Atasi sembelit dikalangan Ibu hamil dan menyusu

Berapa minit anda spend dalam toilet untuk ‘membuang’?
Ada yang siap bawak phone main game dek kerana sukarnya proses ‘membuang’..

10390980_10203260864858851_1377730215825452844_n

Pengalaman sembelit

Seingat saya kali pertama saya sembelit ketika kanak-kanak dalam lingkungan umur 5-6 tahun. Itupun kerana saya telan ubat batuk hampir sebotol. Lepas tu mak akan tolong mudahkan proses “membuang” dengan berkata ” Ek ek, ek ek”..Biasa tak dengar bunyi tu? Ala kiranya macam nak menolong najis tu keluar la.

Kali kedua sembelit sewaktu hamilkan Nafisah.

Info

Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh tekanan oleh uterus anda yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

(http://www.babycenter.com.my/a1052606/sembelit#ixzz3Q0K9IFtk)

Jadi apa yang saya lakukan kerap makan pisang dan betik. Okla berkurang juga, tapi still akan ada sesekali sembelit datang.

Kali ketiga ialah sewaktu dalam pantang Anas. Masa tu dahla ceaser, tak boleh nak meneran sekuat hati takut jahitan koyak pulak, ditambah lagi dengan sembelit. Hanya Allah je tau sakitnya. Esoknya minta mak pergi klinik desa untuk dapatkan ubat membuang najis. Tau tak camne rupa ubat tu? Macam ni la..

download (1)(sumber : http://frogiec.blogspot.com/)

Info

Ubat membuang najis

Ubat yang biasanya diberi kepada ibu hamil sebaik tiba di bilik bersalin dikenali sebagai enema. Suatu ketika dahulu, mereka memang digalakkan menggunakan ubat ini tetapi pada hakikatnya ia tidak bagus kerana boleh melukakan dubur. Namun, jika tidak diberi pula, dikhuatiri najis akan keluar bersama ketika proses meneran. Untuk itu, doktor akan memberi enema dalam jumlah yang kecil, biasanya glycerine. Ubat ini dapat memberikan keselesaan kepada anda dan paling penting tidak melukakan dubur. Namun, jika anda memaklumkan sudah membuang air besar ataupun mengalami cirit-birit, ubat ini tidak akan diberi.

Setelah saya gunakan ubat tuh. memang terus menderu segala isi perut keluar. Uhhh lega sangat-sangat. Takut pulak sembelit ni datang lagi, terus teringat kat Ostematrix. Kisahnya, sewaktu pregnantkan Anas saya memang tak tinggal makan Ostematrix, memang alhamdulillah tak kena sembelit macam sewaktu mengandungkan Nafisah. Tetapi, stok Ostematrix boleh pulak habis semasa pantang. Tanpa membuang masa, terus order set pantang ( B complex, zinc complex, vitalea dan ostematrix) dengan Fai. Alhamdulillah lepas dari itu, tiada lagi masalah sembelit.

Info

Kenapa saya menghidapi sembelit selepas melahirkan bayi?

Adalah biasa jika anda tidak membuang air besar (konstipasi) untuk dua hari pertama selepas melahirkan bayi. Satu per lima ibu baru mengalami kelewatan ini. Anda mungkin kurang selesa menggunakan tandas hospital. Dan tentulah anda akan bimbang jika terdapat jahitan dan lebam. Ini semua bermakna anda boleh menghidapi konstipasi (sembelit) dalam beberapa hari selepas melahirkan anak.

Terdapat sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh menggerakkan usus:

Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:

  • anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
  • anda pernah melahirkan bayi sebelum ini;
  • anda mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit;
  • anda mendapat jahitan.

(http://www.babycenter.com.my/a1044760/sembelit-selepas-bersalin#ixzz3Q0UKq8Q3)

Kisah pembuangan yang sangat lancar

Bulan ni kan promosi Alfalfa, rugi kalau saya tak beli. First time ni nak try alfalfa. Study punya study, alfalfa ni elok untuk detox darah, maksudnya nak bagi badan kita betul-betul dapat serap semua nutrient dari supplement yang kita makan. Tambahan lagi untuk “milk booster”. Healing crisis yang saya rasa, jerawat memang keluar banyakla, tanpa segan silu. Okeh saya paham maknanya badanku dipenuhi toksin. Pengeluaran susu pon agak membantu dari sebelum ni. Satu hal lagi yang saya sangat tidak jangka berlaku.Apakah dia???

Saya perasan, setiap pagi saya akan “membuang” dengan mengambil masa kurang 5 min. Sebelum ni memang hari-hari buang juga, tapi takdela lancar. Amik masa dekat 10 minit untuk betul-betul clear. Tapi kali ni, memang sangat lancar. Tak tau nak cite detail camne lagi. Saya baru teringat apa yang saya rasa ni sama dengan apa yang saya alami sewaktu bersalinkan Anas. Waktu tu dalam labor room. Bukaan baru 4 cm, nurse bagi ubat keluarkan najis macam dalam gambar diatas. Selepas dia masukkan ubat tuh melalui dubur (tak rasa sakit pon), terus najis keluar tanpa kita boleh kawal. memang malu waktu tuh, first time kena “membuang” atas katil..Haa macam tuhla lancar yang saya maksudkan.Paham yea?

Khasiat susu ibu yang ambil alfalfa + ostematrix

Alhamdulillah, sehingga hari ini Anas masih full breastfeed. Alhamdulillah tidak pernah najisnya keras. Dalam sehari dia akan membuang antara 2-3 kali. berbeza dengan Nafisah dulu, kerap sembelit sampai pergi klinik dapat enzime untuk mudahkan dia “membuang”.

Kesimpulannya, saya sangat rekomen dua vitamin ni diambil oleh mereka :-

1. ibu hamil – ostemtarix

2. Ibu menyusu – ostematrix + alfalfa

Notakaki : Promosi alfalfa hanya tinggal 5 hari saja lagi. Rugi tak rebut tau..

Elin

pm/whatsapp/telegram : 017-7854596

Leave a comment