Kejadian ragut di Jusco permas Jaya

Astaghfirullah..berdebar betul jantung saya bila ternampak seorang aunty Cina menjerit sambil tangan menunjuk kearah motosikal yang berlalu laju. Rupanya aunty tu kena ragut.

Kejadian tu berlaku dikawasan parking Jusco Permas Jaya. Sewaktu saya hulurkan kad parking untuk exit, sebuah motosikal yang ditunggang seorang pemuda berbaju gelap lengkap dengan helmet mencilok depan saya dalam tergesa-gesa. Dalam hati kecil berkata ” Eh kenapalah kelam kabut, da lambat nak masuk kerja ke?”

Selepas tu terdengar suara menjerit tanpa saya paham apa maksudnya, saya buat tak tahu je. Bila da keluar gate saya baru nampak aunty tuh berlari-lari kearah kedai makan Cina berhampiran sambil menjerit-jerit. oh baru ku sedar dia kena ragut. Rasa sedih sebab tak dapat tolong apa-apa.

Pengajaran : Jangan parking dikawasan belakang Jusco berhampiran market sebab tu kawasan lapang dan sunyi. Saya cadangkan lepas ni parking dipintu depan Jusco sebab situ ada security guard ronda-ronda. Semoga kejadian ini tidak menimpa diri kita.

images (3)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s