Kuih Ropa Kuih tradisi terengganu kita

Cerita tentang kuih

semalam petang tanya suami nak buat kuih apa yea petang ni? dia jawab kuih yang inti kentang mcm kat terengganu tu..kuih ape? xtahu namanya la..so sy pon google ” kuih inti kentang terengganu “..enjin carian google pon berjaya keluarkan gambar sama macam kuih yang dimaksudkan..nak tau apa namanya?? KUIH ROPA..

pelikkkan..tapi sedap..ok search plak cara membuatnya..ikut resepi dari blog jintanmanis..inti ikt resepi sendiri..suami kata sedap..lulus percubaan pertama..kuih ni kulitnya seperti kuih ketayap..cuma bezanya tak perlu warna hijau dan digoreng seketika untuk garingkannya.

cuma pada saya rasanya tetap tak sama seperti di kg mertua terengganu..kat sana kulitnya liat sedikit, macam makan chewing gum..yang resepi ni lembut je kulitnya..kena cari apa sebab leh liat tu..sapa2 tau?

10405411_10204053300629250_1200967496418065491_n

Jom intai resepi kulit ropa dari jintanmanis ini:-

Samosa Pantai Timur
Sumber resepi: rosmarlina dan yusop @ jintanmanis.com

Bahan batter/kulit

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
garam secukupnya
2 1/2  cawan air
1 sudu kecil minyak masak
1/2 cawan santan atau susu segar

1. Didalam bekas adunan, campur tepung, telur, garam, air, santan dan  1 sudu kecil minyak masak kacau supaya tak beketul dan kemudian tapis. perap seketikan lebih kurang 1/2 jam supaya adunan lebih mesra, kemudian sapukan sedikit minya di atas fry pan dan letakkan satu senduk adunan dan layangkan nipis. masak sehingga ke dua-dua permukaan agak perang, angkat dan ketepikan. ( adunan kulit samosa ni memang cair, macam buat kuih ketayap tu, kalau adunan ni agak pekat boleh tambah air ya).

untuk inti  (resepi olahan sendiri)

3 biji kentang – dipotong dadu
200gram daging boneless – dipotong dadu kecil-kecil
1/2 biji bawang besar -dikisar 
1 ulas bawang putih – dikisar
1 cm halia – dikisar
1 sudu besar serbuk kari daging

1 sudu besar serbuk kurma

Garam , gula

caranya..
tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan  serbuk kari daging dan kurma hingga naik bau, kemudian masukkan daging, dan 1 cawan air, masak sehingga daging agak empuk, selepas itiu masukkan kentang, kacau sebati, Perasakan dengan garam gula. Masukkan setangkai daun kari untuk bau yang enak. setelah daging dan kentang masak, angkat dan sejukkan.

Nota : Untuk inti yang sedap, perlulah sedikit manis yea.

Cara melipat.

1. Ambil kulit samosa tadi, dan letakkan inti daging+kentang, lipat seperti membuat popia, ulang langkah tadi hingga semua kulit semosa dan inti habis, panaskan minyak dan goreng kan samosa yang siap dilipat tadi, ( guna sedikit minyak sahaja untuk menggaringkan kulitnya),  goreng sehingga perang dan garing, angkat dan hidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s