Resepi Potato Wedges – Rangup diluar, lembut didalam

Assalammualaikum..

Harini nak cerita tentang KENTANG.

Saya sangat suka kentang. Tak kirala sambal kentang ke kentang goreng ke.Sampaikan Anas pon sangat suka bila makan bubur dengan kentang lenyek.

Ada banyak jenis kentang yang sesuai dengan sesuatu masakan. Contohnya kalau nak buat potato wedges silalah pilih kentang “Russet”. Jenis kentang impot seperti, “russet” , ini berkulit tebal, besar dan kandungan kanjinya amat tinggi dan juga kandungan air yang sangat rendah dan sekiranya diadunkan dengan butter atau pun susu, ia cepat meresap. Jenis kentang Yukon Golds pulak, kandungan kanji sederhana dan sesuai untuk semua masakan. Kentang Red bliss pulak strukturnya keras yang sesuai untuk dibuat salad atau boleh dibakar/barbecue.

 4435russet_potatoes

(sumber google : kentang Russet)

Harini, saya nak share satu resepi yang sangat best iaitu Potato Wedges. Sebelum ni beli segera jenama Simplot. Harganya rm6.50 untuk 500g. Sekarang beli 3 ketul kentang Russet tuh baru Rm1.05, bila potong baji da dapat sepekt Simplot 500g. Jimat kan?

 10846524_10202897268049158_1892614605_n

Bahan-bahan :

Kentang Russet

Tepung segera (saya guna Adabi) + tepung jagung

Telur dipukul

Minyak utk menggoreng

Cara-caranya :

  1. Potong kentang bentuk baji
  2. Rebus bersama sedikit garam. Rebus agak-agak ¾ masak
  3. Tunggu sejuk sebentar. Celup dalam telur.
  4. Celup dalam tepung
  5. Goreng kekuningan

Nota kaki : Khasiat kentang

Ubi kentang memang diakui dan terkenal untuk sumber karbohidrat. Dalam sebiji kentang sederhana besar mengandungi 26gm karbohidrat. Karbohidrat yang terdapat di kentang dalam bentuk kanji (starch). Kanji yang terdapat dalam ubi kentang ini keistimewaannya tidak bertindak balas terhadap enzim di hasilkan oleh sistem penghadaman di perut atau usus kecil. Biasanya kanji ubi kentang terus ke usus besar untuk membantu mudahkan buang air besar. Ia seakan bersifat seperti Fiber. Dengan sebab ini kentang menjadi sumber terbaik untuk mengatasi masalah, “kanser kolon” dan juga membaiki tolaransi gula dalam tubuh badan untuk orang berpenyakit diabetes (kencing manis) dengan membaiki senstiviti Insulin dan mengurangkan pembentukan lemak dalam tubuh badan. Maknanya makan kentang tak jadi gemuklah?. Jadi amalkan makan kentang dari hari ini yang ingin diet.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s