Tips Potty Training atau bercerai pampers

Assalammualaikum pembaca semua.

Pagi tadi bila berkemas baju untuk Nafisah dan Anas baru perasan pampers Anas tinggal 4 keping dan Nafisah masih separuh.Hairan rasanya sebab beli hari yang sama. Lama gak fakir, akhirnya sedar yang Nafisah sekarang da kurang pakai pampers sebab dia da pandai cakap nak ‘kencing’. Tapi bukan selalu, kadang-kadang bila lepas mandi sebelum pakai pampers dia akan cakap “ Ummi, nak kencing”..cepat-cepat suruh dia pergi toilet.Rupa-rupanya nak poo poo. Dia masih tak pandai bezakan rasa nak kencing dan poo poo.Jadi da tiba masanya untuk ajar Nafisah bercerai pampers, maklumla umurnya da 2 tahun 8 bulan.

Sebelum ni memang ada ajar dia buang pampers. First masa dalam pantang bersalinkan Anas sekitar bulan 3. Memang jenuh la mop lantai, tapi yang penat adik atau mak la (kan saya dalam pantang..hihi) .Bila da basah lencun baru dia nak ckp, alahai Nafisah. Dapatla 2 hari je itupun siang sahaja, penat dan tak sabar so pakaila pampers semula.

Kali kedua train diwaktu hujung minggu dirumah sendiri. Ummi pesan kat Nafisah “ Nafisah tak payah pakai pampers tau, Nafisah kan da besar..big girl kn..so nak kencing ke sakit perut bagitau Ummi kita g toilet..ok? “. Dia pon jawab Ok.. Seingat saya adalah 2 kali berjaya, 2 kali fail..Yang fail tu pon kencing saja. Tapi Ummi pon putus asa lagi. Berhenti setakat tuh je.

Harini dengan azam baru ligat search tip-tip untuk Potty Train (PT) ni. Jom kita baca.

Copy & Paste dari FB Prof. Dr. Rozieta Shaary

POTTY TRAIN

Bersyukur kita kerana ada kawan kita yang sudi berkongsi strategi yang beliau gunakan “POTTY TRAIN’ anak beliau. Setelah membacanya ibu sarankan ucapkan terima kasih kepada beliau di ruang komen. Selamat membaca

************************************

PERKONGSIAN DARIPADA NURUL BARIAH MD JAMIL.

First and foremost, both husband and wife kena consensus, ready utk start PT. Sebab, akan byk aktiviti berlari ke bilik air, mengelap, membasuh lantai dan tilam, menjemur dsb. Nak2 kalu kat shopping mall.. Tgh syok2 shopping, dia kata nak wee wee.. Hehe.

Golden Rule : buat straight 7 days, starts during weekend.

  1. When diaper-free, means..totally free…jgn pakaikan langsung sbb kita nak dia faham konsep bila kencing kat seluar = basah. Bila poop = busuk & kotor.
  1. Understand. Dlm seminggu before kita start PT, cakap dgn anak hari2, kita nak start PT. Dah besar, tak boleh pakai diaper dah. Kena wee2 @ poo2 kat toilet. Nanti malu kalau terkencing kat seluar.
  1. Bawa anak every half an hour ke toilet utk 1st day. 2-3rd day, dah buleh sejam sekali. Then, jarakkan ikut keselesaan. Dia mungkin tak wee2 or poo2..tp JGN SEKALI2 marah dia. Just said, it’s OK.. Kita try lagi.. But if dia berjaya wee n poo, sila jerit bagai happy giler.. Walaupun nampak mcm sengal…tp tak kisah. Kita kena over dari dia.

Rational : supaya dia rasa apa yg dia buat tu adalah sesuatu achievement yg sgt2 bagus.

  1. Jgn marah or tunjuk muka frust if dia terlepas… Prepare mentally n physically utk kerja2 mengelap..mengemop lantai.
  1. Waktu tidur malam pun jgn pakai diaper. Bawa mereka ke toilet sebelum tido. Kena korban sket, jaga tgh2 malam…check samada dah basah ke belum. If dah basah..tukar seluar..dan alas tido. Normally, 1st few days je dia terkencing malam.. Lepas tu..dah nak Subuh or Subuh baru basah..belikan tilam nipis @ alas getah yg tak panas..so that, kita tak perlu susah nak angkat tilam semua.
  1. Normally after 7 days, dia dah mula pandai cakap…bila nak wee..walaupun, tgh cakap tu..tahu tahu dah meleleh..
  1. Belikan potty pot @ toilet cover tots yg menarik, colorful.. So that, dia Akan excited buat business. Ikut keselesaan, samada nk ajar yg duduk terus di toilet bowl..or nak ajar guna pot. Mcm saya, Saya tak bape bersedia mahu kutip /buang segala harta karun dlm pot.. Klau toilet cover tu senang, terus flush…
  1. Panty/boxer/seluar dalam juga amat penting. Sbb mereka Akan suka dgn corak2 yg cantek, colorful.. Let them choose, seluar dalam mana yg dia nak pakai masa tu.
  1. Be prepared utk atasi sedikit issues dlm PT. Antara yg common adalah :
    a) tidak kencing langsung spjg hari (siang).
    b) tidak beritahu bila nak wee wee /poo.
    c) ok kalau kencing, tapi susah nak poo atau tak poo langsung.

Antara solutions yg saya baca & buat : TALK to them…as much as U can. Walaupun nampak depa tak paham, tapi jgn underestimate mereka. They do understand cuma mereka tidak tahu bagaimana nak express their feelings.

1st 7 days to, even masa Aisyah tido2 ayam tu.. Saya keep on talking to her.. Harap2 keadaan separa sedar dia dpt menghantar msg ke otak.

Bila dah nampak berjaya sedikit (JGN EXPECT TOO MUCH, MEREKA BARU BELAJAR) :

  1. dah boleh slowly pakai diaper waktu tido…jika tidak larat dah nak basuh tilam.. Huhu (itu saya lah tu).
  1. Kalau keluar pegi shopping, makan, rumah orang..depends whether nak pakaikan diaper or tidak. Kdg2 bila dia dah reti nak ajak ke toilet, diorg takkan nak buat business kat seluar/diaper dah. Aisyah begitu. Maka berlari lah ke toilet.. Kdg2 terpksa bersabar, sbb tak berjaya jugak kencing @ poo.. Mungkin diorg terasa, but belum betul2 lagi.. Maklumlah, nak ckp tak reti sgt…
  1. Bawa lah bekalan seluar dalam 3-4 helai..depends lama mana nak keluar.. Tisu tebal (kitchen towel)., tissue & wet tissue. Plastik beberapa helai juga. : sebagai persediaan in case dia terlepas di kerusi makan (huhuhu, haru).. Bangku duduk2, tempat awam dsb. At least kita buleh lap la sikit..anak kita terkencing. Haru lagi kalau poop.

Boleh ajar sign language jika mereka tak berapa pandai/ready nak cakap. Ikut creativity camne nak buat sign tu.

Tunjuk jari kelingking = for pee.
Tutup hidung = for poo

Aisyah dulu, masa below 1 yr lagi, Saya dah ajar sign language. So, senang nak faham apa yg dia mahu..

So, inilah apa yg boleh saya bantu.. Hanya berkongsi pengalaman & dapat dari apa yg Saya baca..

Yg penting, kena sabar banyak & ingat ye.. EXCITED LEBIH.

Good luck my lovely Mommy friends.. LOVE

Ok, semua da paham? Apa lagi jom kita praktikkan. Sebelum tu kita mesti ada bahan bantu belajar kan seperti panties utk potty train, alas tandas utk letak kat mangkuk tandas duduk, tilam nipis @ alas getah yg tak panas . Pastikan tikar / carpet dirumah digulung untuk memudahkan urusan mengelap dan mengemop bila terlepas nanti.

PhotoGrid_1394509894763

(panties ni dapat menyerap air kencing dlm kuantiti yg sikit..,jadi  tak dela terabur 1 rumah)

t_tc_potty_training_am

(cantik kan alas ni, mana nak beli yea? )

41CK3H9CCJL._AA400_

(ni pula potty bench.tak nakla, tak kuasa rasanya nak buang sisa najis tu, baik guna tandas sebenar, snenag terus flash)

Mungkin misi PT untuk Nafisah ni bakal dilaksanakan ketika cuti raya haji kot.InsyaAllah.

Korang yang da berjaya PT ni, mehla share tips kat ruangan komen yea..

Advertisements

One thought on “Tips Potty Training atau bercerai pampers

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s