Ayam percik Ayamas, dipanggang sendiri..sangat sedap tak terkata

Alhamdulillah, pertama kali merasa ayam panggang Ayamas. Sebelum ni hanya lalu depan kedai Ayamas, memang agak terliur tengok bunting Ayam panggang tu..Kali ni nak cuba sebab nak bwak pergi pantai. Masuk dalam tengok-tengok, wah banyak produk Ayamas ni. Terus tengok ayam marinated, tanya adik kat situ ayam mana yang paling sedap. Diorang cadangkan ayam percik sebab ramai suka. Ok kami pon setuju. Tunggulah dalam 5-7 minit untuk mereka perapkan ayam. Haritu ada offer, rm20.60 untuk seekor ayam perap.

12233350_10204826845527389_224226355_n

belilah sekali dengan sos bawang putih, masam-masam pedas rasanya..

Nak tengok rupa ayam tu???

12242141_10204826845807396_276341897_n

kusss semangata yam ni kan??masuk oven dalam 45-60 minit..

teng!! ayam siap..haruman segenap ruang rumah..menyelerakan sungguh

12233169_10204826845607391_1730711825_n

tengok ni. garing kan..tapi bawah tuh basah dengan sos percik..makan dengan nasi kosong saja pon sedap..anak-anak pon suka..ehh nampak gaya boleh jadi menu mingguan ni..serius sedappppppp sangat..cubalah..

Bersantai di pantai batu layar, sangat-sangat seronok

Apakah tempat percutian hujung minggu anda bersama anak-anak yang berumur 4 tahun kebawah?? mungkin sebelum ni suka bawak ke pasaraya, taman permainan dan makan-makan..tapi itu semua perlukan perbelanjaan lebih, kurang selesa dan mungkin tergesa-gesa sebab penat dengan kerenah anak-anak kecil. sekarang, saya dan suami punya idea yang lebih baik iaitu bercuti ke pantai, pasang khemah, bermandi manda, main pasir  dan semestinya makan-makan. Sangat seronok tak terkata.

Tambahan keadaan persekitaran pantai batu layar yang sangat indah, tapak khemah sangat dekat dengan pantai, pantai yang landai kurang merbahaya dan sangat privasi sebab banyak sangat pokok besar melindungi tapak perkhemahan kami..ini kali kedua pergi iaitu semalam hari sabtu, bayangkan hanya ada 3/4 keluarga disepanjang pantai. Memang sangat syokla sebab kitorang yang menguasai pantai..taknak taip panjang la, jom layan gambar hepi kami..

Trip pertama Selasa 10/10/2015

12248758_10204826865687893_1471134569_n

khemah kecil kami

12250725_10204826848047452_740646507_o

mihun singapore, nasi dagang, keropok, nugget

12231498_10204826865207881_2049655076_n

aduii sunburn,penat sgt ni..

Trip kedua Sabtu 14/10/2015

12226837_10204826846727419_2091662866_n

tak sabar nak terjun dalam air ni..

12231496_10204826846807421_2126134336_n

ok, main pasir dulu sebab cuaca terik nak masuk dalam air laut ni..

12226370_10204826846527414_2064732664_n

bestnya dapat main pasir ni..lembut halus mulus

12236419_10204826847887448_810854742_o

tengok, kosong je pantai kan

12242344_10204826847367435_1419739211_n

panorama snap by hubby

12250725_10204826848047452_740646507_o

makan dulu sebelum masuk dalam air..nasi ayam + ayam percik panggang

12242198_10204826862127804_54856022_n

we are happy sangat

12250293_10204826847727444_406943196_o

ehh ada buaian, banyak kali Anas terhantuk dengan kayu tuh..kesiannn

Herbal blend krim shaklee legakan gatal gigitan nyamuk

Balik kampung terengganu kali ni memang rezeki musim buah..raya aidilfitri lepas tak dapat balik, jadi balikla hujung syawal..kebetulan musim buah..semangat anas dan nafisah nak makan durian kampung, rambutan, manggis,setapi,langsat..

Pagi kedua dikampung, suami nak tutuh dahan rambutan. Saya dan anak-anak pon semangat nak join sama..Kami melangkah masuk kedalam dusun (hutan)..amboii banyak sungguh nyamuk..panas lagi..kena meredah pokok-pokok renek yang menghalang jalan..mencabar..sampai ke pokok yang dituju, tengok sekejap pastu ajak anak-anak balik sebab tak tahan nyamuk dan panas..

11862934_10204403087573705_429356082_o

11874820_10204403087613706_1719412329_o

sampai rumah, berbintat tangan kaki muka Anas sebab pakai seluar pendek..Nafisah tak kena..Agaknya nyamuk suka adik anas yg tembam dan manis kot..apalagi, sapu herbal blend cream shaklee..alhamdulillah tiada bekas yang tinggal..mula-mula menggaru jugakla, petang tuh dah ok..

11881004_10204403087493703_913999400_n

Jom tengok apa kandungan herbal blend cream ni :-

Kandungan herbal blend

satu tube rm27.50..memang berbaloi untuk kegunaan sekeluarga..

Berbalik pada kisah rambutan tuh, suami dapat angkut 6 gugusan besar rambutan..rasanya adalah hampir 30 kg rasanya..kami bawak balik ke johor cukup-cukup muat dalam bonet je..buah lain tak amik sebab tak muat dah kereta..fevret anas tentulah durian..bersungguh dia makan..memang sedap durian kampung ni..

11874039_10204403084133619_810606257_n

Pengalaman pertama menanam pokok betik melalui biji

Seronoknya rasa pokok betik yg dicambah dengan biji hidup subur…dulu ingt susah nk tanam, rupanya mudah..campak je tp baca bismillah la..hihi…harap² rasanya sedap mcm betik exotic kt jusco tuh sbb bijinya diambil dari betik exotic..ke kena letak baja untuk hasil buah yg sedap??

11800065_10204304759075554_7377167968490691629_n

rasanya adalah hampir 2 bulan kot untuk lihat hasil seperti ini..hari-hari simbah, cakap ngn pokok..rasa happy sebab benda hidup kan..semoga ia membesar dengan penuh bergaya..kihkih..

Nak tau tak camne rupa betik exotic tuh? betik ni biasa beli kat jusco. 100g harganya dalam rm1++..kadang-kadang amik yg comel pon dah kena rm4++..mahal tapi sedap sangat..rasanya manis dan baunya wangi, pejal..

papaya2d

(gambar ihsan google)

Umum tau betik bagus untuk pelawasan..lagi betik sangat sesuai untuk kanak-kanak kecil..betik juga antara buah pertama yg saya perkenalkan kepada Nafisah & Anas.Mereka sangat menyukainya..

Jom kongsi info yang saya perolehi dari blog http://miramawary.blogspot.com/ tentang kebaikan betik.

KEBAIKAN BETIK

1) Sebagai tonik tambahan

Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.

2) Ubat bagi sembelit dan bawasir

Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit bawasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.

3) Mencegah terjadinya batu di dalam pundi kencing

Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.

Pendek kata, betik adalah tonik ideal serta murah jika kita ingin mengekalkan kesihatan jantung, hati, otak, saraf dan darah kita.

p/s : sesape nk anak pokok betik ni, bolehla minta saya..ada byk lg anak pokok tuh..

Ikan, ketam, udang dan sotong segar dipasir gudang

Seafood yang freshhh memang sedap dimasak apa jua masakan, betul tak??? area pasir gudang / masai ni kat mana korang leh dapatkan sumber makanan laut seperti ikan, ketam, udang dan sotong yang segar dengan harga berpatutan??

Meh nk share..sy kenal ngn akak ni namanya Kak Ros..dia jemaah kuliah kitorang..dia dan suami meniaga ikan dihadapan rumahnya..biasanya sy akan tempah melalui telegram, kemudian malam baru ambil, kalau tak memang tak dapatla merasa ketam, udang atau sotong tuh..sold out..ok sesape pasni nk cari seafood segar, leh contact kak ros yea seperti maklumat dibawah :-

11650968_10204129630977461_2011761984_n

so far, saya memang berpuashati dengan hasil laut yang diambil segar dari endau mersing ni..my feveret ketam, udang,sotong,ikan selar,ikan merah dan ikan kembung..terbaikkkkk

Lirik lagu Kun Anta – by Humood Alkhudher

Lagu ni mula-mula dengar tak berapa catchy..kali kedua baru feel wow besttt sebab suara penyanyi tu sangat merdu la..nak tahu apa maksud Kun Anta ni?

download

Maksud Lagu Kun Anta dalam Bahasa Melayu (sumber : sinar.fm)

لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم
Ketika ingin bersaing dengan yang lain, aku ingin meniru perwatakan luar dan dalamnya.
  فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر
Jadi aku boleh jadi seorang yang lain hanya untuk berbangga
  و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى
Dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan
  فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر
Tetapi yang kuperolehi hanyalah kerugian di atas perwatakanku ini.
  لا لا لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا
Kita tidak memerlukan harta untuk menambahkan kecantikan, kecantikan dalaman (jauhari) ada di sini di dalam hati ia bersinar.
  لا لا نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى
Kita tidak perlu memandang pandangan orang lain untuk apa yang tidak ada, yang tidak sesuai dengan kita, itulah kecantikan kita, semakin bertambah hingga ke atas.
  كن أنت تزدد جمالاً
Jadilah diri kamu sendiri pasti akan menambahkan lagi kecantikan yang sedia ada
  أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم
Sungguh aku menerima mereka tetapi tidak pula aku meniru perwatakan mereka
  إلا بما يرضيني، كي أرضيني
Melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.
  سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا
Aku ingin menjadi seperti diri aku sendiri inilah aku
  فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني
Hal ini kurasakan sudah cukup dan aku sangat pasti
  سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم
Aku akan jadi mengikut kemampuan diriku aku tidak perlukan orang lain menerimaku
  وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم
Aku akan jadi apa yang aku suka kenapa aku perlu peduli tentang penerimaan mereka terhadapku? 
Lirik yang sangat bagus..untuk kaum wanita yang terlalu taksub dengan kecantikan tu..beringatlah kecantikan dalaman lebih utama dari luaran..

Hadiah hari Lahir | pakej Streamyx

Alhamdulillah, semalam TM staff datang pasang streamyx. Kami amik yang pakej paling low 1mps je. Untuk kami berdua sudah tentu mencukupi.

blockbuster

Pakej ni rm110 per bulan.

Semalam, tempoh pemasangan dalam 30 min. Staff tu suruh buka pintu belakang sebab nak tarik cable dari port telekom. Alhamdulillah port dah ada, cuma tinggal sambung. Diorang datang bawak sekali modem + cordless phone. Upah mereka rm50. Untuk bulan pertama kita perlu bayar untuk 2 bulan, kira advance la dan rm50 upah tu akan ditolak dalam bil pertama.

Apa yang best streamyx ni adalah tiada kuota iaitu unlimited download. Lepas tu dapat free calls untuk kesemua talian telekom. Wah pasni nak kol mak senangla, tapi selepas sebulan penggunaan barulah free calls. Sabar sabar..

Okla, insyaAllah kemudahan streamyx ni akan digunakan sebaiknya. Saya nak update blog shaklee, blogwalking, tengok youtube rancangan khawater, rancangan pendidikan anak-anak dan paling best leh dengar tazkirah-tazkirah di youtube.

Sebenarnya, ni adalah hadiah hari lahir dari suami tersayang..Alhamdulillah..