Cara seorang rakyat marhaen hadapi GST April 2015

GST April 2015 bersediakah kita?
———————————————–

download

mekanisme_gst

Sejak beberapa bulan lepas, kecoh di group whatsapp & telegram tentang GST. Saya yakin ramai yang masih tidak paham tentang GST termasuk diri saya. Jom baca ulasan berkenaan GST (copy & paste dari group Telegram).

Pakatan Rakyat Supporters
Beberapa hari lepas, PRs telah pergi kursus GST di kastam kelana jaya, tiada tujuan lain melainkan ingin mengetahui sejauh mana terkesannya rakyat jika ia d. i laksanakan pada 1 april 2015 nanti, di sini saya akan ceritakan bagaimana GST berlaku, rupanya ianya amat menguntungkan bagi kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit tetapi tidak kepada pengguna. Cara kiranya begini setelah saya tamat berkursus dengan penuh bangga! jika harga satu barang itu.. Contoh..

Sebiji aircond yang di buat oleh pengilang, segala bahan materialnya akan di kenakan cukai GST sebanyak 6%, maka kosnya juga akan meningkat 6%, dari harga asalnya, sebelum sampai segala material kepada pengilang, pembekal juga akan di kenakan cukai GST 6% untuk setiap material barang, ini menjadikan jika sebiji aircond 1.0 hp jika dulunya berharga RM 700.00, ianya akan bertambah menjadi 12% dari harga asalnya iaitu RM 784.00

Kemudian pengilang akan menjual kepada pemborong dengan tambahan 6% GST lagi menjadikan harga aircond 1.0 hp itu tadi menjadi RM 831.00.

Sesudah itu pemborong pula akan menjualnya pada peruncit dengan cukai 6% GST di tambah dengan mengambil keuntungan RM 50 ianya menjadikan aircond 1.0 hp itu tadi kepada RM 831.00 + RM 50.00 + 6% GST = RM 933.90

Kemudian peruncit akan menjualnya pada pemasang dengan menambah keuntungan RM 50.00 + RM 933.90 + 6% GST = RM 1042.40

Seterusnya pemasang pula akan mengenakan bayaran sebanyak RM 250 + RM 1042.40 + 6% GST
= RM 1369.60

Harga sebenar sebelum adanya GST bagi sebiji aircond 1.0 hp sehingga terpasang di rumah anda adalah RM 1369.60 / 100 x 70 = RM 958.70 saja! ini bermakna anda wajib menambah RM 411.00 lagi setelah GST di laksanakan pada 1 april 2015 bagi di kongsi-kongsikan oleh kerajaan, pembekal, pengilang, pemborong, peruncit dan pemasang!

Kesemua mereka boleh claim balik pada kerajaan dan hanya pengguna saja tidak boleh claim kepada kerajaan, bunyinya seperti indah bukan? Tetapi sebenarnya, pengguna terpaksa
membayar 30% cukai kepada kerajaan, kerajaan berkongsi keuntungan itu kepada peniaga yg memang telah kaya raya atas dasar penindasan dan kezaliman yang melampau ini. Rakyatlah akan tanggung semuanya!

infographic_GST3_size3fb1

Berdasarkan merit dan populasi pekerjaan, di anggarkan seramai 14 juta pekerja dan berjuta masih belajar dan tidak bekerja dan hanya 2 juta saja peniaga di malaysia, maka secara realitinya, 3/4 rakyat malaysia akan di tekan 30% cukai sama rata dari pendapatan mereka oleh kerajaan
bermula 1 april ini..

Maka akan berlakulah inflasi, iaitu majoriti rakyat akan berkira-kira untuk membeli walau suatu barangan sekalipun, ini akan menyebabkan kecairan wang dalam negara tidak berlaku, ekonomi akan lembab, pemintaan kurang dan pengeluaran akan berlebihan kemudian kerajaan pun akan tumbang!

Begitupun, jika pemasang aircond 1.0 hp itu tadi tidak berdaftar dengan kastam untuk GST, secara rasionalnya mereka tidak akan dapat berdaya saing dengan yang berdaftar, kerana mereka terpaksa meletakkan harga yang lebih tinggi kerana barang yang mereka beli tidak sama harganya dengan yang berdaftar GST, kerana yang berdaftar, ia boleh merendahkan sedikit harga pemasangannya kerana ia boleh claim semula 6% GST tadi, ini menyebabkan majoriti sumber pendapatan yang tidak berdaftar akan gulung tikar.

Rumusan PRs adalah, inilah dia gaya kapitalis terbaru dalam menjerut leher rakyat marhain di malaysia, cukai ini di paksa sebanyak 30% ke atas rakyat yang majoritinya berpendapatan rendah dan cukup-cukup makan. kerajaan yang suka menindas begini pasti tidak akan kekal lama dan pasti rakyat akan menumbangkan atau menggulingkan mereka.

Huraian PRs, di manakah pakar-pakar ekonomi kita yang kononnya hebat hingga perkara sebegini jelas penindasannya boleh berlaku?
Komen saya : Anda rasa tertekan tak dengan pelaksanaan GST ni? Yea saya da mula rasa bahangnya. Jadi apa yang kita sebagai rakyat marhaen boleh buat?
(copy & paste dari group Telegram)

 

Sekadar berkongsi tips pagi ini dapatan dari PENGURUSAN GAJI di Tv AlHijrah pagi tadi :

  • Perbelanjaan kecil kecilan akan menjejaskan wang belanja kita.Contoh belanja yang boleh dipotong ialah membeli tisu sedangkan kita boleh membawa tuala kecil atau sapu tangan, Contoh wang yang dibazirkan, di rumah sudah ada water filter tapi di luar kita masih membeli air mineral .
  • Tabung kecemasan :contoh asal nampak duit rm5 kita simpan. Setiap kali berbelanja jika ada duit rm5 hijau kita masukkan dalam sampul surat dan simpan. Seronokkan bila kita benar benar terdesak buka sampul surat yang penuh berisi kepingan rm5 untuk digunakan (berbanding korek tabung siling lagi sadis)
  • Pendapatan kita, lebih baik kita simpan siap siap dan selepas itu selebihnya  barulah kita belanja. Bukan sebaliknya, belanja habis habisan baru kita simpan yang baki. Simpanan yang sederhana ialah kita menyimpan 10% dari perolehan, jika lebih banyak itu lebih baik.
  • Beruntunglah mereka yang ada pendapatan sampingan seperti bisnes menjual kek homemade, bisnes menjahit pakaian dan tudung customade dan lain lain ,

Selain itu, jom kita ikuti komen dari Prof Muhaya tentang isu ini.

prof-dr-muhaya-kangkung

(copy & paste dari blog http://firdausazizi.my/)

Bagaimana Kita Respon Itu Yang Penting

 

  • Memang kita boleh nak marah pada kerajaan. Itu hak masing-masing. Prof bukan mengulas tentang adakah rakyat perlu marah pada kerajaan, tapi apa rakyat boleh buat untuk berhadapan dengan kos sara hidup.
  • Sebab itulah beliau menekankan berkali-kali tentang:

 

  • Bagaimana kita respon adalah penting. Kalau kita bertindak nak marah kerajaan, apa kita dapat untuk berhadapan dengan kenaikan harga barang?

 

  • Cari keberkatan dalam apa juga pekerjaan yang dibuat. Rezeki itu datangnya dari Allah. Dengan rezeki yang berkat, kita mampu untuk berhadapan dengan kos sara hidup yang meningkat. Allah beri kita mengikut usaha dan kesungguhan kita.

 

  • Berbelanja dengan berhemah. Beli apa yang perlu sahaja dan tinggalkan benda-benda yang merosakkan seperti merokok dan memakan makanan yang tidak berkhasiat.

 

  • Cara pendapatan tambahan. Boleh buat bisnes secara online ataupun boleh juga buat kerja part time. Ini adalah sebahagian daripada usaha kita.

 

  • Dekatkan diri dengan Allah. Jaga solat. Banyakkan berdoa. Sebab apa? Sumber rezeki itu dari Allah, bukan dari makhluk. Kalau kita sayang Allah, Allah akan sayang kita.

 

  • Banyakkan memberi kebaikan kepada orang, dan anda akan mendapat kebaikan. Ini memang hukum alam. Lagi banyak kita memberi, lagi banyak yang kita akan dapat. (Teringat lak tema blog Denaihati – Hidupkan Untuk Memberi)

 

Kesimpulan saya,

Nak hadapi GST tahun depan serba naik 6% bersediakah kita ?
#‎alhamdulillah dah 6 bulan  saya mendapat side income daripada bisnes sambilan Shaklee.Modal kecil hanya rm65 dan risiko pun kecil. Saya berjaya buktikan walaupun saya bekerja makan gaji, dalam masa yang sama saya mampu buat side income melalui alam maya ( FB, blog , whatsapp & Telegram).. Saya juga berada dalam group yang snagat supportive iaitu group Shaklee terbesar di Malaysia ( Group JUTAWAN).

Alhamdulillah setiap bulan dapat duit sampingan rm100++..Syukurla walaupun sedikit. Nak banyak kenala usaha lebih.

19

Jika anda tercari-cari side income, do pm me okay .

ELin | 017-7854596

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s