Hanya 3 hari kesan luka ikan cencaru hilang

Ini kisah tentang jariku terluka kerana ikan cencaru.Ikan cencaru antara ikan kegemaran sebab harganya murah, isinya banyak dan rasanya sedap. Kebiasaannya saya akan masak bakar dan dicicah air asam atau budu. Memang terangkat.

Info

Ikan Cencaru (bahasa Inggeris: Torpedo Scad) merupakan sejenis ikan karnivor air terbuka tropika yang suka berkelompok di kawasan-kawasan pantai Indo-Pasifik Barat, dari Afrika Timur sehingga Jepun dan Australia. Taburannya antara 47° U – 22° S, dan 40° T – 156° T. Ikan ini hidup antara 20 – 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu. Ikan Cencaru mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nama sainsnya Megalaspis cordyla.

Ikan Cencaru berwarna kelabu kebiru-biruan hingga hijau pada bahagian dorsal, dan keperak-perakan pada bahagian bawah. Operkulumnya mempunyai bintik hitam yang besar, dengan sirip yang berwarna gelap. Panjang Ikan Cencaru sehingga 80sentimeter (2 kaki 7 inci), dan beratnya sehingga 4 kilogram. Ikan ini mempunyai 7 – 9 sirip kecil yang berasingan pada bahagian belakang ridip dan sirip duburnya.

Populasi Ikan Cencaru berganda dalam tempoh antara 1.4 hingga 4.4 tahun.

ikan cencaru4

(sumber google)

Kalau masak bakar/panggang,  makanya tak perlu kupas jaket ikan cencaru tu.Contoh macam dalam gambar ni.

IKAN BAKAR CENCARU 003

(sumber google)

Tapi hari itu, rasa nak masak sambal berlada. Tengok dikedai, jaket tu mesti dibuang. Fikir camne cara nak buang jaket tu. Dapat idea guna gunting tebukkan dan tarik guna tangan. Fuhh mencabar rasanya, 4 ekor nak setelkan. Akhirnya siap dan perasan jari telunjuk kiri pedih. Rupanya kulit terkopak dan luka. Hurmm ni gara-gara menarik jaket cencaru la. Tengokla rupa ikan cencaru tanpa jaket seperti dibawah.

image

(sumber google)

Nak tengok camne luka tu?

10947873_10203270519620214_1864438334_n

pedih tu..hukhuk..terus teringat Herbal Blend cream shaklee ni. Tiga malam berturut-turut sapu sebelum tidur, yela siang hari kerap basah jadi malam je la bagus letak. Alhamdulillah hari keempat hilang da kesan luka dan kulit terkopak tu. Memang power la cream ni.

10947806_10203270491939522_1756937248_n

Cream ni memang wajib ada setiap rumah tau. Banyak sangat kegunaannya.

d36a1-screenshot2014-06-2012-01-11

Harga : RM27.50

Harini borak dengan akak dioffice, kata dia lebih baik goreng dulu ikan tu, baru tanggalkan jaket kemudian baru masuk dalam sambal. Hah??????????? kenapa saya tak boleh fikir sebelum ni????

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s