da angkat kepala..badan pon tegap je bila dipegang…hihi mesti penangan Ostematrix ni)

  • Duduk dengan baik apabila dipegang 

Mula-mula anda mungkin perlu memegangnya. Cuba tegakkan dia di hujung sofa atau sandarkannya di atas seorang dewasa. Kerusi tinggi kanak-kanak boleh digunakan selepas itu apabila dia sudah pandai duduk sendiri.

(Anas steady je duduk sandar kat sofa )

  • Melakukan pergerakan mengunyah 

Bayi anda mestilah boleh menolak makanan ke bahagian belakang mulutnya dan menelan. Apabila bayi anda sudah pandai menelan dengan efisien, anda akan perhatikan bahawa air liurnya sudah kurang meleleh.

( belum try mana nak tau kan??)

  • Berat badan telah naik secara sihat 

Kebanyakan bayi telah bersedia untuk makan makanan separa pejal apabila berat badannya semasa lahir telah meningkat sekali ganda. Ini biasanya berlaku sebelum atau sekitar usianya enam bulan. Jika bayi anda tidak mencapai berat badan yang normal, bincanglah dengan pakar pediatrik anda.

(masa cucuk 3 bulan, berat Anas da 6.75 kg iaitu da 2 x ganda dari lahir)

  • Amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan

Bayi anda mula memerhatikan makanan yang anda sedang makan dan cuba mengambil makanan itu semasa anda mengambilnya dari pinggan untuk masuk ke mulut anda.

(hehe its true..Anas sgt geram tengok makanan..kesiann anak ummi ni)

So, kesimpulannya Anas da boleh diperkenalkan dengan solid food..

Makanan apa yang patut diperkenalkan dahulu??

Mulakan dengan makanan pejal yang dikisar menjadi puri bersama susu ibu. Buah-buahan dan sayuran yang sesuai termasuk epal, pisang, labu, lobak merah, kentang, bayam dan brokoli.

• Pastikan tiada gula atau garam ditambah pada makanan.

• Berikan satu-satu resepi selama 4 – 7 hari sebelum bertukar resepi lain bagi memastikan bayi anda betul-betul serasi dan tiada alergi terhadap makanan tersebut.

Jadi, ummi pilih pisang atau pear untuk Anas…next post ummi share penyediaan puri pertama Anas okey..

Foto4-1

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s