Rawat demam bayi 7 bulan – Natural remedy vs Natural Vitamin

Situasi cemas untuk para ibu bila anak yang masih kecil demam termasuklah saya sendiri. Malam tadi tetiba je Anas yg berusia 7 bulan demam, kepalanya cukup panas. Cari thermometer tak jumpa pulak. Agak-agak tak lebih 38⁰C. Punyala panik yang mampu fikir cuma tuam kepala dan spray kepala dia guna lavender sutra. So, sepanjang malam dia tak tidur lena hanya mahu menyusu, jadi Ummi pon tak tidur juga.

Kol 6 pagi, still panas lagi. Terus pergi peti ais amik Nurofen..bagi dalam 2.5ml guna syringe masukkan mulut Anas. Alhamdulillah senang telan ubat. Tak lama pastu, Anas tido. Sejam kemudian bangun gerak hantar rumah pengasuh. Pegang kepala da kebah demam. Yela ubatkan kan memang cepat kesannya berbanding natural remedy.

ubat-demam-nurofen-01

Sampai office, wasap dengan bff, Sheena pasal ni. Dia kata jangan terus bagi ubat kalau setakat demam biasa. Try buat natural remedy or homeopathy. Ok terus google natural remedy pasal demam ni. Ni info demam dari doktorbudak.com.

>>> Rawatan demam mengikut perspektif doktor

Q: Apabila anak demam, apakah yang sepatutnya dilakukan? Saya mendapat banyak nasihat dan ada antaranya bercanggah.  Ada yang suruh balut anak dengan tuala basah, ada yang tegah cara ini, kononnya anak akan karam panas. Ada juga yang mencadangkan bagi anak tidur di bilik berhawa dingin atau depan kipas untuk turunkan suhu tapi ada juga yang suruh tutup kipas bagi peluh keluar untuk kebah demam. Jadi, apakah langkah yang doktor syorkan apabila anak demam? Terima kasih. (AE)

A:

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Puan,

Demam merupakan salah satu sebab utama kemasukan kanak-kanak ke wad. Malah, dianggarkan antara 20-40% kanak-kanak mengalami masalah demam setiap tahun.

Biasanya, demam dikaitkan dengan masalah jangkitan kuman yang boleh membahayakan kesihatan kanak-kanak. Walaubagaimanapun, kebarangkalian demam yang disebabkan oleh jangkitan kuman yang serius adalah kecil dan pada kebanyakan masa, demam seringkali disebabkan oleh jangkitan virus. Sistem pertahanan atau antibodi badan kanak-kanak itu sendiri akan cuba melawan jangkitan virus tersebut dan ia biasanya akan baik dengan sendirinya  (‘self limiting’). Secara amnya, suhu badan yang melebihi  37.5 °C adalah demam. Perbincangan mengenai cara suhu badan diambil dan definisi demam yang sering dibahaskan adalah dianggap sebagai di luar konteks dan mungkin akan dibincangkan kemudian.

Walaubagaimanapun, sebagai ibubapa, kita pastinya risau apabila melihat anak demam apatah lagi jika suhu badan yang direkodkan sangat tinggi dan anak yang sebelum ini riang-ria  dan gembira menjadi letih dan kurang bermaya. Lebih merisaukan sekiranya anak tersebut pernah mendapat penyakit yang serius sebelum ini.

Oleh itu, ibubapa hendaklah mengetahui tanda-tanda yang menunjukkan kemungkinan anak  menghadapi penyakit yang serius:

1) Kulit yang pucat, berpetak-petak (‘mottled skin’)

2) Anak menjadi kurang aktif serta menunjukkan gerakbalas yang perlahan apabila dipanggil,  menangis dalam keadaan yang lemah ataupun dengan nada tangisan yang tinggi seperti tidak selesa.

3) Kesukaran untuk bernafas, samada nafas yang laju ataupun nafas berbunyi.

4) Tidak makan atau minum seperti biasa.

5) Tanda kekeringan yang serius seperti kurang kencing serta bibir dan lidah yang sangat kering.

6) Demam yang melebihi 5 hari.

7) Suhu badan yang terlalu tinggi ; melebihi 38C untuk bayi kurang dari 3 bulan dan suhu melebihi 39C untuk anak-anak yang berumur antara 3-6 bulan

8) Bengkak sendi dan angggota badan

9) Bengkak ubun-ubun untuk bayi kurang dari umur 1 tahun.

10) Sawan

Jika anak menunjukkan tanda-tanda di atas, segeralah ke hospital yang terdekat untuk pemeriksaan.

Bagi anak-anak yang demam tetapi masih lagi aktif bermain, makan dan minum seperti biasa dan tiada tanda-tanda seperti di atas, penjaga bolehlah memantau anak-anak ini di rumah dengan mengikuti beberapa nasihat seperti :

  1. a)   memastikan anak-anak mendapat hidrasi yang mencukupi semasa demam kerana semasa demam badan akan kehilangan banyak air dan tenaga. Jadi sila pastikan anak-anak ini diberi minuman yang mencukupi dan digalakkan untuk memberi susu lebih banyak daripada biasa.
  2. b)   penjaga mesti mengetahui tanda-tanda dehidrasi (kekurangan air dalam badan); mata mencengkung, bibir/mulut yang kering, ubun-ubun yang cengkung, menangis tanpa air mata serta anak letih dan kelihatan lembik..
  3. c)    Ibubapa mestilah memeriksa keadaan anak dengan kerap dan mereka tidak digalakkan menghadiri kelas di tadika/sekolah seperti biasa.
  4. d)   sekiranya naik ruam , segeralah berjumpa doktor.

Tidak dinafikan ada beberapa kaedah yang biasa dilakukan oleh ibubapa terdahulu untuk mengurangkan atau meredakan demam. Kajian  menunjukkan kaedah seperti mengelap badan anak-anak yang demam dengan tuala basah, membuka baju dan seluar anak, membungkus anak-anak dan mendedahkan badan anak dengan udara yang sejuk samada dari alat hawa dingin atau kipas adalah tidak berkesan dan mungkin membahayakan lagi anak-anak yang demam itu.

Contohnya, dengan menggunakan alat hawa dingin atau ais untuk menurunkan suhu badan, ini sebenarnya akan menyebabkan anak-anak menggigil dan secara langsung  menaikkan suhu badan (‘core temperature’) dan menyebabkan demamnya  menjadi lebih tinggi dan lebih sukar dirawat.

Penggunaan ubat pelega-demam (‘antipyretic’) adalah dikhususkan untuk anak-anak yang mengalami demam yang tinggi dan dalam keadaan tidak selesa  (‘distressed’). Buat masa sekarang, ubat-ubat yang biasa digunakan sebagai agen untuk mengurangkan ataupun menurunkan suhu badan adalah paracetamol dan ibuprofen. Pengunaan ubat-ubat ini memerlukan nasihat daripada doktor kerana ubat-ubat ini jika digunakan terlalu kerap atau dalam dos yang salah boleh memudaratkan kesihatan kanak-kanak.

Diharapkan penjelasan saya ini telah menjawab soalan puan dan dapat membantu puan menghadapi anak-anak Puan sekiranya demam nanti.

( answered by Dr Azhar Mahmud )

Editor’s note: Sekiranya bayi anda masih sangat kecil ( 0 – 6 bulan ) mempunyai demam, harus mendapatkan rawatan dan pemeriksaan doktor segera.

>>> Rawat demam dengan natural remedy

Beberapa contoh natural remedy dari group GNRAM.

  1. Chicken Soup Health Benefits / Khasiat Sup Ayam.
    Penawar semulajadi yang sangat sedap..kenapa kebanyakan kita masih kerap memilih ubat yang pahit dan mengandungi dadah, serta boleh memudaratkan jika mengambil dengan kerap?
    (Search button juga info sup tulang yang juga sebagai penawar semulajadi yang sedap)

 sup ayam

  1. Socks Remedies / Penawar menggunakan kaedah stoking.

* Semua penawar yang mahu digunakan perlu lakukan ujian pada kulit anak dahulu..oleskan sedikit bahan yg mahu digunakan, tunggu dalam setengah jam, lihat ada keradangan kulit atau tidak. Jika tidak boleh teruskan, jika ada sila hentikan. Kaedah ini dipanggil PATCH TEST..

Asalnya adalah Wet Socks Remedy / Rawatan Stokin Basah Untuk Demam.

Teknik hidroterapi ini boleh dilakukan di rumah dan boleh membantu mengurangkan demam, menurut University of Maryland Medical Center. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki anda. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks).

Semasa tidur, badan anda akan mula mengedarkan cecair limfa dan darah untuk melawan kaki basah, yang juga merangsang sistem imun. Stoking selalunya akan kering pada waktu pagi. Ulangi rawatan selama lima hingga enam malam berturut-turut seperti yang diperlukan untuk mengurangkan demam anda.

24313_1392084724348706_1209708565_n

Walaubagaimanapun, selain kaedah wet socks menggunakan air biasa, terdapat beberapa penawar semulajadi yang juga sangat berkesan dalam merawat penyakit selsema atau batuk dan demam untuk melawan virus dan bakteria, iaitu :

  1. GARLIC SOCKS MERAWAT SELSEMA / BATUK / DEMAM

Letakkan bawang putih pada stokin anak.

602510_1393935140830331_419260837_n

Cara untuk bayi atau anak kecil :

  1. Pakaikan anak stoking berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang-lubang.
  2. Ambil sehelai lagi stoking, masukkan bawang putih yg telah ditumbuk sedikit, tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih).

Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt tips di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.
Cara buat minyak : Bakar seulas bawang putih tanpa buang kulit, lenyekkan pada minyak zaitun (boleh gunakan minyak masak biasa, minyak kelapa, atau minyak yang tiada bahan yang tidak semulajadi)

Untuk anak yg lebih dewasa :

Boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast.

  1. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Garlic enters your system and heads straight for the lungs. Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time

*ONION SOCKS menggunakan kaedah atau cara yang sama seperti Garlic Socks.
*Penawar menggunakan bawang putih ini boleh digunakan untuk merawat apa sahaja penyakit disebabkan virus, bakteria atau fungus manakala bawang merah untuk penyakit disebabkan virus dan bakteria sahaja.

  1. LEMON SOCKS MERAWAT DEMAM

Cara merendam stoking dengan jus lemon.

  1. Perah jus lemon (lemon organik lebih bagus, jika tiada, guna sahaja lemon biasa) campurkan dalam semangkuk air suam.
  2. Rendam stoking beberapa minit hingga benar2 menyerap jus tersebut.
  3. Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.
  4. Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan kembali pada kaki.

*Boleh juga gunakan kain dan celup pada jus lemon, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah dengan jus lemon, lapis dengan 1 stoking kering)

Cara hirisan lemon :

  1. Hiris lemon nipis-nipis.
  2. Lekatkan pada tapak kaki guna hansaplast atau tak perlu lekat, terus balut dengan stoking.
  3. Pakaikan stoking semalaman.
  4. Tukar hirisan lemon jika lemon tersebut kering semasa tidur.
  1. APPLE CIDER VINEGAR (ACV) / CUKA EPAL MERAWAT DEMAM
  • Ambil ACV kira-kira 2-3 sudu besar, campurkan dalam semangkuk air suam. Atau ikut kadar 1:1
  • Rendam stoking beberapa minit hingga benar2 menyerap jus tersebut.
  • Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.
  • Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan kembali pada kaki.

*Boleh juga gunakan kain dan celup pada ACV bercampur air suam tadi, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah dengan ACVn, lapis dengan 1 stoking kering)

*Boleh juga menggunakan cuka kurma atau cuka putih biasa.

Bagaimana sifat asid lemon / acv membantu merawat demam atau menurunkan suhu demam panas?

Ini kerana sifat asid membantu menarik haba daripada kulit dan menarik haba keluar dari kepala dan bersurai ke seluruh badan. Apabila haba dapat bergerak ia menjadi satu alat aktif untuk melawan jangkitan.

Kenapa di kaki?

Kerana kaki kita mengandungi kepekatan yang lebih tinggi kelenjar peluh daripada seluruh badan kita, ia membantu dalam pembebasan haba.-Dr. Mehmet Oz, MD (http://www.sharecare.com/user/dr-mehmet-oz)

  1. Selain itu, boleh juga menggunakan PUTIH TELUR (bagi yang tidak alah pada telur, dan anda akan lihat putih telur seakan masak setelah menyerap haba daripada badan) .

Jel LIDAH BUAYA / ALOE VERA fresh daripada daunnya juga boleh digunakan merawat demam dengan cara sapukan jel pada seluruh tapak kaki dan pakaikan stokin, oleskan lagi jel tersebut 2-3 kali diwaktu pesakit sedang tidur.

 

>>> Rawat demam dengan produk Shaklee

 

  1. Basic H (rm46.00 / sebotol 16 oz)

Bercerita dalam group PMT, ada kalangan ahli Shaklee cadangkan tuam anak dengan rendaman Basic H. Mungkin akan try mlm ni sebab Basic H memang ada dirumah.

Basic H ni sebenarnya pencuci serbaguna tanpa bahan2 kimia yang boleh penetrate thru’ skin. It’s organic based. Takde kaler, takde bau, takde bahan kimia TAPI SANGAT efektif.  Sebab Basic H ni menyerap haba 3 kali ganda dari air biasa. So, kalo anak demam, kita mandikan atau lap-lap kan badannya dengan Basic H, InshaALLAH boleh lega dan suhu akan turun. (celikvitamin.com)

Jom tengok testimoni mereka yang da cuba.

img-20130614-wa0000

basic h 2 basic h 3

  1. Nutriferon (rm 181.25 / 30 sachets)

* dicipta oleh pakar imun , DR Yasuhiko Kojima

* lebih daripada 40th penyelidikan

* Dr Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi didunia

* Nutriferon mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi.

* terbaik secara klinikal terhadap manusia

* Nutriferon banyak digunakan dalam bidang perubatan

img_20130503_021358

Khasiat Nutriferon Shaklee

nutrifern-demam-pulih

testi nutriferon n omega 1

Memandangkan Nutriferon memang out of stock kat branch sekarang, memang tak dapatlah nak try. Ada je stok nanti, mesti kena rembat ni sebagai first aid.

Kesimpulannya, saya akan lakukan 3 perkara dirumah nnt.

  1. reneh sup ayam organic + celery + carrot + bawang putih + halia selama 5-6 jam. Biar isi ayam bercerai dengan tulang.
  1. Lapkan/tuam kepala Anas dengan Basic H
  1. Guna teknik wet socks bila tidur malam

Doakan kesembuhan Anas yea. Mungkin demam nak tumbuh gigi kot.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s