Ajaibnya Doa – Tips doa makbul

Petikan dari buku “ 40 kisah motivasi Ajaibnya Doa” – Ustaz Rifqi Bin Myiddin & Ustaz Mohammad Subki Bin Abdul Rahman Al-Hafiz

 Cover_ajaibnyaDoa Baru

Bhg 1 : Tips doa makbul

1.) Memelihara sumber rezeki seperti makanan, minuman, pakaian daripada sumber yg haram

Saya petik satu kisah yg diceritakan oleh ustaz Rifqi dalam kuliah Maghrib, sahabat beliau seorang ustaz pengamal perubatan sangat menjaga makanan kerana seseorang yang menajga makanan, doanya mustajab..untuk seorang pengamal perubatan, amatla penting untuk menjaga makanan supaya doa yg dibaca untuk pesakit mustajab..Kisanhya, ustaz ini tidak makan ayam / daging di kedai-kedai atau majlis-majlis kerana tidak pasti kehalalannya..beliau hanya makan ayam yg disembelih dan diproses sendiri..berkat dari menjaga makanan, beliau berjaya mengubati seorang pesakit aids..umum tahu, bahawa sehingga arini tiada ubat untuk penyakit aids..lihat, ajaibnya doa yg digunakan dgn ayat-ayat Al-Quran dan dari seorang yg amat menjaga makan..

2.) Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan

Satu kisah di suatu kampung, pak imam menjemput semua org kampung untuk berpuasa dan solat sunat Istisqa’ Minta Hujan pada hari jumaat. Maka, sampai disuatu rumah seorang anak kecil keluar mengatakan ayahnya tiada dirumah. Pak Imam berpesan kepada anak kecil itu ttg hajatnya supaya disampaikan kepada ayahnya.Setelah ayahnya pulang, disampaikan pesan itu. Maka tiba hari Jumaat, anak kecil itu berkata kepada ayahnya

Anak : Ayah, saya nak ikut

Ayah : Boleh.Jom

Anak : Apa itu solat Istisqa’ ?

Ayah : Solat sunat mintak hujan.

Anak : Kalau kita solat itu, hujan akan turun?

Ayah : InsyaAllah hujan turun.

Maka kedua beranak itu menaiki motor menuju kepadang untuk solat sunat. Sampai dipertengahan jalan, anak itu berkata kepada ayahnya:-

Anak :  Saya nak pulang kerumah sebentar

Ayah : Kenapa?

Anak : Saya nak ambil payung sebab kalau hujan turun nanti kita tidak boleh balik.

Maka mereka menuju ke padang. Sesudah solat sunat, hujan turun dengan lebatnya. Tiada seorang pon membawa payung ketika itu. Hanya budak kecil itu. Pak Imam berkata dlm hati; Alhamdulillah, berkat doa aku.

Pada malam hari, Imam bermimpi bahawa sesungguhnya hujan turun bukan disebabkan doa Imam tetapi kerana keyakinan budak kecil kepada Allah bahawa hujan akan turun dengan melakukan solat sunat itu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s