Kecuaian dalam solat dan Rahmat Allah – kupasan dari Tokku Pasir Gudang

10678677_1464891983798372_2850144925625532469_n

Pɛtiҡaռ ռaՏiɦat & ҡʊpaՏaռ ɦiҡʍaɦ Kuliah Tokku PG.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

“Tuan2…
..tidak ada jalan selamat untuk kita dekat dengan Allah..melainkan saya dan tuan2 menghitung kecuaian masing2..untuk melihat kecuaian kita..

..waktu kita solat : CUAINYA KITA..

KALAU TIDAK KERANA ALLAH TAALA BERLEBIH KURANG DENGAN KITA,SEMBAHYANG SAYA : SEMUA ALLAH TOLAK..

Tuan2 tahu apa yang Allah perintahkan kepada kita??

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ..ِ

“…kamu semua tidak diperintahkan melainkan ikhlas beragama kepada Allah.”(Surah Albayyinah : ayat 5)

ٌ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

“…siapa yang ingin bertemu dengan Allah..maka beramal soleh…dan jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu.”
(Surah Alkahfi : ayat 110)

Dia akan sampai kepada Allah..

Tuan2…
Allah Taala bila memerintahkan membuat satu amalan,Allah datangkan dengan syaratnya..Allah datangkan dengan adabnya supaya kita buat sempurna.

Dalam urusan dunia..kita melepasi syarat dan adab..

TAPI DALAM URUSAN AKHIRAT…bila kita diajar dalam solat maghrib 3 rakaat,isyak 4 rakaat..
Daripada angkat takbir,untuk kita ingat Allah..dalam tempoh10 minit :
Cuba tuan2 lihat bagaimana kita membatalkan syarat dan adabnya,.
Sebaik saja kita angkat takbir..SELURUH DUNIA MASUK KE DALAM OTAK KITA..
Ia jauh lebih hebat dari dunia internet..dunia google,.
Otak kita ketika solat..lagi dahsyat..
Tuan2 lihat dalam tempoh 10 minit :
“ALLAAAHU AKHBAR !”(takbiratul ihram)…apa benda nak masuk?

= SEMUA MASUK !!

SEMUA KITA BERKIRA2 DAN BERCERITA !!
Sehingga tempoh waktu solat itu : tempoh berkhayal yang luarbiasa !!
Kalau Allah pandang(kira) benda tu semua tuan2,tak ada satu pun amalan kita Allah terima..
Kita dapati ibadat kita..saya dan tuan2..
Terlalu banyak perlanggaran adab..perlanggaran syarat,.KETIDAK SEMPURNAAN..

TERLALU BANYAK !!

Dalam urusan dunia tuan2..alhamdulillah tak ada perlanggaran adab !!

⏩ KERANA APA??

= Kerana bila kita mula berurusan dengan agama..maka syaitan datang mengganggu kita..

Kita tengah tak sembahyang..tak ingat banyak..ya ingat sikit !!

Tapi bila sembahyang..haa dia ingat balik..

“Anak kunci kereta letak kat manaaa???”

~ Ingat balik..

Ingat..tadi pengerusi dah bagi pengumuman.,ada orang selongkar beg,..”Haa…mana beg aku!!”

Tuan2..,
..datang !!
~ SEMUANYA DATANG !!
“Lepas ni nak makan apa???”
Pikir.,kedai mana aku nak pegi..

Ertinya..patut waktu mencari Allah : DIA MENCARI KEDAI MAKAN..
Dalam sembahyang dia cari kedai makan..

DALAM SOLAT DIA MENCARI MENU !!

“Allaaaaahu akhbar,..”(takbiratul ihram):

: “siakap ke… senohong…
…ke gelama…ke ikan duri…”

Tuan2.,
..itu yang dicarinya dalam solat..

YANG DICARINYA DALAM SOLAT,SEMUA DUNIA..
~ MELAINKAN ALLAH..

TETAPI ALLAH TAALA YANG BERLEBIH KURANG DENGAN KITA..

Tuan2.,
..kalau Allah Taala tak lebih kurang dengan kita…takde seorang pun masuk syurga..

TAK ADA SORANG MASUK SURGA…
..dan ini pengakuan Rasulullah SAW sendiri !!
Baginda SAW menyatakan :
“Tidak ada seorang masuk syurga dengan amalannya…”
Sahabat kata :
“Adakah tuan juga ya rasulullah?”
Baginga jawab :
” Bahkan aku juga…”
“…melainkan kerana Allah meliputi aku dengan rahmat dan kurniaanNya.,maka aku masuk syurga…”

Tuan2…
..kalau ikut amalan kita,SIAPA LAYAK ??
Hatta saya dah sebut daripada awal tadi..
Kalau saya dan tuan2 sujud dari mula kita kenal Allah…mula kita baligh sampai saya mati..(sentiasa)dalam sujud,

~ BELUM BERBALOI DENGAN SYURGA YANG ALLAH NAK BERI PADA SAYA..

KERANA SYURGA YANG ALLAH NAK BAGI NI TUAN2,
= KEKAL ABADI !!

Walhal saya ibadat 20 tahun,30 tahun..40 tahun..

Sementelah(apatah lagi) jika saya tak beribadat banyak tu..

Saya hanya beribadat 1 hari : 1 jam..
itu nilai ibadat saya..

1 hari : 1 jam je !!

Tuan2 tengok..
Yang lain sibuk urusan perut kita…urusan periuk nasi kita..urusan otak kita..seksual kita..kepuasan nafsu..

U N T U K A L L A H ??

: Kira..
Zohor : Berapa minit?
Asar : Berapa minit?

Kira2 semua..
..baca Quran..
..ngaji..menuntut ilmu..

Letaklah 3 jam..

3 JAM KAMU NAK SYURGA ??
WALHAL UNTUK DUNIA..UNTUK DUNIA..KAMU BERI 21 JAM !!
TIDUR JE DAH 8 JAM !!

~ Tu belum cerita tidur dalam kuliah !!
Haa..dalam kuliah..asyik kene je..
Itu biasalah..itu standard biasa..
..itu piawaian biasa dalam kuliah..

Tuan2…
Bayangkan..itu hak kita beri tidur lebih banyak daripada hak mengenang Allah..
Tiba2 kita rasa :
“Saya layak syurga..”

LAYAK IKUT MANA ??

TAK LAYAK !!

SAPA KATA LAYAK ??

Tuan2..
..tidur 8 jam..dan ibadat 3 jam..lalu kata layak syurga.??
Kalaulah kita kata kita dekat dengan Allah..Kita tanya balik..
Awak ibadat berapa jam? = 3 jam.
Tidur ?? = 8 jam.
~ BORAK KOSONG !!
Cakap kosong je !!

Tapi kalau kata : “Saya ibadat 8 jam…tidur sejam…”
Ok…nampak rasional..tapi pun..belum layak..
Ertinya..kalau orang..dia claim bahawa dia sudah layak ahli syurga,kita cuma tanya tidur je..
Kita belum tanya khusyuk dia !

Haa…khusyuk lagi JAHANAM !
Kita cuma tanya tidur banyak mana..
Dan yang kita kisahkan seorang ulama : Dia bernazar tak mahu tidur !!
Pun dia masih rasa dia tak layak apa2..
Kerana demikian bila orang ikhlas,Allah lupakan dia dengan amal dia,sehingga dia rasa tak buat apa2..dia masih terus ibadah seperti dia kosong !!

Macam orang kaya,kenapa dia jadi kaya lagi : sebab dia rasa masih belum kaya !!
Tuan2 lihat orang kaya..makin kaya dia kuat kerja..makin kaya makin sibuk..
Patut dah kaya tak sibuklah..
Tak..dia jadi sibuk !!
Sebab apa ??
: Untuk dia jadi kaya lagi..
Kalau tidak,tak mungkin dia jadi kaya lagi..

Orang ahli ibadat pun sama..
Bila dia beribadat,dia tak pikir rasa :
“Ibadat saya dah banyak..”

Soalan :
“Sekarang?”
Jawabnya :
“Duduk sajalah…duduk kat rumah..”

Dia tak mungkin rasa begitu..dia akan terus beribadat..
Seperti dia baru mulakan harinya..seperti dia baru mulakan ibadat..
Kerana apa ??
= kerana dia tak ingat..dia rasa tak ada apa2..kerana dia bimbang..
..dan kerana sebagaimana kata Hasan Al Basri :
“Sebab kita tidak tahu..amalan mana yang Allah terima..”

Kalau kita tahu : OK

Tuan2..
..solat kita semalam,komfem ke Allah terima ??
= Kita tidak pasti..
Ya kita harap begitu..Allah terima..
Jadi kita tidak pasti..dan tak ada kepastian itu..dan nabi SAW tak bagitau kepastian itu..
Nabi SAW cuma kata buatlah ibadat..ketaatan..
: semoga Allah beri kamu kebaikan..
Maka saya terus berusaha beribadat..kerana saya tidak tahu ibadat mana..
..dan yang kedua :
Kerana saya tidak tahu : MATI SAYA DALAM ISLAM ATAU TIDAK..
Kerana syarat untuk diterima semua ibadat : MATI DALAM ISLAM..

~ SIAPA BOLEH MENJAMIN DIA BOLEH MATI DALAM ISLAM ?

Saya dan tuan2 tak boleh menjamin..tapi kita amat berharap.
Kita amat berdoa kepada Allah..
Tapi untuk saya..secara bangga berkata :
“Saya komfem mati dalam islam !”
= Belum tentu..
~ Allah yang palingkan hati kita..
..kerana itu bila Allah Taala berfirman :
“Jangan kamu mati melainkan dalam keadaan islam..”

⏩ Kenapa Allah kata begitu tuan2 ??
= Supaya kita mengambil kira bagaimana kita mati : ISLAM atau TIDAK !!
Sebagaimana tuan2 mengambil kira bagaimana nak hidup !
⏩ Saya macamana nak hidup esok ??
⏩ Esok nak gi keje pukul berapa..nak simpan duit banyak mana..anak saya nak bagi makan apa ??

Demikian saya berfikir mati esok saya..bagaimana saya mati esok : ISLAMKAH SAYA ??

MASA SAYA MATI TU DAH SOLAT SUBUH KE BELUM ??
DAH SOLAT ZOHOR KE BELOMM ??
~ SAYA BERFIKIR !!

Supaya islam saya tegak..kerana 2 sebab ini..
Maka saya tidak boleh berhenti ibadat :

Yang pertama : Saya tidak tahu ibadat manakah yang Allah Taala terima..
Yang kedua : Saya tidak tahu bagaimanakah kesudahan mati saya..

Saya bimbang bila saya berhenti beribadat..Allah palingkan hati saya..kemudian saya mati SEBALIKNYA(su’ul khatimah)..
: “Wal’iya zubillah..”
~ Semoga tidak berlaku..
..kebimbangan itu menyebabkan saya terus beribadat..dan saya tidak pandang hari semalam..
..hari semalam kira dah habis..
~ H A R I I N I !!

Kerana kematian kita tuan2..bukan semalam..
= H A R I I N I !!
KEMATIAN KITA HARI NI !!

Yang lepas..bererti umur kita dah banyak dah habis..
.. H A R I INI !!

~ MUNGKIN SEKEJAP LAGI..MUNGKIN BEBERAPA MINIT LAGI !!
.. H A R I I N I !!

Maka untuk hari ini saya beribadat terus kepada Allah..
..saya berzikir terus kepada Allah..
..semoga saya mati dalam berzikir..
..saya mati dalam taat..
..saya mati dalam INGAT ALLAH !!

Maka..
..ketika itulah tuan2..
Barulah saya ahli layak..
..untuk MENDAPATKAN KEMURAHAN ALLAH SUBHAANAHU WATAALA..”

~ والله أعلم بالصواب ~

jazakallah kepada saudara Jeffrey atas sumbangan penulisan beliau berkenaan kata-kata hikmah Tokku Pasir Gudang. Anda boleh lihat lebih banyak lagi kata-kata hikmah di Fb beliau (Jeffery EL Ghiffary).

Bagi mereka yang tinggal disekitar pasir gudang, anda boleh ikuti kuliah harian Ustaz Mat Esa @ Tokku Pasir Gudang seperti dalam jadual dibawah.

10603798_752424508138486_1962034005913578573_n

Alangkah indahnya jika hidup ini kita dapat seimbangkan hal dunia dan akhirat. Alangkah indahnya jika hidup mencintai majlis-majlis ilmu yang diumpamakan sebagai taman-taman syurga. Ayuh sahabat, luangkan masa untuk belajar dan terus belajar agama. Siang kita bekerja mencari rezeki, malam kita luangkan masa pergi ke rumah Allah untuk belajar ilmu agama sebagai amalan kita menuju akhirat yang kekal abadi..insyaAllah

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s