PENGALAMAN MANIS DENGAN SHAKLEE – BERPANTANG SECARA MODEN

Assalammualaikum semua..Lama sungguh tak update blog gara-gara bercuti Hari Raya Aidiladha..balik terengganu, memang syok cuti lama kn..ok next entry saya share percutian di terengganu.

Rata-rata di FB skrg, ramai yang share kenangan manis mereka dengan Shaklee.Saya pon tak lepas peluang.

First vitamin yang buat saya jatuh cinta dengan Shaklee ialah Ostematrix..Waktu tu mengandung anak ke dua, rasa sakit kaki bangun tidur,kebas-kebas..tanya Fai apa vitamin yg sesuai, dia bagi sample Oste..mmgla telan sebiji xde rasa apa kn..so belila sebotol..alhamdulillah dapat kesannya,,xde kebas,sakit pinggang pon..mmg best..lepas tu terus consume set mengandung dan seterusnya set pantang.

Apa yg saya ambil…

Pregnant:

>> Vitalea

>> B complex

>> Ostematrix

Berpantang dan Menyusu:

>> Vitalea

>> B complex

>> Ostematrix

>> Zinc

Kesan yang saya dapat apabila consume set di atas:-

1. Masa pregnant takde sakit2 pinggang dan krem.. HB pun cantik jer, last check up HB 13.6… Energetic, 3 hari sebelum deliver masih lagi kerja.

2. Masuk labour room 10.30pm, 9.12am selamat bersalin baby boy seberat 3.2 kg secara ceaser sbb low progress sama ngn anak yg sulong.. (siapa kata mkn vitamin baby besar?)

3. Berpantang dgn Shaklee memang best.. luka operation tak rasa perit/sakit. Berpantang hari ke-14, da boleh tlg buat kerja rumah ringan mcm sapu, memasak.. Hihi… Walaupun tak cukup tidur, tapi badan tak penat. Orang cakap baby boy ni kuat menyusu, tapi Alhamdulillah setakat ni takde rasa penat2 lagi dan susu pun meriah (tapi kena lah amalkan konsep Supply vs Demand ye..). Selain vitamin shaklee, saya ambil param mustika ratu, pilis Anugerah dan mandia herba mak bidan.dah takde nk makan jamu2 ni..hihi

Saya tak ambil fullset pantang shaklee, tetapi alhamdulillah rasa sangat berbeza dengan pantang anak pertama (waktu ni belum kenal shaklee). Untuk fullset, vitamin yang disarankan oleh ibu semasa dalam pantang adalah:
(1) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

(2) Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin serta meningkatkan system imunisasi.

(3) Multivitamin with Iron@Vitalea : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kepada ibu yang banyak kehilangan darah selepas bersalin.

(4) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah ‘kedinginan’ selepas bersalin.

Supplements tambahan lain yang boleh diambil ialah:

ESP@Protein: memberi tenaga, mencantikkan kulit , membina otot2, melancarkan penghasilan susu dan membantu menguruskan badan kerana protein memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

Ostematrix@Kalsium Magnesium: tidur lebiih lena dan segar bila bangun serta mengatasi masal sembelit.

Lecithin: Juga mengatasi masalah sukar untuk membuang kerana ia melembutkan najis disamping membantu menguruskan badan kerana bertindak sebagai pemecah lemak.

Ok, jom cuci mata tengok my baby Shaklee —> Anas Bin Malek..ni gambar dia usia 1 hari.

DSC02459 DSC02460 DSC02468 DSC02473

Shaklee bukan sahaja mengubah kehidupan saya dari segi kewangan tetapi mngubah kepada kesihatan yg lebih baik.. Really fall in LOVE with Shaklee… Hanya yg dah cuba jer akan tahu INDAHnya BERCINTA dengan SHAKLEE…

Bertitik tolak dari itu, saya pon berazam nak start serius dengan Shaklee , berkebetulan dengan my birthday 6th May, saya terus pm mummy fai nak register..Sekarang da merasa bonus 3 angka..insyaAllah next target 4 angka..doakan yea kawan2 semua..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s