7 fakta anda perlu tahu tentang tarikh 15 Mei

Nakba Day

==========================================================

1. 15 Mei 1948 juga dikenali sebagai peristiwa Nakbah, dalam bahasa arab bermaksud “Malapetaka”, merujuk kepada peristiwa pengisytiharan negara haram Israel dan disambut sebagai hari kemerdekaan Israel setelah berjaya merampas tanah air penduduk Palestin.
2. Dalam peristiwa itu, lebih 700,000 rakyat Palestin diusir keluar meninggalkan kampung halaman, harta benda, perniagaan dan terpaksa melarikan diri ke Syria, Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.
3. Sebahagian rakyat Palestin masih kekal mendiami tanah haram Israel dan tertakluk kepada peraturan Israel. Namun terdapat lebih 20 undang-undang keistimewaan diwujudkan untuk dinikmati oleh bangsa yahudi ke atas penduduk bukan berbangsa yahudi.
4. Data pada tahun 2012 mencatatkan terdapat sekurang-kurangnya 4.4 juta pelarian Palestin berdaftar dengan PBB yang juga merupakan generasi kedua dan ketiga yang tidak pernah menjejak bumi tanah air mereka.
5. Penduduk Palestin tidak hanya dihalau. Ada yang dibunuh di perkampungan masing-masing seperti yang berlaku di Deir Yassin dan Tantura.
6. Sudahlah dihalau dari tanah air, peristiwa di kem pelarian Sabra & Shatila membuktikan betapa kejamnya rejim Zionis sehingga sanggup membunuh, menyembelih dan menghapuskan etnik Palestin tanpa sedikit pun rasa bersalah.
7. Pelarian Palestin tertakluk kepada undang-undang antarabangsa yang membenarkan mereka untuk kembali ke tanah air mereka. Sehingga kini hak tersebut tidak dihiraukan oleh Israel.

(sumber ; PTS )

poster nakbah

Pada tahun ini, ummat Islam memperingati Peristiwa Nakbah pada 15 Mei dan menyambut Isra’ Mikraj pada 16 Mei 2015

Israk Mikrak

================================================================

Kata Tokku Pasir Gudang,

“Pengajaran paling besar dari peristiwa Isra’ mikraj adalah SOLAT..Hadiah paling istimewa untuk umat Nabi Muhammad , hadiah dari langit. Jadi peliharalah SOLAT kita, anak cucu dan zuriat keturunan kita. Pentingkan SOLAT dari yang lain.”

~ Ceramah Isra’ Mikraj Masjid Falah, Seri Alam – 16/05/2015 ~

Satu video ceramah Israk Mikraj dari Ustaz Wadi Annuar sangat best, patut ditonton. Ulasan sakan sama dengan Tokku pasir Gudang. Sila klik copy & paste dibawah untuk tonton.

https://www.youtube.com/watch?v=97fN-fJ9WQ4

Antara ulasan yang menarik juga tentang SOLAT.

Nabi Musa kata, 5 waktu solat sehari semalam pon umatmu tidak akan mampu..Sungguh benar terjadi..di Malaysia 85% dari org Islam tidak mengerjakan solat..Allahuakbar…sedihhhh..Ya Allah semoga kami dan zuriat keturunan kami tetap istiqamah mengerjakan solat…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s