Pengalaman pertama menanam pokok betik melalui biji

Seronoknya rasa pokok betik yg dicambah dengan biji hidup subur…dulu ingt susah nk tanam, rupanya mudah..campak je tp baca bismillah la..hihi…harap² rasanya sedap mcm betik exotic kt jusco tuh sbb bijinya diambil dari betik exotic..ke kena letak baja untuk hasil buah yg sedap??

11800065_10204304759075554_7377167968490691629_n

rasanya adalah hampir 2 bulan kot untuk lihat hasil seperti ini..hari-hari simbah, cakap ngn pokok..rasa happy sebab benda hidup kan..semoga ia membesar dengan penuh bergaya..kihkih..

Nak tau tak camne rupa betik exotic tuh? betik ni biasa beli kat jusco. 100g harganya dalam rm1++..kadang-kadang amik yg comel pon dah kena rm4++..mahal tapi sedap sangat..rasanya manis dan baunya wangi, pejal..

papaya2d

(gambar ihsan google)

Umum tau betik bagus untuk pelawasan..lagi betik sangat sesuai untuk kanak-kanak kecil..betik juga antara buah pertama yg saya perkenalkan kepada Nafisah & Anas.Mereka sangat menyukainya..

Jom kongsi info yang saya perolehi dari blog http://miramawary.blogspot.com/ tentang kebaikan betik.

KEBAIKAN BETIK

1) Sebagai tonik tambahan

Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.

2) Ubat bagi sembelit dan bawasir

Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bawasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.

3) Mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing

Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.

Pendek kata, betik adalah tonik ideal serta murah jika kita ingin mengekalkan kesihatan jantung, hati, otak, saraf dan darah kita.

p/s : sesape nk anak pokok betik ni, bolehla minta saya..ada byk lg anak pokok tuh..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s