Keutamaan puasa sunat 10 Muharam

Alhamdulillah, tinggal beberapa jam untuk berbuka bagi yg berpuasa 9 muharam harini..esok insyaAllah jom puasa sunat 10 muharam yg sangat dituntut seperti info dibawah, sy copy & paste dari grup wasap..

[ JOM BERPUASA SUNAT 10 Muharam]

– Puasa Asyura (10 Muharam) adalah puasa sunat yang sangat di tuntut.

Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka)

“Puasa yang paling utama setelah puasa bulan ramadhan adalah puasa pada bulan Allah yang kalian sebut bulan muharam, dan solat yang paling utama setelah salat fardhu adalah salat malam(Qiamullail).“ (HR.Muslim)
Daripada Abu Qatadah r.a : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
Daripada Ibn Abbas r.a beliau berkata:“Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat Muslim).
أَحْتَسِبُ عَلَى اللّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَنَة َالتِيْ قَبْلَهُ

“Dan puasa di hari ‘Asyura(10 Muharam) , sungguh saya mengharap kepada Allah boleh menggugurkan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

4 Kaedah Puasa Asyura
1-puasa 10 Muharam Sahaja
2-Puasa 9 dan 10 Muharam (Afdhal)
3-Puasa 10 dan 11 Muharam
4-Puasa 9,10 dan 11 Muharam

– Azamkan diri untuk berpuasa Sunat pada 19 & 20 september ( Hari Rabu & Khamis ini )..iaitu 9 dan 10 Muharam kerana itu yg plg afdhal..

-Selain berpuasa, sebenarnya kita dapat menyempurnakan cita² dan hasrat Hati Rasulullah Saw yg ingin berpuasa 9 dan 10 Muharam pd Tahun yg berikutnya ..kita semua azam untuk berpuasa insyAllah..

Us Al-Akifin

41880617_2040418176010288_549018629996281856_n42163156_2041487405903365_9125892089010192384_n

Advertisements

11 khasiat pisang yang anda perlu ketahui

12016314_10204602716244297_662747271_o

PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.

Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.

Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.

Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.

“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.

“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.

“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.

“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.

KHASIAT PISANG

  1. Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi.
  2. Pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin.
  3. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.
  4. Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang. Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.
  5. Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.
  6. Kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.
  7. Mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.
  8. Orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.
  9. Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.
  10. Mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam. Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah.
  11. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

Banyak kan khasiat pisang???

Senang je ank dapat, murah pula ..Jom mulakan tabiat makan pisang.

Kanak-kanak juga menggemari  makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang.

(sumber : kosmo)

Istilah tempoh waktu | Abad/kurun, dekad & alaf

Saya memang keliru / bingung bila disebut abad, kurun. dekad dan alaf. Tiada idea berapa lama. Jadi hari ni rajin google, cek di wikipedia, beginilah huraiannya :-

“Abad atau kurun (century dalam Bahasa Inggeris), merujuk kepada tempoh masa seratus tahun. Satu abad bersamaan dengan sepuluh dekad. Manakala 10 abad bersamaan satu alaf.

Abad ini, abad ke-21, bermula pada 1 Januari 2001 hingga 31 Disember 2100.”

(sumber : wikipedia)

secara mudahnya,

1 hari         =   24jam

1 tahun      =   12 bulan

1 tahun      =   365hari

1 dekad      =   10 tahun

1 dekad      =   10 tahun

1 abad        =   10 dekad

1 abad        =   100 tahun

1 alaf          =   1 000 tahun

definisi-tahun-dekad-abad-dan-alaf-1-638

ok, tuh je nak share..

MATEMATIK MAGIK – JOM CONGAK-CONGAK

Matematik memang unik, tapi tak ramai yang mengetahuinya, ramai yang membenci subjek ini kerana dikatakan sukar dan memeningkan kepala.Saya antara seorang yang kurang gemar matematik..sewaktu SPM, saya tinggalkan soalan kamiran sebab memang tak suka, alhamdulillah dapat juga B..

Selain keindahan matematik yang banyak orang tak tahu, matematik juga dapat ada magik tau.. nak tahu cara-caranya? ok, boleh buat pengiraan seperti di bawah, sila gunakan kalkulator untuk memudahkan pengiraan.

MATH MAGIK 1 – MENEKA UMUR DARI NO. TELEFON

(1) Lihat angka terakhir no hp anda…
(2) Darab 2
(3) Ditambah 5
(4) Darab 50
(5) Ditambahkan 1765
(6) Ditolak tahun kelahiran anda.

Sekarang anda akan dapat 3 angka.
Angka pertama adalah angka terakhir no Hp anda…
Angka kedua dan ketiga adalah umur anda.. Cuba dan buktikan sendiri. Inilah ilmu matematik…

Subhanallah begitu indah ciptaan Allah..

11889687_10204455745650124_3450229916011384745_n

(ni saya punya no phone dan usia..betul tuh)

MATH MAGIK 2 – JAWAPAN NO.3

  1. Fikirkan satu nombor yang kurang daripada 10. (Antara 1 hingga 9)
  2. Gandakan nombor tersebut ( Darabkan 2).
  3. Kemudian, tambah 6.
  4. Bahagikan jawapan anda dengan 2.
  5. Tolakkan jawapan anda dengan nombor yang anda fikirkan pada Langkah 1.

Jawapan anda adalah  3

MATH MAGIK 3 – JAWAPAN NO.8

1. Fikirkan sebarang nombor.

2. Tolakkan nombor yang anda telah fikirkan dengan 1.

3. Darabkan hasilnya dengan 3.

4. Tambah hasilnya dengan 12.

5. Bahagi jawapan anda dengan 3.

6. Tambah jawapan anda dengan 5.

7. Ambil jawapan anda dan tolak jawapan anda dengan nombor yang anda fikirkan sebelum ini.

Jawapannya adalah 8. Adakah jawapan anda pun 8 ?
MATH MAGIK 4 – MENEKA TARIK LAHIR
Ikut langkah di bawah untuk meneka tarikh dan bulan rakan anda lahir di samping memantapkan kemahiran mengira dan mencongak.

1. Tulis bulan lahir cth:- bulan 5 (no 5 )
2. Darabkan bulan tersebut dengan 5 ( 5 x 5 = 25 )
3. Tambahkan jawapan dengan 6 ( 25 + 6 = 31 )
4. Darabkan jawapan dengan 4 ( 31 x 4 = 124 )
5. Tambah jawapan dengan 9 ( 124 + 9 = 133 )
6. Darab jawapan dengan 5 ( 133 x 5 = 665 )
7. Tambah jawapan dengan hari lahir, cth 6 ( 665 + 6 = 671 )
8. Akhir sekali jawapan ditolak dengan 165 ( 671 – 165 = 506 )

Maka tarikh lahir saya,  5 = bulan 5 dan 06 = hari ke-6, iaitu 6/5 ..

MATH MAGIK 5 – MENEKA NO TELEFON ANDA

1) “Key-in” 3 digit pertama handset anda (bukan nombor 01x) ke dalam kalkulator…
2) darabkan dgn 80
3) tambah 1
4) darab dengan 250
5) tambah 4 digit terakhir handset anda
6) tambah 4 digit terakhir handset anda sekali lagi
7) tolak 250
8) bahagikan dengan 2

Amacam……

Betul tak….nombor handset anda yang tertera di situkan?????

ok, saja suka-suka..sambil tuh mengasah minda ni main congak-congak..kesemuanya saya dah cuba dan terbukti benar..bolehla main magik ni bersama anak-anak..mesti happy..

perkara yang perlu dilakukan bila kematian tiba-tiba berlaku dirumah sendiri

Saya dapat perkongsia ini dari group telegram. serius saya memang tak pernah tau apa yang patut dilakukan jika kematian tiba-tiba dirumah sendiri? sebab tak pernah alami dan belum mencari ilmu. jadi, perkongsian ini membuka sedikit minda saya.Jom baca :-

SEDIKIT NASEHAT DARI KAMI – AJK MASJID Bagaimana kalau tiba-tiba ada kematian di rumah kita? Apa tindakan kita jika tiba-tiba berlaku kematian yang mengejut di ruma h kita? Tak kira siapa, jika ada kematian mengejut di kalangan ahli keluarga, jangan panik.. Sebab ramai antara ahli qariah yang menelefonnya pada jam 3 atau 4 pagi untuk bagitau ada berlaku kematian, agak cemas tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dek sering mendapat panggilan sedemikian maka bilal biasanya akan mintak si pemanggil bertenang dan mengambil beberapa langkah tertentu dalam menghadapi situasi sebegitu termasuklah:

■Jangan cemas

■tunggu dua tiga jam lagi sebelum terbit pagi.. InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah.

■sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.

■Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.

■letak pisau/gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin

■Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling

■Tangan diikat dengan perca kain.

■Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.

■jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar

■selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah

■rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.

■Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.

■Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.

■ Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.

Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid. Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM1100(mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan). Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu. Patut juga kita ambil tahu nama-nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka. Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing2.

Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti. Wallahu’alam.

Notakaki : saya teringat pesan ustaz Mat Esa, ada tak antara kita simpan kain kafan sebagai persediaan mati kita dalam almari?? sy terasa nk menyediakannya..serius ni..jom..

wanita solehah persis pohon semalu

semalam, nafisah belajar tentang pohon semalu..suka dia menyentuh sehingga semua pohon semalu menguncup..saya pula baru tau rupanya stelah daunnya kuncup, akhirnya dahan juga jatuh..dah umur 30 tahun baru tau..hehe..

semalu

ada kisah wanita dan semalu..saya petik dari fb salam mujahidah :-

KISAH POKOK SEMALU DAN WANITA MODEN

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

1. Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
2. Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
3. Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
4. Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

JARI TERKENA SUPER GLUE, APA NAK BUAT?

Kisah ni bermula dari malam tadi..terpijak cermin mata sendiri sebab letak menyorok kerana Anas pass kat ummi time lepas solat..ummi bangun, tak perasan terus terpijak..syukur bingkai tak bengkok, hanya terkeluar dari frame dan tali tangsi tuh tertanggal..

Waktu pagi nak pergi kerja, jumpa super glue..excited masuk je kereta sebelum hantar anak-anak, terus sapu glue kebingkai cermin mata, tanpa berhati-hati meleleh ke tangan..aduhai terus melekat..memang cermin tuh terlekat molek, tapi tanganku pula melekat dengan gam..

11911759_10204414489418744_757000264_n

(nampak tak kesan gam pada cermin, saya gores dengan pisau, bolehla hilang juga)

inilah rupa super glue yang nampak jernih suci tetapi memang merosakkan tangan bila cuai..huhu..

superglue2

(kredit gambar google)

Jadi, apa petua untuk hilangkan kesan gam dijari /kulit? saya google dan jumpa antara petua yang paling banyak mendapat respond iaitu merendam bahagian terkena gam kedalam air panas yang dicampur sabun..saya pon cuba petua ni didalam office..agak melecur la gak air panas tuh..memang memakan masa yang lama hampir sejam untuk hilang..ok gak petua ni..cubalah..

11903593_10204414489458745_752703967_n

selain tuh, respond dari FB , ada yang sarankan sapu minyak, gosok-gosok, pastu guna sabun..ada yang suruh rendam coklat..haaa yang ni memang musykil..lepas ni kena hati-hati main dengan super glue..