Kuih koci inti kelapa + durian – kenyal dan lembut

Alkisahnya, mak bawak 2 ketul kuih koci dari masjid..wahh sedapla..intinya rasa durian..tak cukup plak..esoknya mintak mak buatkan..nak melantak kuih koci..

Esoknya, mak pon bancuh tepung pulut + santan..agak-agak keras boleh bentuk..bila dipegang, terasa adunan tuh mencair..ok mak kata tambahkan tepung gandum sikit..saya pon tambah agak-agak boleh digentel..

Intinya pula, mak masak kelapa parut + gula melaka + lempuk durian (lempuk ni mak mertua saya buat, tahan lama simpan dalam peti) + tepung gandum cket untuk bagi melekat..masak inti jangan kering sgt, biar lembap baru sedap..manis tuh ikut tahap kesukaan anda..

Sekarang proses nak bungkus..layurkan daun pisang atas api..ketepikan..amik adunan tepung, leperkan dan isi inti..bebolakan..celup dalam minyak masak..pastu masuk daun pisang dan lipat..saya tak pernah lipat, main ikut suka je la..

Akhir sekali, kukus dalam 10 minit. Bila dah sejuk, bolehla makan..rasanya wallah sedapnya..kenyal tapi lembut..intinya manis wangi bau durian..uhh tersangatla sedap..cubalah yea kawan-kawan..sorry tiada sukatan khas..

11944414_10204505285368586_1479195114_n 11950767_10204505285248583_1787485739_n

Advertisements

Tradisi memberi “punjungan” atau juadah menjelang Hari Raya

Alhamdulillah..semalam hari ke-25 kita berpuasa..rasanya semalamlah menu yang paling sedap berbuka sepanjang Ramadhan..air tangan emak..syukur masih punya emak dan syukur dapat makan sedap..sedih sayu melihat rakyat saudara Islam lain yang tiada punya makanan seperti di Gaza dan syria..Alhamdulillah syukur ya Allah atas nikmatmu ini..

Bercerita mengenai nikmat, teringat surah Ar-rahman .

Ciri khas surah ini adalah kalimat berulang 31 kali Fa-biayyi alaa’i Rabbi kuma tukadzdzi ban (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?) yang terletak di akhir setiap ayat yang menjelaskan nikmat Allah yang diberikan kepada manusia.Berulang, Allah memberi peringatan kepada kita; maka nikmat Tuhan manakah yang kamu dustakan?

Ok berbalik pada menu berbuka semalam. Sebenanrnya ada satu budaya dijohor secara amnya dan kg melayu chamek khususnya, iaitu budaya “punjungan”. Ini bermaksud setiap rumah akan memasak hidangan raya dan diedarkan kepada saudara mara dan kenalan rapat. Bila dikira hampir 30 buah rumah jugakla.Mereka akan berbalas juadah. Kebiasaannya bermula dari 2 minggu Ramadhan dan berakhir hingga ke akhir Ramadhan..Jangan terkejut jika puasa terakhir akan ada berpuluh hidangan atas meja kerana balasan dari semua orang..seronok jugak dapat merasa masakan orang tetapi yang tidak eloknya akan berlaku pembaziran..sebab ituhla sekarang mereka dah mula masak dari awal ramadhan supaya berkurangan juadah nanti diakhir Ramadhan..

Emak pon masak awal semalam, kebiasaanya kami masak petang raya..tapi takpe insyaAllah petang raya ada menu lain yang lebih istimewa sebab adik saya Nazri yang kerja di Singapore baru balik..barulah cukup korum kn..

Ok apadia juadah yang emak masak semalam?tentunya nasi impit dimakan bersama lauk yang lain.

11744836_10204211659108113_1848498236_o

Rendang daging

11744796_10204211659388120_1890839136_o

kuah kacang

11720264_10204211659148114_2061794768_o

sayur lodeh

11716047_10204211659428121_1180560418_n

ayam masak merah

11125335_10204211659308118_1236587476_n

sambal goreng (yang ni maksu saya masak..sedap..pedas berapi)

Juadah ini semua kami masak dari pukul 8 dan berakhir pukul 2 petang..kami agihkan kepada sedara mara dalam pukul 4 lebih..Alhamdulillah segalanya berjalan lancar..

Alamak terliur pulak rasanya..inilah juadah biasa rakyat Johor..suami saya orang terengganu tak pandai makan nasi impit ngn lauk ni semua..dia makan dgn nasi je..nasi impit dia makan dengan kuah kacang je..

Resepi udang butter dengan telur masin yang terover sedapnya.

Ni cerita last week..sebelum balik keje, saya akan usha blog aziekitchen untuk tengok menu yang menambat hati untuk dijadikan santapan berbuka..pastu terpandang resepi udang butter dengan telur masin..woowww kecurnya..dalam peti ais ada udang saiz XL yang dibeli dari kak ros..sebelum ni udang ni bila dimasak sambal agak kurang menyerap rempahnya..apa kata kali ni try udang butter la..sebelum ni nampak yana samsudin tayang sotong butter ngn telur masin, apalagi hati meronta nk cuba..

Sebenarnya, sepanjang hidup memang tak pernah merasa udang butter ke sotong butter ke..macam xsedap je rasanya..sebab dah terbiasa udang sotong masak sambal ngn petai kn..ketam masak telur masin pon baru sekali makan..ni plk rasa nk masak untuk kali pertama dalam hidup..layan je la nafsu bulan puasa ni..

Jom tengok resepi dari azie kitchen ni..saya oter ikut kuantiti udang yg ada..

Resepi udang butter dengan telur masin
Bahan-bahannya :
500 gm udang
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak
3-5 sudu besar butter
6 ulas bawang putih – di cincang
15 biji cili padi ~ dihiris serong
4 tangkai daun kari
2 biji telur masin ~ direbus & hancur
2 sudu kecil gula
10 sudu besar susu cair/susu segar
1 sudu kecil tepung jagung
Cara cara:
Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan. Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak). Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi.
 
Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
 
Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.
Nota : saya oter sukatan sebab udang yang ada tak sampai 500g pon..saya gunakan susu sejat saji, majerin pelangi..tak guna tepung jagung..udang tuh tak perlu buang ekor & kepala..
Nak tengok hasil masakan saya???
11652000_10204129630777456_1016445242_n
sorry, kurang pencahayaan..
suami puji 100% sedap..saya bagi 10/10 untuk masakan ni..sebab???? memang sedapppp sangat..makan dengan nasi putih saja tanpa lauk lain..rasa lemak masin manis pedas semua ada..saya hisap dan gigit kepala udang tuh, memang terasa sgt rempah tuh mesra..memang pasni kalau ada udang, memang resepi ni menjadi kegemaran seisi keluarga…percayalah, cuba anda pasti tak menyesal…

Menu berbuka ke-5 ramadhan

Alhamdulillah air tangan sendiri lebih barakah..setakat 6 hari puasa, baru sekali pergi bazar..tu pon beli air soya panas, tau fu fah, ayam golek dan murtabak..rasanya bolehla..takdela nk bli lagi..

Sejak dah dewasa ni jarang ke bazar nk bli mcm²… Tak mcm kecil² dulu rasa rambang mata semua nk bli..mungkin penangan kos sara hidup yg tggi skrg..berbelanja secara hemah..

Bulan puasa ni balik kerja kol 5.. Sampai rumah awal dapatla memasak untuk berbuka..semalam suami request mihun Singapore..tekak saya nk asam pedas ikan merah ( resepi boleh tgk post sblm ni)..

image

image

Resepi mihun singapore

1/2 paket Mihun – dicelur sebentar
Bwg besar + bwg putih – dikisar
Kiub ayam
Serbuk lada sulah
Udang, sotong, ayam
Sayuran – carrot, sawi, daun bawang

Cara-caranya

1. Tumis bawang sampai garing.
2. Masukkn udang sotong..kacau sampai masak.
3. Masukkn kiub dan perasa garam , lada sulah..
4. Masukkn mihun kacau rata.
5. Masukkn sayur..biar sebentar..
6. Angkat..hidang dengan hirisan daun bwg dan lada merah..

Mihun ni kami mkn waktu berbuka dan moreh..sedap …

Resepi Laksam mesti jadi , InsyaAllah

Ramadhan ketiga 2015..

Berada dikampung, terasa nak buat laksam sebagai menu berbuka..google cara buat laksam, jumpa blog azie kitchen..saya tiru sebijik-sebijik, cuma adjust air suam je..Alhamdulillah suka memang menjadi la..

Ni resepi laksam:-

3 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

2 cawan air panas + 3 cawan air sejuk

sedikit garam

Cara-caranya :-

Satukan semua bahan..kacau rata..tapis adunan untuk elak tepung bergentel-gentel.

Panaskan pengukus. Letak tudung periuk disapu minyak sedikit kedalam pengukus. Tuang adunan sehingga menutupi tudung periuk. Masak dalam 2-3 min. Nampak adunan berwarna kilat tuh kira masakla.Angkat. Guna garfu, gulung ketika panas-panas. Ulang step sampai adunan habis.

Nota : 1 adunan boleh menghasilkan sehingga 10 gulungan bersaiz sederhana.

Ni gambar laksam saya.

11541308_10204091071893508_2079920247_n

Resepi kuah lemak laksam (olahan sendiri, belajar dari mak mertua)

Bahan-bahan

1 mangkuk ikan dari 4-5 ekor ikan selayang / kembung (direbus, dibuang kulit dan diblender halus)

1 mangkuk santan pekat dari 1 biji kelapa

1 sudu besar lada hitam ditumbuk halus

2 bj bawang besar – ditumbuk halus

sedikit daun kesum

2 keping asam gelugor

1 cawan air untuk cairkan kuah

Cara-caranya 

Satukan santan + isi ikan dalam periuk. Masukkan bawang + lada hitam. Buka api.Kacau selalu , jangan tinggalkan takut pecah minyak. Masukkan daun kesum dan asam gelugor.Dah mendidih, perasakan dengan garam. Siap

Maaf, saya lupa ambil gambar kuah sebab dalam periuk lagi..hehe

Resepi sambal belacan

7-8 biji cili padi + 1 ulas bawang putih + 2-3 sudu besar air perahan limau + sedikit belacan digoreng + garam+gula —-> tumbuk / mesin.

Boleh dihidangkan bersama ulaman seperti kacang panjang, timun, kobis, taugeh dan daun kesum.

11647356_10204091071813506_1418094845_n

selamat mencuba..sepupu dan maksu saya cakap, laksam saya ni macam original terengganu..hehe kembang sekejap..

Kuih Ropa Kuih tradisi terengganu kita

Cerita tentang kuih

semalam petang tanya suami nak buat kuih apa yea petang ni? dia jawab kuih yang inti kentang mcm kat terengganu tu..kuih ape? xtahu namanya la..so sy pon google ” kuih inti kentang terengganu “..enjin carian google pon berjaya keluarkan gambar sama macam kuih yang dimaksudkan..nak tau apa namanya?? KUIH ROPA..

pelikkkan..tapi sedap..ok search plak cara membuatnya..ikut resepi dari blog jintanmanis..inti ikt resepi sendiri..suami kata sedap..lulus percubaan pertama..kuih ni kulitnya seperti kuih ketayap..cuma bezanya tak perlu warna hijau dan digoreng seketika untuk garingkannya.

cuma pada saya rasanya tetap tak sama seperti di kg mertua terengganu..kat sana kulitnya liat sedikit, macam makan chewing gum..yang resepi ni lembut je kulitnya..kena cari apa sebab leh liat tu..sapa2 tau?

10405411_10204053300629250_1200967496418065491_n

Jom intai resepi kulit ropa dari jintanmanis ini:-

Samosa Pantai Timur
Sumber resepi: rosmarlina dan yusop @ jintanmanis.com

Bahan batter/kulit

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
garam secukupnya
2 1/2  cawan air
1 sudu kecil minyak masak
1/2 cawan santan atau susu segar

1. Didalam bekas adunan, campur tepung, telur, garam, air, santan dan  1 sudu kecil minyak masak kacau supaya tak beketul dan kemudian tapis. perap seketikan lebih kurang 1/2 jam supaya adunan lebih mesra, kemudian sapukan sedikit minya di atas fry pan dan letakkan satu senduk adunan dan layangkan nipis. masak sehingga ke dua-dua permukaan agak perang, angkat dan ketepikan. ( adunan kulit samosa ni memang cair, macam buat kuih ketayap tu, kalau adunan ni agak pekat boleh tambah air ya).

untuk inti  (resepi olahan sendiri)

3 biji kentang – dipotong dadu
200gram daging boneless – dipotong dadu kecil-kecil
1/2 biji bawang besar -dikisar 
1 ulas bawang putih – dikisar
1 cm halia – dikisar
1 sudu besar serbuk kari daging

1 sudu besar serbuk kurma

Garam , gula

caranya..
tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan  serbuk kari daging dan kurma hingga naik bau, kemudian masukkan daging, dan 1 cawan air, masak sehingga daging agak empuk, selepas itiu masukkan kentang, kacau sebati, Perasakan dengan garam gula. Masukkan setangkai daun kari untuk bau yang enak. setelah daging dan kentang masak, angkat dan sejukkan.

Nota : Untuk inti yang sedap, perlulah sedikit manis yea.

Cara melipat.

1. Ambil kulit samosa tadi, dan letakkan inti daging+kentang, lipat seperti membuat popia, ulang langkah tadi hingga semua kulit semosa dan inti habis, panaskan minyak dan goreng kan samosa yang siap dilipat tadi, ( guna sedikit minyak sahaja untuk menggaringkan kulitnya),  goreng sehingga perang dan garing, angkat dan hidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.