Fitnah Dajjal Laknatullah

Saya suka bukak youtube dan dengar tentang cerita akhir zaman seperti syurga, neraka, mahsyar, titian sirat, peristiwa akhir zaman dan kisah dajjal. Anda boleh search ustaz wadi annuar, banyak koleksi ceramah beliau. hari ini saya mengambil masa untuk mendengar tentang Fitnah Dajjal. Klik link dibawah :-

Rumusan dari ceramah ini , saya menulis untuk rujukan diri sendiri dan sesiapa yang ingin tahu :-

  1. Dajjal telah lama hidup. Dari zaman Nabi sudah ada sahabat bernama Tamim Ad Dari telah jumpa dajal disuatu pulau.
  2. Sifat fizikalnya – seorang lelaki..rambut kerinting..tinggi & besar..matanya buta sblh kanan, melihat guna mata kiri
  3. Dia hanya akan keluar bila diizinkan Allah.
  4. Bila dia mula menzahirkan dirinya pertama kali dibumi Iran (antara Asbahan atau Khurasan), bumi akan berputar sangat lambat. Tempoh Dajjal akan menjejak kaki disetiap ceruk kampung/taman dibumi ini selama 40 hari . Hari pertama dajjal keluar, sehari akan rasa seperti setahun, hari kedua terasa seperti sebulan, hari ketiga terasa seperti seminggu dan hari keempat dan seterusnya seperti biasa iaitu 24 jam.
  1. Bila Dajjal keluar, bumi tidak akan lagi mengeluarkan tanaman dan langit tidak akan mengeluarkan hujan.
  2. Makanan orang beriman hanyalah zikir iaitu bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertahmid. Dengan zikir ini rasa seperti menyuapkan makanan kedalam mulut, kenyang.
  3. Atas musibah tiada makanan minuman inilah akan keluarnya fitnah Dajjal iaitu dia akan memberikan makanan kepada orang yang ditemui. Barangsiapa yang kafir, fasiq dan munafiq nescaya akan menjadi pengikut Dajjal. Siapa orang fasik? Antaranya orang yang meninggalkan solat.
  4. Dajjal juga boleh menurunkan hujan dan keluarkan tanaman untuk mengelirukan manusia agar keluar dari islam dan mengikutinya. Inilah fitnah yang paling besar iaitu keluar dari Islam.
  5. Dajjal juga boleh menghidupkan orang yang telah mati. Dia akan menghidupkan ibu dan ayah kita yang telah mati dengan 100% menyerupai ibu ayah kita. Sebenarnya itu adalah syaitan   yang  akan berkata ikutlah dia, dialah tuhan. Jika kita fasik, munafiq dan kafir nescaya akan termakan fitnah Dajjal dan seterusnya mengikutinya.
  6. Dajjal boleh mendatangkan 2 sungai, satu airnya sejuk dan satu lagi ada api. Semua manusia tak kira beriman atau fasiq/kafir/munafik boleh lihat ini. Maka Nabi pesan, tutup mata dan terjunlah dalam sungai yang ada api kerana sesungguhnya itulah sebenar-benar sungai yang sejuk dan dingin.
  1. Nabi berpesan, jika kamu dengar tentang kemunculan Dajjal , maka lakukan 5 perkara ini :-

1) Jangan pergi ke tempat yang ada Dajjal. Jangan kita dengar Dajjal berada di Thailand sbg contoh, kita sibuk nak amik tiket flight pergi sana. Jangan!!!

2) Jika kita jumpa Dajjal, bacalah 10 ayat awal dan 10 ayat akhir surah Al-Kahfi. Bagaimana? Sudah tentu dengan cara menghafaz. Jadi jom sama-sama mulai hari ini amalkan membaca 10 ayat awal dan 10 ayat akhir surah Al-Kahfi setiap hari.

3) Jika kita dengar Dajjal sudah sampai disesebuah tempat, maka berusahalah untuk pergi ke Mekah / Madinah dan menetap disana kerana Dajjal tidak boleh masuk ke Mekah dan Madinah.

4) Jika kita jumpa Dajjal, kita perhatikan sifatnya iaitu seorang lelaki..rambut kerinting..tinggi & besar..matanya buta sblh kanan, melihat guna mata kiri dan didahinya ada tulisan arab Kaf Fa Ro (kafir)..hanya orang yang benar-benar beriman akan dapat lihat tulisan ini, maka tak payah tengok fitnah lain, yakinlah itu dajal.

5) Jangan berani-berani nak pergi kepada Dajjal. Jangan rasa diri da cukup beriman untuk berhadapan dengan Dajjal. Sebolehnya larikan diri darinya.

Wallaualam. Saya nak semua orang amik masa dengar ceramah ini, sangat-sangat berguna. Semoga kita semua dijauhi dari fitnah dajjal ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s