Vitamin Shaklee expired – selamatkah untuk dimakan?

Adakah selamat untuk makan vitamin tamat tempoh?

Jawapannya cukup mudah!

SELAMAT tapi anda tidak akan mendapat manfaat maximum dariapda penyerapan vitamin tersebut seperti mula-mula anda beli. Dan untuk pengetahuan, FDA tidak meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin yang paling terkenal seperti Shaklee akan cuba untuk menentukan bila makanan tambahan akn kehilangan keberkesanannya.

Secara umumnya, tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap tertinggi vitamin tersebut memberikan kesan maximum. Kita ambil vitamin untuk mendapatkan beberapa manfaat kesihatan pd badan kita. Tapi kalau makan vitamin yang dah separa berkesan, ianya merugikan juga. Yg terbaik adalah buang dan beli baru

Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat tempoh?

Seperti yg diberitahu, ianya selamat untuk dimakan. Bermakna vitamin tersebut tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang membahayakan kesihatan seperti mana kita makan makanan yg tamat tempoh. Tetapi seperti yang dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensi mereka. Tiada sebarang kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin tamat tempoh, tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yg telah berubah bau dan warna.

Bagaimana cara melanjutkan tempoh vitamin?

Menurut laporan dari Purdue University News Service, dapur bukanlah tempat terbaik untuk menyimpan vitamin. Kawasan ini boleh menjadi kawasan yg terlalu panas. Simpan vitamin yang anda ambil setiap hari dalam peti sejuk juga bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup penutup membolehkan pemeluwapan terbentuk dalam botol.

Bagaimana cara penyimpanan Vitamin yang betul ?

Bagi memastikan khasiat vitamin semulajadi Shaklee kekal pada tahap optimum, kita dicadangkan supaya mengikut saranan cara penyimpanan dan penggunaan vitamin.

  • Simpan vitamin semulajadi Shaklee selepas dibuka di tempat yang sejuk dan kering di bawah suhu 30 darjah celcius.
  • Jauhkan vitamin semulajadi Shaklee daripada haba panas dan tempat lembab.
  • Simpan di ruang simpanan yang gelap, seperti almari di mana anda menyimpan linen, tuala dan pakaian
  • Pastikan penutup botol vitamin semulajadi Shaklee sentiasa ditutup rapat selepas digunakan.
  • Tuang tablet vitamin dalam penutup botol sebelum meletakkan jumlah tablet vitamin yang diperlukan pada tapak tangan. Hanya sentuh vitamin yang perlu dimakan!
  • Simpan tablet vitamin semulajadi Shaklee dari botol besar (jumbo) ke dalam botol kecil untuk kegunaan harian. Dengan cara ini kita tidak mendedahkan kesemua tablet vitamin kepada kelembapan terutama jenis vitamin boleh-kunyah (chewable) yang memang mudah meresap lembapan.
  • Gunakan pill box sebagai contoh untuk seminggu agar kita tak sentiasa buka tutup botol vitamin tu.

 ???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Bahan semulajadi yang terkandung dalam supplement semulajadi Shaklee yang menggunakan sumber tumbuhan berkualiti tinggi membuatkan sesetengah daripadanya berubah warna sekiranya terdedah kepada suhu, kelembapan bagi tempoh yang lama

Kesimpulannya, vitamin biasanya mempunyai tarikh tempoh lebih dari 2thn melainkan makanan tambahan yg berbentuk serbuk, lebih cepat tarikh luputnya. Untuk mengelakkan anda dari terlebih tarikh luput, makan secara konsisten start dr awal lagi. Lagi lama dihabiskan akibat dari culas makan, lg kurang keberkesanan vitamin kerana vitamin semakin menghampiri tarikh tamat tempoh.

Ingin dapatkan vitamin shaklee? Sila hubungi saya seperti dibawah

Elin (ID 1142277) – Pengedar Shaklee Johor
No Tel: 017-7854596
COD area: Pasir gudang, Masai
Advertisements

One thought on “Vitamin Shaklee expired – selamatkah untuk dimakan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s