Cabaran Januari 2015 – My Vision Board

Hari ini saya menggali ilmu tentang vision board.Heboh dikatakan yang vision board ni sangat powerful.Magik pon ada. Benarkah dakwaan ini? So far, saya da jumpa orang yang betul-betul berjaya dengan vision board ni. Memang apa yang dibayangkan berlaku dan realitinya lenih cepat dari apa yang ditulis di vision board. Ni kisah mummy shaklee sayala, Mummy Fai. Tu sebab saya rasa berkobar nak buat vision board harini.

 Apa gunanya Vision Board ni?

Vision Board ni ada banyak kaitannya dengan Law of Attraction. Anda tentu pernah dengar Law of Attraction ni kan? Ada banyak buku tentang law of attraction ni. Bahkan beberapa bulan lepas saya ada terpandang buku Law of Attraction in Islam yang ditulis dalam Bahasa Malaysia. Tak ingat pula siapa penulisnya.

Mengikut Law Of Attraction, apabila kita kelilingi diri kita dengan imej-imej siapa yang anda ingin jadi, apa yang anda ingin miliki, di mana anda ingin tinggal dan bercuti, hidup anda akan berubah untuk menyamai imej tersebut serta keinginan-keinginan anda. Powerful kan?

Kriteria Vision Board 

(saya copy dari http://www.thetakaful.com/)

Vision board yang terbaik adalah yang ada dalam kita punya S.M.A.R.T goal. iaitu

  1. Specific
  2. Measurable
  3. Attainable
  4. Realistic
  5. Time-bound

Specific – bermakna vision board mesti spesifik atau terperinci, saya bagi beberapa contoh,

i jika anda hendak beli rumah, tuliskan sekali bila akan dapat untuk membeli rumah tersebut (contoh Januari 2015), Berapa kos rumah tersebut?

ii jika anda hendak mengerjakan umrah, bila tarikh hendak mengerjakan umrah, berapa kos untuk mengerjakan umrah

iii Jika hendak membeli kereta, apakah model kereta terbaru anda? Berapa harga dia? dan pastikan dalam gambar tersebut adalah kereta yang kita betul-betul inginkan dari segi warna, jenis modal dan harganya, dan bila kita akan membeli kereta tersebut.Jika berkenaan dengan pendapatan, berapa pendapatan kita menjelang tempoh tertentu, kalau boleh gariskan juga tindakan kita untuk mendapatkan pendapatan itu. Contoh target dalam bisness kita, berapa jumpah pendapatan yang akan kita peroleh pada hujung tahun 2015.

Measurable – Semasa kita membuat vison board kita, pastikan apa yang kita hendak adalah yang kita boleh tahu nilai dia dengan kata lain, boleh diukur. Mesti mempunyai satu nilai yang tepat. Bukannya satu plan yang hanya seperti angan-angan. Sebagai contoh, kita hendak mengerjakan umrah pada Ramadhan tahun 2015. Kita kene tahu, langkah kita sekarang tepat tak untuk menjadikan ia satu rialiti, seperti cara kita perloleh pendapatan.

Attainable – Bila kita tahu perkara apa apa yang kita hendak letakan dalam vision board kita, pastikan bagaimana cara kita untuk menjadikan sesuatu itu benda yang rialiti, contoh anda betulkan perlakuan anda, bina semangat harian anda, belajar skills baru untuk lebih menjana keuntungan jika anda berniaga dan bina kekuatan kewangan anda, Mungkin anda boleh gunakan kekuatan anda yang lepas sebagai pengajaran untuk dijadikan iktibar dan jadikan ia perkara yang mesti dlakukan pada tahun ini,

Realistic – Kita mesti ada target sepanjang tahun, dan dalam pembikinan vision board ini, ia adalah GOAL kita, menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya. Dan realtistic bermaksud, segala kudrat, kelebihan yang ada, segala benda yang ada membuatkan apa yang kita letakkan dalam vision board ini boleh menjadi kenyataan

Time-bound – vision board anda mesti ada limit masa, seperti contoh yang saya tunjuk di bahagian specific tadi, bila tarikh kita nak achieve apa yang kita hendak. Dan kita kene pastikan, dan daripada kemampuan yang ada pada diri kita daripada planning yang kita buat. perkara itu secara logiknya boleh tercapai.  Jika kita tidak letak temph masa dalam vision board kita, ianya sebenarnya anda tiada rasa “urgency” untuk mencapai apa yang kita hendak.

Cara saya buat Vision board

1. Saya akan listkan apa target yang saya nak capai dalam Shaklee

2. Saya akan seimbangkan duniawi dan ukhrowi

3. Saya akan save gambar-gambar yang berkait dengan impian saya

4. Saya akan buat vision board menggunakan power point.

5. Bila da siap, saya akan share di blog, fb dan yang penting saya kan print dan tampal disemua tempat yang mata saya akan singgah.. Teruja kan?

Contoh vision board group Shaklee saya (PMT)

1003779_590573107646133_60631224_n 1238093_10152057259067208_1354358379_n 1450932_512887202151933_904652828_n (1) 1460949_10201717400869055_638211469_n 1497585_512887125485274_552342725_n 1526411_699165280128695_274261379_n (1)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s