Petua Susu Badan Banyak – Sentiasa ceria dan gembira

Alhamdulillah. Perahan sesi pagi ni hanya dapat 2.5 oz.. Nak sedih ke gembira?

Of course agak sedih, tapi kena syukur dan gembira sebab tu rezeki untuk Anas. Sehari Anas hanya minum 9 oz. Jadinya alhamdulillah tak perlu risau kerana stok masih cukup untuk 2 hari.

Mengadu pada sahabat iaitu Wani, dia menyarankan agar sentiasa tenang dan gembira. Hormon pengeluaran susu sangat berkait rapat dengan emosi kita tau. Cara saya nak gembira, kena makan makanan yang sedap-sedap. So ke Jusco la kita lunch nanti..hihi

Petua Susu Badan Banyak – Sentiasa ceria dan gembira

Emosi ibu banyak mempengaruhi penghasilan susu badan. Berdasarkan pengalaman saya, apabila saya mula mengalami tekanan atau stress di tempat kerja, saya boleh lihat jumlah susu yang dipam juga akan berkurang. Ini berkait rapat dengan kadar hormon oksitosin ( hormon gembira). Untuk membantu susu badan banyak, ibu perlu memastikan hormon oksitosin berkadar terus dengan hormon prolaktin ( hormon untuk menghasilkan susu badan).Ibu perlu sentiasa tenang dan ceria ketika mengepam susu dengan cara berzikir atau melihat gambar / video bayi anda.

10893787_10203190745505911_1141942702_n

Ibu yang cergas, ceria dan tenang ==> Meningkatkan kadar hormon oksitosin ==> Meningkatkan kadar hormon prolaktin ==> Susu Badan Banyak
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s