Gula putih beracun – Stevia alternatif manis yang sihat

Bertanya khabar dengan dengan sahabat baik, Sheena membawa saya kepada sesuatu masalah yang patut saya berikan perhatian serius. Isu berkenaan penggunaan gula putih atau gula pasir. Katanya, gula putih itu beracun. Saya macam tak percaya, lalu saya mencari info dan berikut adalah findings yang saya dapat.

Gula memudaratkan kesihatan. Gula itu racun. Gula penyebab pelbagai penyakit kronik. Ini antara perkara negatif yang dikaitkan dengan gula. Malah pepatah Melayu ada juga menyebut mati semut kerana gula.

qC0i3e0

Apakah kandungan gula??

Menurut Ensiklopedia bebas, Wikipedia, bahan utama yang digunakan dalam pembuatan gula ialah tebu kuning dan tebu hitam.

Dilaporkan kira-kira 107 buah negara menanam tebu untuk menghasilkan sekitar 1,324 juta tan gula. Negara pengeluar terbesar gula, mengikut Wikipedia ialah Brazil, India, China dan Pakistan.

Batang tebu yang tebal menyimpan sukrosa. Secara ringkasnya, gula dihasilkan daripada air tebu yang kaya dengan sukrosa.

Rasa gula sememangnya manis tetapi di sebalik kemanisan itu ia sebenarnya mengundang bahaya. Pada tahun 1929, Sir Frederick Banting, individu yang menemui insulin iaitu hormon utama mengawal metabolisme glukos dalam tubuh manusia mendapati, diabetes adalah penyakit lazim di kalangan pemilik ladang tebu warga asing di Panama sementara pemotong tebu yang terdiri daripada penduduk peribumi Panama tidak menghidap penyakit kronik itu.

Sebabnya? Pemilik ladang tebu mengambil gula putih halus yang dihasilkan daripada tebu pada kadar yang banyak sedangkan pemotong tebu sekadar mengunyah keratan tebu. Impak negatif gula putih turut ditekankan oleh pakar pemakanan dunia yang tersohor, Dr. William Coda Martin.

Kenapa gula beracun ??

Pada tahun 1957, beliau tampil mengklasifikasi gula putih halus sebagai racun. Martin membuat takrifan itu daripada segi perubatan kerana gula merupakan antara bahan yang jika diaplikasi ke tubuh, ditelan atau diproses di dalam tubuh akan menyebabkan atau mungkin menyebabkan penyakit.

Beliau turut mengklasifikasi gula sebagai racun kerana kandungan vitamin dan galiannya rendah. Apa yang tinggal hanyalah karbohidrat tulen.

Gula akan melahap vitamin dan galian yang berharga daripada tubuh manusia untuk tujuan pencernaan dan detoksifikasi.

Pengambilan gula setiap hari juga dilapor menghasilkan keadaan lebihan asid dan galian di dalam tubuh dan ketidakseimbangan ini perlu diperbetulkan

(sumber : kosmo)

Berikut pula, antara penyebab gula mengundang masalah kesihatan

(sumber : Dr Irfan Unal )

Tahukah Anda ?

Gula boleh menekan sistem imun anda.

Gula mengganggu kaitan mineral dalam badan.

Gula boleh menyebabkan kenakalan pada anak-anak.

Gula dimakan semasa mengandung dan menyusukan anak boleh mempengaruhi pengeluaran tenaga otot pada keturunannya, yang boleh menjejaskan keupayaan seseorang untuk bersenam.

Gula dalam soda, apabila dimakan oleh kanak-kanak, menyebabkan anak-anak kurang minum susu.

Gula boleh meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin dan mengembalikan ke tahap yang lebih lambat dalam pengguna kontraseptif oral.

Gula boleh meningkatkan spesies oksigen reaktif (ROS), yang boleh merosakkan sel-sel dan tisu.

Gula boleh menyebabkan hiperaktif, kebimbangan, ketidakupayaan untuk menumpukan perhatian dan mudah tersinggung pada anak-anak.

Gula boleh menghasilkan peningkatan yang ketara dalam trigliserida.

Gula mengurangkan keupayaan badan untuk mempertahankan terhadap jangkitan bakteria.

Gula menyebabkan penurunan keanjalan tisu dan fungsi – lebih banyak gula diambil, lebih banyak keanjalan dan fungsi akan hilang.

Gula mengurangkan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL).

Gula boleh membawa kepada kekurangan kromium.

Gula boleh membawa kepada kanser ovari.

Gula boleh meningkatkan tahap glukosa puasa.

Gula menyebabkan kekurangan kuprum.

Gula mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium dalam badan.

Gula boleh membuat mata lebih terdedah kepada degenerasi makula yang berkaitan dengan usia.

Gula meningkatkan tahap neurotransmitter: dopamin, serotonin dan norepinephrine.

Gula boleh menyebabkan hipoglisemia.

Gula boleh menyebabkan saluran pencernaan berasid.

Gula boleh menyebabkan peningkatan mendadak tahap adrenalin kanak-kanak.

Gula boleh menyebabkan penuaan pra-matang.

Gula boleh membawa kepada ketagihan alkohol.

Gula boleh menyebabkan kerosakan gigi.

Gula boleh menyebabkan obesiti.

Gula boleh meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis ulseratif.

Gula boleh menyebabkan gastrik atau ulser duodenum.

Gula boleh menyebabkan artritis.

Terlalu banyak keburukan gula kepada kesihatan.

Anda sendiri yang tentukan apa yang terbaik untuk diri anda.

Okey, selepas meneliti hujah-hujah diatas, saya berasa gerun dengan gula. Setiap hari saya memang tidak terlepas dari minuman manis dan makanan manis.Yang paling dirisaukan adalah Nafisah yang masih kecil dan minum air manis. Jadi, Sheena pon menyarankan menukar gula putih kepada Stevia – pemanis asli.

Utusan Malaysia-news_writeup

Nama Saintifik STEVIA

pokok stevia

Stevia atau “sweet honey leaf” adalah salah satu daripada 240 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ianya juga dikenali sebagai “POKOK GULA” banyak terdapat di kawasan subtropika dan tropika, selatan Amerika dan Amerika tengah. Namun, stevia yang biasa digunakan sebagai pemanis ialah daripada spesies rebaudiana. Spesis stevia rebaudiana bertoni dikenali sebagai daun manis, daun gula dan yang paling senang disebut adalah stevia.

Bagaimana Rasa Manis STEVIA?

Sebagai pemanis atau substitut gula, rasa manisnya tahan lebih lama berbanding gula, walaubagaimanapun ekstrak stevia akan memberi sedikit rasa pahit dalam kepekatan yang tinggi. Dengan ekstraknya mempunyai rasa manis bermula dari 150 hingga 500 kali ganda mengikut gred dan kepekatannya, ianya sesuai dengan permintaan penduduk dunia hari ini yang memerlukan pemanis atau gula rendah karbohidrat dan kalori sifar.

Bagaimana STEVIA Boleh Rasa Manis?

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

(sumber : http://anekajusstevia.blogspot.com/)

Ok, nak cerita hari ni saya dapat parcel berisi stevia yang dibeli oleh Sheena. Jom tengok rupanya. Yang best kemanisannya 100x ganda manis, jadi gunakan sedikit sahaja sudah menyamai dengan kemanisan dari gula putih. Jom kawan-kawan bertukar kepada stevia yang BEBAS KALORI…

10748708_10202762538761010_1839637444_n

p/s : bagi mereka yang sudah menghidapi penyakit kencing manis, bolehla ikhtiar dengan set kencing manis dari Shaklee..semestinya terbaik, InsyaAllah..

Nak tau lanjut, bolehla pm/wasap,

Elin | 0177854596

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s