Percutian bersama family ke KK dan Kundasang – part 1

Alhamdulillah, penantian selama hampir setahun akhirnya terlaksana. Kisahnya, saya menempah tiket flight ke KK pada Februari 2015..Percutian ini sangat bermakna kerana kami bercuti bersama keluarga emak dan maksu..kira bersama sepupu sepapat la..total rombongan kami adalah 14 dewsa dan 2 kanak-kanak (Nafisah & Anas).. Percutian ini juga boleh dikatakan honeymoon untuk sy & suami, qiah & Abid dan Nas& bella..Sy akan cuba ringkaskan kisah percutian ini merangkumi itinerary, bajet dan tips…

Ringkasan itinerary

11/03/2016

Bertolak ke Senai airport jam 10.30 am melalui highway Senai-Desaru.. Perjalanan mengambil masa sekitar 40 minit..aduhai tol sgt mahal okeh Rm9.20..Setiba di kawasan airport senai, kami parking di metro, tanya kaunter kos parking dalam rm100 untuk 4 hari..rasanya affordable la..Kami parking 3 kereta..

Masuk dalam airport, terus ke kiosk Air Asia untuk print boarding pass & baggage tag..orang memang tak ramai..saya dah check in my family members guna web check in, so kenalah bawak sekping A4 size untuk boarding pass sebab melalui pembacaan ramai kata kiosk is busy..hurmm menyesal plak sebab kertas yg diprint dari kiosk lebih smart..sy pnye seat register bersama infant (Anas), so tak boleh guna web check in, so guna kiosk..

Selesai print, terus pasang tag kat bagasi..saya beli baggage 20 kg untuk setiap orang..rupanya rugi sangat sbb aduhaii beg troli yg besar pon sekitar 12 kg je..so total 8x20kg = 160 kg untuk baggage..bila scan, total baggage kami cuma 60-70kg je..huhu membazir..untuk hand carry, korang boleh bawak bagpack ke handbag tak lebih dari 7 kg on board..

Selepas selesai urusan baggage, kami pon menuju kebalai berlepas..semasa melalui pemeriksaan, kami diminta menunjukkan boarding pass + I/C..dengarnya tali pinggang kena bukak, tapi suami tak kena pon..cuma adik saya, Sasa diraba oleh pegawai wanita disitu untuk diperiksa..ishhh tensen dia sebab dia je kena..kihkih..

Memang huru hara la kami semua kerana ni first time…sampai kawasan menunggu azan zohor pon berkumandang, terus kami bergilir-gilir solat..flight berlepas pukul 2.40 pm..dalam pukul 2.20 kami diminta masuk kedalam flight..wahhh teruja + cemas, masing2 amik tempat duduk yang telah saya pilih..hubby duduk tepi tingkap bersama Anas, Nafisah tengah..

~ bersambung ke part 2 nnt yea..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s