Pilih buah mengikut label – Konvensional , organik atau GMO

Kalau anda pilih buah-buahan dipasaraya, apa criteria pertama yang anda lihat?

  1. Harga ??
  2. Kuantiti ??
  3. Kesegaran ??

Pernah tak anda lihat kod/label yang ada pada buah tersebut?

 fruitwash-label

Sebenarnya label kecil yang dilekatkan pada buah-buahan memberikan maklumat yang berguna kepada kesihatan. Dengan mengetahui maknanya, maka kita dapat mengenalpasti sama ada buah itu penuh racun serangga dan ditanam menggunakan baja berasas petroleum atau baja organik, hatta sama ada buah itu telah dimodifikasi secara genetik.

Sistem label ini sebenarnya ringkas saja iaitu buah-buahan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu konvensional, organik dan sudah diubah suai genetiknya.

1. Jika hanya ada empat digit nombor pada pelekat, itu bermakna buah berkenaan ditanam secara konvensional atau tradisional dengan penggunaan racun serangga. Jadi pastikan buah-buahan atau sayur-sayuran dicuci bersih sebelum dimakan.

2. Jika ada lima digit nombor pada pelekat dan nombor itu bermula dengan 8, ia bermakna produk itu sudah diubah secara genetik (GMO).

3. Jika ada lima digit nombor pada pelekat dan nombor bermula dengan 9, itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO), jadi ia lebih selamat dimakan.

545888_1404795113077667_879089657_n

learn your label
Fakta ke auta?

Maklumat yang menyatakan bahawa jika digit terakhir adalah ganjil maka buah itu manis sementara jika digit terakhirnya genap maka ia kurang manis, adalah maklumat yang tidak benar. >>> Auta

Manis atau tidaknya buah-buahan itu tiada kaitan dengan nombor kod pada labelnya.

Tapi jika nombornya lima digit dan angka pertamanya adalah ganjil (9)maka itulah buah-buahan yang paling selamat untuk dimakan. >>>Fakta

Anda juga tentu faham bahawa buah-buahan yang punya nombor kod lima digit dan angka pertamanya ganjil (9) sepatutnya merupakan buah yang paling mahal harganya jika dibandingkan dengan buah yang punya nombor kod empat digit, atau kod lima digit tapi bermula dengan angka 8.

Ok, lepas ni semua alert yea pada label, jangan syok sendiri je pilih buah..hihi

p/s : soy protein shaklee is NON-GMO okeh..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s