Komik Hadis Sahih Bukhari Muslim – Bacaan seisi keluarga

Saya nak kongsikan antara bahan bacaan koleksi kami sekeluarga iaitu komik hadis . Bila kita sebut komik tentu dibayangkan muka surat yang sarat dengan kartun dan bahasa yang santai. Ya memang itulah tanggapan pertama kami. Namun ianya bukan pengisian yang kosong, tetapi penuh dengan ilmu dan memberi kesan dalam kehidupan seharian.

Komik hadis lukisan Vbi_djenggoten iaitu pelukis dari Indonesia mempunyai 3 volume. Apabila anda membaca Volume 1, secara automatik akan rasa nak beli volume 2 dan seterusnya volume 3. Komik ini juga boleh dijadikan bed story untuk anak-anak.

Jom tengok komik-komik volume 1-3.

3707_629328700428709_2112579938_n

6751_625680497460196_409160765_n (1)

10417664_10152236309598031_5249990864969372306_n

Pelukis : Vbi_djenggoten
Penerbit Asal : Penerbit Zaytuna (Indonesia)
Penerbit Edisi B. Melayu : Humaira Bookstore Enterprise

Harga : RM15

Kelebihan komik ini-

1) Komik ini berkaitan dengan isu isu semasa dan disimpulkan dengan hadis-hadis sahih dari Imam Bukhari dan Imam Muslim.

2) Disampaikan dengan gaya santai dan bersahaja namun tepat dan ‘sentap’.

3) Satu kaedah baru dalam mendekatkan diri kita kepada hadis nabi SAW.

Kesimpulannya,

Anda pasti akan membacanya sambil tersenyum sekaligus merasai pesan-pesan Nabi SAW itu sentiasa ada pada setiap perbuatan dan keadaan. Sifat Nabi SAW yang manusiawi ini menyentuh setiap sudut perlakuan termasuk pernikahan, siasah, dan akhlak sesama manusia.

Ia bukan sekadar komik yang menghiburkan tetapi juga menegur hati-hati yang lalai dengan kalam-kalam Nabi SAW Di mana, pada kebiasaannya perkara yang mudah sering dilupakan, apatah lagi yang berat terus ditinggalkan. Pada akhirnya, kita perlu menyedari, sekecil mana pun kebaikan, ia tetap dinilai di sisi Tuhan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s