Cara memilih SPF pada kosmetik kulit anda

Biasanya, saya kalau pergi ke watson / aeon care untuk membeli compact powder, terus saya akan perhatikan belakang kotak, berapa SPF nya? Kalau boleh nak cari yang paling tinggi. Betul ke cara saya?

Apa itu SPF?

SPF adalah satu singkatan kepada Sun Protection Factor. Jumlah SPF ini menunjukkan berapa lama anda boleh berada di bawah sinaran matahari tanpa terbakar.

Bagaimana cara mengetahui ketahanan kulit terhadap matahari?

Caranya Mudah. Sila keluar dan berdiam di bawah sinar matahari hingga kulit terasa agak terbakar dan merah. Kira waktu yang diperlukan anda untuk bertahan yang merupakan waktu ketahanan kulit anda.

Lazimnya, orang berkulit cerah atau putih mengambil masa 10 minit  menjadi merah jika berada dibawah cahaya panas tanpa sunblock. Orang berkulit kuning langsat mengambil masa 15 minit dan bagi mereka yang berkulit coklat hingga gelap mengambil masa 20 minit.

Bagaimana cara menghitung SPF?

Hanya perlu darabkan SPF dengan ketahanan kulit anda.

Contohnya,

1) Berkulit cerah : SPF 20

20 x 10 = 200 minit. Ini bermakna selama 200 minit atau 3jam 30minit krim perlindung ini mampu bertahan pada kulit.

2) Berkulit kuning langsat : SPF 20

20 x 15 = 300 minit. Jadi, selama 5jam mereka yang berkuning langsat boleh bertahan dengan penggunaan krim ber SPF 20

3) Berkulit coklat hingga gelap : SPF 20

20 x 20 = 400 minit. Selama 7jam krim spf 20 mampu bertahan pada kulit mereka jenis ini. Orang berkulit coklat hingga gelap lebih tahan lama kerana mempunyai lebih banyak pigmen melanin kulit.

spfchart

Kesimpulannya, berdasarkan carta diatas, kulit yang berwarna light macam saya, tak perlulah nak cari SPF sampai 50..hahaha baru tau..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s