Ulasan buku : Bidadari Bumi – 9 kisah wanita solehah (karya Ustazah Halimah Alaydrus)

taman-indah

4 Wanita Yang Dijamin Syurga …

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.Selawat dan salam buat junjungan tercinta,Nabi Muhammad SAW.

Post kali ni saya nak bercerita tentang siapa 4 orang wanita yang dijamin syurga. Sabda Rasulullah SAW : “Seutama-utama wanita ahli syurga adalah Khadijah bt Khuwailid, Fatimah bt Muhammad, Maryam bt Imran dan Asiyah binti Muzahim…”

Keempat-empat wanita mulia ini sudah tentu memiliki peribadi yang tinggi sehingga Allah memberi Syurga kepada mereka. Jom kenali mereka secara rambang.

  1. KHADIJAH BT KHUWAILID.

    Beliau seorang insan yang sangat mulia. Insan pertama yang bertakhta di hati Habiballah. Insan pertama yang membenarkan risalah nabi tercinta. Mulia Khadijah bukan terletak pada banyaknya harta yang dimilikinya, bukan pada paras rupa yang rupawan dan bukan juga pada keturunan. Tetapi mulianya beliau kerana akhlak dan sifatnya yang mulia sehingga kaumnya pada zaman jahiliyyah menyebutnya  dengan panggilan At-Taharah iaitu wanita yang suci. Wanita ini juga seorang yang telah banyak berkorban harta,jiwa dan seluruh kehidupannya untuk kepentingan dakwah dijalan ALLAH. Pengorbanan beliau telah mendapat penghormatan dari ALLAH melalui Jibril dengan menitipkan salam untuk Khadijah dan menyiapkan rumah baginya di syurga.

    Jibril datang kepada Muhammad,kemudian berkata : ‘Wahai Rasulullah ini khadijah datang membawa bejana berisi lauk-pauk, minuman dan makanan. Maka ia telah tiba, sampaikan saalmnya dari Rabbnya dan dari aku, dan sampaikan khabar gembira untuknya dengan sebuah rumah dari mutiara di syurga, tidak ada kesesakan di dalamnya dan tidak ada pula kepayahan”(HR.Bukhari)

    Jika diatas,kita lihat pujian dan penghormatan ALLAH dan Jibril terhadap Khadijah, kini kita hayati kata-kata pujian Rasulullah terhadap Khadijah : “Dia adalah seorang wanita yang terbaik,kerana dia telah percaya dan beriman kepadaku di saat orang lain masih dalam bimbang keengkaraan, dia telah mengorbankan semua harta bendanya ketika orang lain mencegah kemurahanya terhdapku, dan dia telah melahirkan bagiku beberapa putera-puteri yang tidak ku dapatkan dari isteri-isteri yang lain”

    Berdasarkan hadis diatas, jelas sekali betapa Khadijah begitu mulia dan merupakan insan terbaik dan terutama untuk mendiami syurga.

2.FATIMAH BINTI MUHAMMAD

Fatimah Binti Muhammad atau Fatimah Az-Zahra adalah belahan jiwa Rasulullah,puteri kepada Kekasih ALLAH,wanitayang sempurna sifatnya dan kukuh agamanya.Beliau juga isteri kepada ahli syurga iaitu, Ali bin Abi Talib.

Dalam shahih muslim menyebut menurut syarahan An-Nawawi, Rasulullah bersabda : “Fatimah merupakan belahan diriku. Siapa yang menyakitinya, bererti menyakitiku. Dia rela hidup dalam kefakiran untuk mengecap kemanisan iman bersama ayah dan suami tercinta. Dia korbankan segala apa yang dia miliki demi membantu menegakkan agama suami.

Fatimah adalah wanita yang penyabar, taat beragama,baik perangainya, cepat puas dan suka bersyukur.Fatimah juga merupakan ibu kepada ketua pemuda syurga iaitu Saiyidina Hassan dan Hussin.

3.MARYAM BINTI IMRAN

Maryam binti Imran merupakan lambang wanita yang menjaga kehormatan dirinya dan taat beribadah kepada Rabbnya. Beliau rela mengorbankan masa remajanya untuk bermunajat mendekatkan diri kepada ALLAH, sehingga ALLAH memberinya hadiah istimewa seorang Nabi dari rahimnya yang suci tanpa bapa.

Maryam puteri Imran yang memlihara kehormatannya,sehingga ALLAH tiupkan sebahagian dari roh (ciptaanNya), dan dia membenarkan kalimat-kalimat tuhannya dan kitab-kitabnya dan adalah dia termasuk orang-orang yang taat.

Ujian yang diberikan sedikit pon tidak menipiskan ketebalan iman di hatinya.Walaupun terkejut dengan ujian diberi namun keyakinannya pada ALLAH mengatasi kekacauan yang dialami.Sikap tawakkal dan sabar yang dimilikinya inilah yang membawanya naik ke maqam yang lebih tinggi disisi ALLAH.

4.ASIYAH BINTI MUZAHIM

Asiyah Binti Muzahim (ratu syahadah) dialah insan yang diuji ALLAH dikurniakan seorang suami,penguasa yang zalim iaitu Firaun Laknatullah.Asiyah dizalimi kerana beriman terhadap kerasulan Nabi Musa dan segala ajaran baginda Nabi.

Betapa pun besar kecintaan dan kepatuhannya pada suami ternyata di hatinya masih tersedia tempat tertinggi yang dia isi dengan cinta pada ALLAH dan RasulNya. Syurga menjadi tujuan akhirnya sehingga kesulitan dan kepedihan yang dia rasakan didunia akibat meninggalkan kemewahan hidup,budaya dan tradisi leluhur yang menyimpang dari syariat ALLAH, ditelan begitu sahaja demi kesenangan abadi. Akhirnya Asiyah meninggal dunia dalam keadaan tersenyum meskipun dalam seksaan pengikut Firaun laknatullah.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, : ” Firaun memukul kedua tangan dan kaki Asiyah dalam keadaan terikat. Maka ketika Firaun dan pengikutnya meninggalkannya, malaikat menaunginya lalu ia berdoa: “Ya Rabb bangunkan bagiku sebuah rumah di sisiMU di dalam syurga”

Maka ALLAH perlihatkan kepadanya sebuah rumah yang telah disediakan untuknya di syurga sebelum dia meninggal dunia.

Doa Asiyah sebelum meninggal dunia “Ya ALLAH, bangunlah untukku sebuah rumah di sisiMU dalam syurga dan selamatkanlah aku dari firaun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.

Ustaz kami, Tokku pasir Gudang mengulas ketika hampir wafat Asiyah kelihatan tersenyum kerana telah dibuka hijab oleh Allah untuk melihat istana yang dipinta dalam doanya..

Di antara 4 orang wanita mulia ini, dua daripadanya akan menjadi isteri kepada Nabi Muhammad SAW di dalam syurga iaitu Maryam dan Asiyah selain dari isteri kesayangan baginda iaitu Khadijah.

Persoalan yang bermain dalam benak saya, adakah idola/contoh wanita zaman ini yang kita boleh kategorikan sebagai calon syurga? Kerana kehebatan 4 orang wanita ini hanya boleh kita ketahui melalui pembacaan dan cerita dari ustaz-ustaz . Kita memerlukan tokoh wanita mulia di zaman ini yang boleh kita perhatikan dan boleh dijadikan ikuta. Persoalan saya terjawab setelah membaca sebuah buku yang dihadiahi oleh sahabat baik saya Wan Jasrina . Tajuk buku itu adalah “ Bidadari Bumi – 9 kisah wanita solehah”.

 10711211_10202514261754240_1630147311_n

Jom kita kenali siapa penulis buku best seller ni..

Halimah Alaydrus, Wanita kelahiran Indramayu Jawa Barat 30 tahun lalu ini, sejak kecil memutuskan untuk mempelajari ilmu agama di beberapa pesantren daripada menyelesaikan pendidikan formalnya. Darullughah wadda’wah di Bangil-Pasuruan Jawa Timur adalah pesantren pertamanya, kemudian atTauhidiyah Tegal dan alAnwar Rembang Jawa tengah. Pendidikan terakhirnya di DaruzZahro Tarim-Hadhramaut Yaman. Di sana selain mengikut proses belajar, juga dipercaya untuk mengajar.

Saat ini ia dengan dukungan suami, keluarga dan sahabat-sahabatnya, selain aktif dan sibuk mengajar di berbagai Majlis Ta’lim di DKI Jakarta dan sekitarnya, juga melakukan rihlah da’wah dan ilmiah di berbagai propinsi di Indonesia, Singapura, Malaysia dan Oman.

“Bidadari Bumi” merupakan buku pertama yang ditulis disela-sela kesibukannya mengajar dan berda’wah.
www.bidadaribumi.com

Menyelusuri 9 kisah wanita solehah yang diceritakan oleh penulis membuat diri rasa sangat kerdil di sisi Allah..sesekali menitik air mata dek kerana terasa hinanya diri yang penuh dosa ni. Sangat jauh jurangnya dengan kisah 9 wanita solehah ini..percayalah, sangat rugi bagi mereka yang tidak membaca buku ini. Hanya Rm16 sebuah.
Saya nak kupas sedikit kisah yang saya rasakan sangat menusuk hati ini.
Kisah pertama (zuhud)
10706362_10202514261474233_332490866_n
Ini kisah tentang seorang wanita yang hidup dalam penuh zuhud. Cita-citanya adalah ingin termasuk dalam kelompok orang yang diceritakan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu mereka adalah kelompok yang keluar daripada dunia seperti kami masuk kedalamnya.Tidak ada yang harus dihisab daripada kami, ujar mereka.
Kisah kedua ( Wanita di Bas)
10653898_10202514261194226_1933149035_n
Ini cerita tentang seorang wanita tua yang ditemui penulis dalam bas. Seorang wanita yang mampu bersabar dan menerima dengan lapang dada dan mensyukurinya di saat ditimpa musibah.Kata penulis lagi, sungguh ironi dengan kehidupan kita sekarang yang amat jarang berterima kasih dan bersyukur kepada Allah atas segala nikmatNya selama ini.Seringkali kita cepat mengeluh jika ditimpa musibah.
Kisah ketiga ( Pesta Agung)
10711184_10202514261114224_1846872005_n
Ini kisah tentang seorang wanita tua berumur sekitar 60an. Beliau adalah Hubabah Khadijah. Penulis berkongsi kisah wanita ini yang merupakan jirannya dalam khemah ketika bermalam di Mina. Beliau merupakan seseorang istimewa kerana hampir semua orang Mekah, Madinah dan sekitarnya selalu mengelilingi beliau mulai sekadar meluah rasa, minta didoakan hingga meminta tangan Hubabah Khadijah diletakkan didada mereka sambil berdoa. Kisah kematiannya yang indah dan luarbiasa umpama pesta Agung  , undangan dari Yang Dicinta.
Kisah keempat ( hari-hari bersama Hubabah Bahiyyah)
10699136_10202514260714214_1394955898_n
Hubabah Bahiyyah seorang wanita tua yang tidak sukakan pujian manusia. Menurutnya pujian adalah salah satu hawa nafsu. Tatkala hawa nafsumu kenyang dengan pujian, dia pun menjadi kuat dan ketika dia kuat, engkau akan menjadi sukar untuk mengalahkannya.
Begituhla serba sedikit ulasan saya mengenai buku ini. Semoga kita wanita-wanita zaman kini diberi bimbingan oleh Allah untuk menjalani kehidupan yang penuh liku ini untuk menjadi wanita solehah. amin….
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s