Ramadhan memburu TAQWA. Impossible menjadi possible dengan Magik

Ramadhan tinggal 1 hari lagi..tahukah kita apa tujuan Ramadhan diturunkan kepada umat Nabi Muhammad? Adakah semata-mata menahan lapar dan dahaga? Semata-mata berbuat baik hanya dibulan Ramadhan? Selepas Ramadhan balik semula kepada perbuatan asal kita? Saya pon keliru sehinggalah UMED memberikan tazkirah ringkas berkenaan Ramadhan. Saya copy & paste dari sahabat.

‪#‎Shortnotes‬ dari sahabat :

Perkongsian ilmu
Ustaz Mat Esa Deraman (UMED)

Tazkirah khas diambang Ramadhan dan soal jawab tentang puasa di Surau At Taufiqiah Tmn Nusa Damai

Sabtu-13/06/2015

Alhamdulillah, sesiapa yg keluar mencari ilmu,Allah mudahkan untuknya jalan menuju ke Syurga.

KELEBIHAN TAQWA
(dr Imam al Fairus Abadiah)

1. Org2 bertaqwa,merekalah wali2 Allah….mereka tiada kebimbangan terhadap dunia.x rasa gembira dgn dunia.mereka kenal Allah.

2. Orang yg bertaqwa,Allah akan datangkan pertolongan.Sesungguhnya Allah bersama2 dgn org yg bertaqwa.
Kita perlu kpd Allah kerana kita lemah.
cthnya pertolongan yg Allah turunkan kpd para Nabi2.
Rasulullah byk mengajar kpd kita utk mohon pertolongan Allah spt doa naik kenderaan,doa mendapat harta,doa suami isteri dll.

3. Bila mana ada taqwa,Allah tambahi ilmu dan hikmah.
Org bertaqwa bijak membezakan kebaikan dan keburukan.melahirkan keperibadian yg mulia.
Cth : tahu menjaga masa,byk membaca al Quran,tidak berbuat perkara sia2 spt menonton tv siaran yg tidak bermanfaat,sembang kosong,byk tidur dll.

4. Allah ampunkan dosa bahkan Allah gandakan pahala.
Sesiapa yg bertaqwa kpd Allah,Allah HAPUSKAN DOSA dan Allah gandakan pahala.

5. Org bertaqwa berhak utk dpt pengampunan dr Allah.
Mereka mendpt keredhaan dr Allah.

6. Allah mudahkan segala urusan.

Cth : Allah mudahkan utk fhm ilmu,suami isteri yg menyenangkan hati,anak2 yg taat dll.

7.Allah keluarkan dr dukacita.
Tatkala ditimpa musibah,Allah beri ketenangan.Allah bukakan jalan penyelesaian dan beri kemudahan.

8. Allah beri rezeki tanpa disangka2.
Rezeki bukan dr majikan,dr pelanggan,rezeki itu dr Allah.
Kadangkala rezeki mungkin dtg dr anak2,mungkin dr musuh,mungkin dr perkahwinan dll.

9. Allah menjanjikan keselamatan.
Cth Allah selamatkan Nabi Musa, Nabi Nuh dan pengikutnya dari musibah banjir

10. Mendapat kejayaan disisi Allah.
Ramai mana kita lihat org yg mendpt kejayaan dunia tp hidupnya gagal.
Kejayaan disisi Allah ialah Allah beri keyakinan,jati diri,kemuliaan kpd org yg bertaqwa berbanding org yg jadikan matabenda sbg matlamat hidup.

11. Mendapat taufik
Kemudahan untuk taat,Allah ilhamkan utk sentiasa berbuat kebaikan.

12. Allah menyaksikan bahawa mereka orang yg benar dan tidak menipu.
Org bertaqwa mereka x akan menipu diri sendiri dan juga menipu org lain.

Moga bermanfaat.
Moga mendapat rahmat.
Moga bahgia dunia akhirat.

– Wallahu a’lam

Notakaki : motif utama kita dalam Ramadhan adalah memburu TAQWA..dengan adanya TAQWA semua aspek kita akan dapat..

Ada satu kisah benar yang saya baca dari blog : http://thevocket.com/..ianya bukanlah magik macam silap mata tuh..tetapi lebih kepada seseorang yang berjaya mendapatkan TAQWA, sama intipati seperti tazkirah diatas..Jom kita baca.

Nota Editor: Kisah ini asalnya telah dikongsikan di Facebook Page Dr Siti Ujila Official. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga kisah ini turut memberi manfaat buat anda.

KISAH MAGIK: IMPOSSIBLE JADI POSSIBLE. APA RAHSIANYA?

Sepanjang hampir 3 tahun saya menjadi seorang pendidik di UPM, banyak ‘peristiwa’ yang takkan mampu saya lupakan. Yang mengajar saya satu perkara penting: erti kehidupan.

Percaya tak, kisah yang ingin saya kongsikan kali ini boleh menyebabkan sesiapa pun ternganga membacanya. Sebab anda tidak akan percaya pada ‘magik’ yang berlaku. Saya ingin kongsikan kerana di sebalik cerita ini, sebenarnya ada satu ‘rahsia’ kejayaan yang ramai orang tak tahu.

Ceritanya bermula apabila seorang anak didik saya stuck dalam projek ilmiah tahun akhirnya. Ya Allah, Tuhan je yang tahu risaunya saya. Tesis projek perlu dihantar lagi 2-3 minggu. Dengan eksperimen yang belum selesai (baru separuh jalan), hasil belum ada, nak buat eksperimen perlu ‘q’ panjang (sebab nak guna mesin yang orang lain dah ‘q’ panjang), technician tak bagi guna mesin, due date dah semakin dekat.

Akhirnya dia datang jumpa saya. Katanya, nampak mustahil untuk siap.

Benar katanya. Kalau berusaha sungguh-sungguh tapi masih ikut ‘cara biasa’ memang peratus untuk projek tu siap sangat rendah. Sebab masa dah sangat singkat. Halangan dari pihak lain pula sangat banyak.

Saya tarik nafas panjang.

‘Awak kena pakai magik, Zack’ Akhirnya saya berkata. Dia pula pelik dengan kata-kata saya. ‘Magik macamana tu Dr?’

Panjang lebar saya menerangkan, tapi pointnya 2 saja:

1. Dalam masa singkat yang ada ni, give your 100% best effort. Dia tahu apa kerja yang perlu dilakukannya. So saya kata, buat semua tu sungguh-sungguh.

2. Jangan ‘rely’ kat diri sendiri. Kita ni manusia, lemah. Tapi kitakan ada Tuhan yang Maha Hebat, yang sangat baik, yang kalau Dia nak tolong kitaanytime kerja kita boleh jadi mudah, boleh settle. So di samping buat kerja dengan 100% best effort, buat benda-benda lain yang Allah suka.

Saya berikan beberapa contoh:
– nampak makcik cleaner, derma la kat dia.
– ngaji lebih sikit
– solat malam
– kalau beli goreng pisang, bayar lebih.
– gembirakan mak ayah, anak isteri.
– buat kerja amal. tolong orang lain.

Sebab saya percaya pesan Tuhan:

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).

Inilah magik kehidupan yang ramai orang tak tahu. Ramai orang fikir bila nak berjaya dalam sesuatu, mesti kena usaha sungguh-sungguh saja. Sampaikan nak buat kerja-kerja volunteer pun berkira. Dia lupa yang untuk dia berjaya tu, akan jadi lebih mudah kalau Tuhan tolong. Anytime benda yang ‘impossible’boleh jadi possible.

Saya kata lagi, yang ramai orang sedekah tapi padanya sedekah untuk dapat pahala, untuk masuk syurga. Kalau itulah niat dan kefahamannya, itulah yang dia dapat.

Kenapa bila soal nak berjaya, mesti patah balik pada ‘usaha bersungguh-sungguh’. Abih-abih, doa kepada Allah.

Betul, usaha kita mestilah yang terbaik. Tapi tak ramai orang faham yang bila dia bersedekah, buat kerja2 amal, buat benda-benda yang Allah suka, tolong orang lain on top of usahanya yang sungguh2, kejayaan itu lebih mudah, lebih dekat.

Nampak macam akan mengambil masa kita. Yelah nak kena spend masa pula buat kerja amal. Tapi masa yang diambil itulah nanti yang akan buat perkara yang mustahil tiba-tiba jadi tak mustahil lagi. Pokok pangkalnya pada kepercayaan kita. Kita percaya tak yang Allah akan tolong kita.

Kan Nabi Zakaria yang sudah lewat usianya pun mendapat zuriat? Nabi Ayub yang sakit sekian lama juga sembuh umpama magik. Semuanya Allah yang uruskan.

Bukankah kita bertuhankan Allah yang sama?

Saya ingat lagi, saya kata pada student saya tu. “Kalau awak percaya dan buat ‘formula’ ni nanti awak akan terperanjat. Projek yang nampak mustahil nak siap ni boleh siap on time. Dan jangan terperanjat kalau awak menang projek terbaik” sebab kalau Allah nak tolong, anything can happen.

Jawab beliau “Saya dapat siapkan projek ni pun saya dah lega, Dr.”

Saya tahu, dari riak wajahnya dia antara percaya dengan tidak apa yang saya katakan. Tapi saya amat berharap dia buat 2 perkara yang saya pesan itu.

Selang beberapa hari, dia jumpa saya dan katanya eksperimen dah siap!

Ya Allah, saya tak mampu nak kata apa.

Katanya technician yang pada awalnya tak nak bagi dia guna mesin disebabkan‘q’ yang panjang tiba-tiba bagi dia guna sebab orang yang sepatutnya guna waktu tu tiba-tiba tak datang. Dan tiba-tiba, technician tu beriya menolongnya dan mengajarnya itu ini. Sampailah eksperimen tu siap dan hasilnya depan mata saya.

Dia sibuk bercerita apa yang ‘tiba-tiba’ berlaku tapi saya tidak mampu memberi tumpuan. Saya sangat ter-“wow” dengan magik ini. Saya hanyut dalam pujian yang tidak putus-putus kepadaNya, Tuhan yang sangat baik. Saya tahu, Tuhanlah yang buat semua yang tiba-tiba ini berlaku.

Saya tanya pelajar saya tu “apa yang awak dah buat?” Jawabnya, “saya buat macam yang Dr cakaplah”. Serba sedikit dia berkongsi cerita.

Ya Allah inilah yang saya namakan magik. Bukan kebetulan, tapi magik dari Tuhan.

Rupanya magik ini tidak terhenti setakat itu.

Hari ini, beliau bersama pelajar-pelajar yang lain membentangkan projek mereka kepada beberapa orang juri. Ada juri dari industri. Ada pensyarah dari universiti lain. Saya sempat menjenguk. Dan baru sebentar tadi, saya menerima mesej “Dr, saya menang projek terbaik. Gold medal (tempat pertama)”

Ya Allah, tergamam saya dibuatnya. Saya salah baca ke? Berulang kali saya tatap mesej itu. Ya Tuhan, janjimu benar. Terima kasih ya Allah.

Kata student saya apabila eksperimennya siap: “Apa yang saya belajar ni saya rasa lebih berharga dari projek itu sendiri”

Betul. Sebab inilah formula kehidupan. Rahsia macam mana hidup kita bahagia dan berjaya, jika kita faham yang agama bukan hanya pahala-syurga. Tapi apa yang diajarkan oleh agama kita, itulah kunci kejayaan dan kebahagiaan di dunia ini lagi.

Saya harap ia suatu yang bermanfaat untuk perjalanan kehidupan beliau yang seterusnya. Juga untuk anda yang membaca cerita ini. Jika ada manfaatnya, kongsikan agar orang lain juga tahu rahsia kejayaan ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s