8 aktiviti rangsang otak kanan anak

mewarna
(haha..kalaulah anakku jadi begini..abisla…)

sumber : pama

Ada fakta yang mengatakan kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih bijak, cerdik dan positif. Ibu ayah disarankan melakukan rangsangan pada otak kanan anak sejak si kecil berusia seawal enam bulan. Otak kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangnya.Otak anak pada enam tahun pertama usianya bersifat seperti span. Merek amudah menerima rangsangan. Oleh itu dedahkan kepada ilmu yang menyeronokkan supaya dapat membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu.

Aktiviti yang menggunakan jari jemari dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak kerja tangan adalahh hasil daripada kerahan otak kanan.

1. Bermain tanah liat. Dengan menggunakan kreativiti membuat pelbagai bentuk haiwan, objek dan sebagainya membantu otak kanan anak aktif berfikir.

(saya suka buat homemade playdoh..lebih selamat)

wpid-photogrid_1440124062261.jpg

2. Origami. Belajar pelbagai lipatan kertas bagi membuat bermacam bentuk.

3. Menggunting. Belajar menggunting pelbagai jenis bentuk, garisan atau apa sahaja gambar.

4. Masukkan manik dalam benang atau tali dalam straw minuman.

5. Melukis. Kreativiti anak dirangsang melalui aktiviti melukis. Biarkan mereka melukis apa sahaja yang diimaginasikan.

6. Bercerita. Anda boleh meminta anak menyambung cerita yang anda ceritakan. Biarkan mereka menggunakan daya imaginasi.

7. Bermain teka-teki dengan anak. Caranya, letakkan satu barang dalam kotak/bekas tidu, suruh anak teka barangan tersebut atau teka bentuk dan warnanya.

8. Kad imbasan. Mula perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.

Tak perlu buat aktiviti ini dalam tempoh lama untuk mengelakkan anak bosan. Masa disarankan lebih kurang setengah jam sahaja.
  • Nota kaki : aktiviti no.3 tuh memang sangat digemari Nafisah, kena awasi sebab agak merbahaya..Melukis tuh belum nampak lagi, kena suruh baru kita tau apa imaginasi anak kita ni..bercerita tuh kadang-kadang, memang merapu la ceritanya..tapi seronok..
  • Ok, jom sama-sama belajar cara didik anak-anak kita..apa-apa info boleh share yea..
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s