Puree & bubur beras perang untuk bayi 6 bulan

Homemade food is ALWAYS the best..so walau sesibuk mana pon saya tetap sediakan homemade food untuk family lebih-lebih lagi si manja Anas yang berumur 6 bulan..

Bermula dengan Nafisah dulu saya mula belajar tentang solidfood dalam group FB..sangat membantu bagi ibu-ibu yang baru mempunyai anak..bermacam kaedah, resepi dan nutrition information boleh kita perolehi melalui group ini..yang seronok masing-masing share resepi dan gambar untuk rujukan bersama.

Untuk permulaan saya dedahkan Anas dengan puree pisang sewaktu umur 5 bulan lebih..memang dia da nk sangat makan dan pandai makan..selepas tu try bagi puree betik, puree pear, puree plum, puree pear dan puree mangga..nampaknya dia suka sangat dengan puree mangga..

 

10656570_10202441699540230_510902973_n 10656684_10202441699100219_757697662_n

Jom kita tengok aksi Anas lepas makan..(perut kenyang, mesti suka hati)

 

10694885_10202441699580231_1095559711_n

Bila dah nak masuk 6 bulan ni, kena la study pasal bubur nasi pula..search google banyakla blog mommy2 cerita tentang kebaikan beras perang untuk si manja..

Apa itu beras perang ??

Jika dilihat dari segi luaran, beras perang sama saja dengan beras biasa, tetapi apa yang membezakannya adalah beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras itu.
Oleh sebab itu, keba-nyakan kita lebih menyukai beras biasa kerana ia lembut dan cepat dimasak, berbanding beras perang yang mempu-nyai tekstur agak kasar

Ia dinamakan beras perang kerana beras terbabit belum ditapis dan diproses seperti beras putih yang sudah diproses dan dibuang kulitnya.

Bahagian yang dibuang itulah terkandung pelbagai nutrisi yang sememangnya diperlukan badan. Ini termasuk serat, protein, magnesium, manganese dan zink iaitu antara nutrisi yang terbuang semasa proses penapisan.

Kebaikan beras perang

1. mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
2. mengekalkan berat badan yang ideal
3. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser
4. menurunkan kolesterol dalam badan
5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
7. mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
8. kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.

Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang?


Beras perang baik dimakan oleh bayi yang baru diperkenalkan dengan bubur nasi dan individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.

Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks

Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.
Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.

Kesimpulannya, beras perang amat baik diambil oleh orang dewasa yang mementingkan kesihatan dan bayi yang baru nak mula belajar makan..so tadi pergi Jusco dan belila beras perang ni..1 kg = rm 4.10. Beli juga sweet potato untuk dimasak bersama bubur nasi ni..japanese sweet potato ni sangat manis..sedap direbus dan dimakan begitu saja..

10681526_10202441699860238_1371745401_n 10660700_10202441740941265_66853308_n

Nak cerita, saya ni memang pelanggan setia Jusco tau..apa-apa pun beli kat jusco sebabnya semua fresh dan selalu ada offer best..lagi best kumpul point boleh redeem cash voucher..point 2500 dapatla rm20 cash voucher..buah-buahan kat jusco pon best, selalu ada 50%..bukanla teruk sangat buahnya..cuma kalau buah da lebih sehari diorang akan terus sisih dan jual 50% less..memang rambang mata..harini grab buah pear (untuk Anas) dan anggur (untuk Nafisah, ummi & abi)..

10656225_10202441699780236_851734446_n

 

Panjang pulak entry kali ni, apepun memang happy kalau cite bab makanan ni..

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s