Hari Ahad yang awesome

Assalammualaikum..hari ni hari Ahad..hari pertama kerja..pelik ke? saya bukan kakitangan kerajaan, swasta je..tapi company saya spesel sebab ada 2 waktu kerja. Team project/design kerja Ahad-Khamis. Team marketing/production kerja Isnin-Jumaat.

Saya dan suami pula berlainan waktu kerja. Hari Sabtu je kami dapat bercuti bersama anak-anak dirumah. Balik kampung pon hanya 2 hari 1 malam, sangat pendek tapi alhamdulillah kampung di Kluang je dalam 2 jam perjalanan.

Hari Ahad best kerja sebab suami hantar dan jemput pergi kerja. Waktu breakfast dapatla dating berdua.Hihi. Pagi ni singgah ke Nagoya untuk beli kain dibuat nursing jubah.Memang berbaloi harganya jauh lebih murah dari Jakel. Paling best dapat grab kain potong yang dijual murah sebab clearance stok. Kain english cotton hanya rm3 semeter. Mungkin nak buat jubah  saya dicampur kain plain.

10530763_10202820061999055_4925430697867325992_n

Di office pula, sempat bukak tonton.com. Dengar Tanyalah Ustazah. Panel Prof Muhaya. Saya suka prof ni sebab selalu tersenyum.Wajah penuh keibuan.Kata prof Muhaya, jadi isteri ni jangan bajet bagus..kena bersyukur sebab suami kita sanggup peristerikan kita dan melindungi kehormatan kita.
Jadi isteri ni, jangan buat apa yang suami tak suka. Kena jaga 4 perkara,JAGA :-
1. Mata suami (cantik pada pandangan suami),
2. hidung suami (wangi2 utk suami)
3. telinga suami (jgn mulut laser),
4. hati suami (jangan buat suami rasa kecik hati)..

Kadang-kadang kita rasa diri kita betul, so melawan kata suami.tetapi tu sebenarnya mengancam ego suami, suami akan rasa diri dia diperlekehkan. Jadinya kena diamkan diri walaupun kita rasa betul. Bila keadaan da reda, barula kita slow talk..

Untuk malam nanti, nak pick up Omega guard shaklee dari Kak Hana. Tak sabar nak beri pada Nafisah. Da lama dia idamkan vitaminnya sendiri. Sebelum ni Nafisah minum mealshake yang dicampur dalam susu. Kali ni nak bagi sesuatu yang boleh dikunyah oleh dia. Saya pon tak lepas peluang nk telan gak sebab nak dapatkan khasiat untuk Anas. Omega guard ni sesuai untuk seisi keluarga.

Kenapa saya pilih Omega Guard Shaklee bulan ni??

1) Dapat harga runtuh sepanjang November
2) DHA & EPA yang terkandung dalam Omega 3 ni menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata. Ini memang terbaik untuk persediaan Nafisah yang semakin membesar.
3) Ummi pon nak telan sebab khasiat asid lemak omega 3 yang terdapat dalam minyak ikan bukan sahaja untuk mengurangkan kolestrol, menjaga kesihatan sendi, menjaga kesihatan jantung, menguatkan memori malah boleh meningkatkan kesuburan dan mencantikkan kulit juga.

1441406_424225454369592_967123012_n

Setiap bulan ada saja Vitamin offer yang saya beli sebab rugi kalau tak grab dengan harga promosi. Waktu ni la kita nak jatuh cinta dengan vitamin lain. Gunakan duit bonus shaklee untuk beli vitamin, kan bijak!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s