Rutin harianku – perkara gembira saja

Dalam menjalani kehidupan seharian bergelar hamba Allah, isteri dan ibu tentunya banyak perkara sedih dan gembira yang kita hadapi. Jom share apa yang membuatkan saya gembira sepanjang hari.

1. Bangun dari tidur mengucapkan ALHAMDULILLAH kerana masih diberi umur untuk terus hidup. Ucaplah doa bangun tidur :-

hqdefault

2. Buka je mata tengok SUAMI & ANAK-ANAK ada disebelah.

3. Dapat tunaikan subuh di AWAL waktu. Kata orang, kalau kita nak rasa hari kita panjang, maka bangun awal supaya dapat Subuh awal. Memang logic bila difikirkan sebab kalau kita bangun awal, macam2 hal kita dapat buat kn. Tak adala kelam kabut.

4. Dapat sediakan SARAPAN untuk suami dan anak-anak sebelum pergi kerja.

express-breakfast

5. Hantar anak ke rumah pengasuh AWAL. Dapatla bermain bersama anak-anak dan bagi makan kat mereka.

1902829_10202523528185895_1735892544369459464_n

6. Masuk office AWAL iaitu sebelum pukul 9.00 am.

7. Dapat selesaikan kerja ON TIME disamping dapat uruskan bisness ONLINE.

Multi-TaskNoProblem

8. Ini paling happy sebab balik kerja terus pecut AMBIL ANAK on time (sekitar 6.35 pm).

9. Sampai rumah main dengan anak dan masak. MAKAN bersama.

P1000928

Cerita pasal makan ni, ada satu Tazkirah dari Tokku Pasir Gudang. Jom kita amalkan suap menyuap ni.

10717739_812792692106182_1106216319_n

10. Pergi KULIAH Maghrib bersama keluarga.

10300780_773421099372160_2185669740845420754_n

11. Sebelum tidur, ajar Nafisah Iqra’. BERMAIN dan bercerita dengan anak diatas katil adalah satu yang sangat mengembirakan sampai masing-masing penat dan tidur.

image

12. Sebelum lelap mata, muhasabah diri sepanjang hari berapa banyak dosa dan pahala yang kita buat. Berapa ramai orang yang kita marah..berapa ramai orang yang kita tolong..audit tu semua..dan paling happy jika tiada satu DOSA saya buat untuk hari ini…

Selamat malam semua..

doa-sebelum-tidur

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s