Bersantai di pantai batu layar, sangat-sangat seronok

Apakah tempat percutian hujung minggu anda bersama anak-anak yang berumur 4 tahun kebawah?? mungkin sebelum ni suka bawak ke pasaraya, taman permainan dan makan-makan..tapi itu semua perlukan perbelanjaan lebih, kurang selesa dan mungkin tergesa-gesa sebab penat dengan kerenah anak-anak kecil. sekarang, saya dan suami punya idea yang lebih baik iaitu bercuti ke pantai, pasang khemah, bermandi manda, main pasir  dan semestinya makan-makan. Sangat seronok tak terkata.

Tambahan keadaan persekitaran pantai batu layar yang sangat indah, tapak khemah sangat dekat dengan pantai, pantai yang landai kurang merbahaya dan sangat privasi sebab banyak sangat pokok besar melindungi tapak perkhemahan kami..ini kali kedua pergi iaitu semalam hari sabtu, bayangkan hanya ada 3/4 keluarga disepanjang pantai. Memang sangat syokla sebab kitorang yang menguasai pantai..taknak taip panjang la, jom layan gambar hepi kami..

Trip pertama Selasa 10/10/2015

12248758_10204826865687893_1471134569_n

khemah kecil kami

12250725_10204826848047452_740646507_o

mihun singapore, nasi dagang, keropok, nugget

12231498_10204826865207881_2049655076_n

aduii sunburn,penat sgt ni..

Trip kedua Sabtu 14/10/2015

12226837_10204826846727419_2091662866_n

tak sabar nak terjun dalam air ni..

12231496_10204826846807421_2126134336_n

ok, main pasir dulu sebab cuaca terik nak masuk dalam air laut ni..

12226370_10204826846527414_2064732664_n

bestnya dapat main pasir ni..lembut halus mulus

12236419_10204826847887448_810854742_o

tengok, kosong je pantai kan

12242344_10204826847367435_1419739211_n

panorama snap by hubby

12250725_10204826848047452_740646507_o

makan dulu sebelum masuk dalam air..nasi ayam + ayam percik panggang

12242198_10204826862127804_54856022_n

we are happy sangat

12250293_10204826847727444_406943196_o

ehh ada buaian, banyak kali Anas terhantuk dengan kayu tuh..kesiannn

Promosi bonanza Oktober 2015 dari Shaklee

Alhamdulillah, kita telah masuk bulan October..masuk bulan baru, mesti tertanya-tanya apakah promosi yang Shaklee berikan??

Memang terkejut sangat, banyak sungguh promosi yang saya nak kongsikan ni.Macam tak percaya je kan..

144359658390717

144359568078382

144359594035731

144359626412288

Percaya tak sekarang, bukan 1 bukan 2 tapi empat promosi untuk anda grab yea..promosi yang paling best adalah vitamin E tuh..beli 1 botol dapat 2 botol..penjimatan 100% tu..memangla orang cakap, eh Shaklee ni nak abiskan stok la tuh, tapi jangan risau, vitamin E ni expired Jan 2016. Maksudnya, anda beli bulan ni, makan 2 biji sehari memang akan abis januari tahun depan. Dan vitamin shaklee ni, masih boleh dimakan selama 6 bulan dari tarikh expired. So, takde masalah.

Kenapa anda kena rebut offer ni???

Inilah waktunya anda hendak cuba vitamin yang best dengan harga jimat sehingga rm10++ untuk setiap botol vitamin yang anda beli

Berminat untuk mencuba , meh pm saya,

Elin (017-7854596)

11 khasiat pisang yang anda perlu ketahui

12016314_10204602716244297_662747271_o

PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.

Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.

Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.

Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.

“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.

“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.

“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.

“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.

KHASIAT PISANG

  1. Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi.
  2. Pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin.
  3. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.
  4. Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang. Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.
  5. Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok.
  6. Kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.
  7. Mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.
  8. Orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.
  9. Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.
  10. Mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam. Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah.
  11. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

Banyak kan khasiat pisang???

Senang je ank dapat, murah pula ..Jom mulakan tabiat makan pisang.

Kanak-kanak juga menggemari  makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang.

(sumber : kosmo)

Istilah tempoh waktu | Abad/kurun, dekad & alaf

Saya memang keliru / bingung bila disebut abad, kurun. dekad dan alaf. Tiada idea berapa lama. Jadi hari ni rajin google, cek di wikipedia, beginilah huraiannya :-

“Abad atau kurun (century dalam Bahasa Inggeris), merujuk kepada tempoh masa seratus tahun. Satu abad bersamaan dengan sepuluh dekad. Manakala 10 abad bersamaan satu alaf.

Abad ini, abad ke-21, bermula pada 1 Januari 2001 hingga 31 Disember 2100.”

(sumber : wikipedia)

secara mudahnya,

1 hari         =   24jam

1 tahun      =   12 bulan

1 tahun      =   365hari

1 dekad      =   10 tahun

1 dekad      =   10 tahun

1 abad        =   10 dekad

1 abad        =   100 tahun

1 alaf          =   1 000 tahun

definisi-tahun-dekad-abad-dan-alaf-1-638

ok, tuh je nak share..

8 aktiviti rangsang otak kanan anak

mewarna
(haha..kalaulah anakku jadi begini..abisla…)

sumber : pama

Ada fakta yang mengatakan kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih bijak, cerdik dan positif. Ibu ayah disarankan melakukan rangsangan pada otak kanan anak sejak si kecil berusia seawal enam bulan. Otak kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangnya.Otak anak pada enam tahun pertama usianya bersifat seperti span. Merek amudah menerima rangsangan. Oleh itu dedahkan kepada ilmu yang menyeronokkan supaya dapat membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu.

Aktiviti yang menggunakan jari jemari dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak kerja tangan adalahh hasil daripada kerahan otak kanan.

1. Bermain tanah liat. Dengan menggunakan kreativiti membuat pelbagai bentuk haiwan, objek dan sebagainya membantu otak kanan anak aktif berfikir.

(saya suka buat homemade playdoh..lebih selamat)

wpid-photogrid_1440124062261.jpg

2. Origami. Belajar pelbagai lipatan kertas bagi membuat bermacam bentuk.

3. Menggunting. Belajar menggunting pelbagai jenis bentuk, garisan atau apa sahaja gambar.

4. Masukkan manik dalam benang atau tali dalam straw minuman.

5. Melukis. Kreativiti anak dirangsang melalui aktiviti melukis. Biarkan mereka melukis apa sahaja yang diimaginasikan.

6. Bercerita. Anda boleh meminta anak menyambung cerita yang anda ceritakan. Biarkan mereka menggunakan daya imaginasi.

7. Bermain teka-teki dengan anak. Caranya, letakkan satu barang dalam kotak/bekas tidu, suruh anak teka barangan tersebut atau teka bentuk dan warnanya.

8. Kad imbasan. Mula perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.

Tak perlu buat aktiviti ini dalam tempoh lama untuk mengelakkan anak bosan. Masa disarankan lebih kurang setengah jam sahaja.
  • Nota kaki : aktiviti no.3 tuh memang sangat digemari Nafisah, kena awasi sebab agak merbahaya..Melukis tuh belum nampak lagi, kena suruh baru kita tau apa imaginasi anak kita ni..bercerita tuh kadang-kadang, memang merapu la ceritanya..tapi seronok..
  • Ok, jom sama-sama belajar cara didik anak-anak kita..apa-apa info boleh share yea..

5 bukti Shaklee memberi kesan optimum kepada juara dunia

Tak kenal maka tak cinta..sekarang kami viralkan “korang tau tak??” supaya lebih ramai lagi kenal dengan jenama Shaklee ni..kenal dengan kehebatan produknya..

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

Apabila anda memilih (1)

Berbalik kepada tajuk, saya nak beri 5 contoh pencapaian peringkat dunia bagi individu dan kumpulan yang memilih Shaklee sebagai makanan tambahan mereka.

  1. 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee

11994234_10204534940589948_465262199_n

2. Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekpedisi Artik Antarabangsa.

Korang tau tak -

3. 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee.

pengedar shaklee bangi (17)

4.  Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SkiTeamBanner

5. Gary Hall, Jr.- Ada 30 pingat emas dan memegang 31 rekod dunia

garyhall

Apakah maknanya fakta-fakta yang saya kaitkan di atas? Pada saya sekiranya produk-produk  Shaklee digunakan oleh para Olimpian, tentulah produk-produk ini selamat, bertenaga dan paling penting ianya mesti bebas dadah.

lni merupakan satu pengiktirafan secara tidak langsung dari pihak ketiga, bukan dari pengeluar produk tersebut semata-mata.

Jadi, tak perlu ragu-ragu lagi tentang produk Shaklee ni..

Pengedar shaklee,

Elin (017-7854596)

Korang tau tak ESP shaklee kaya dengan Isoflavone

korang tau tak???

Proses penghasilan ESP menggunakan air sejuk untuk mencuci kacang soya terpilih itu, bukan menggunakan campuran alkohol seperti kebanyakan produk komersial soya yang lain. Soya yang dicuci menggunakan air akan mengekalkan nutrisi terbaik yang ada pada soya tersebut termasuklah isoflavone.

Isoflavone merupakan sebatian phytoestrogen yang mempunyai ciri antioksidan yang menghalang dari terjadinya kanser payudara dan kanser prostat. Phytoestrogen dalam soya melindungi tapak reseptor sel dari xenoestrogens dan mana-mana sebatian estrogen yang tidak diingini.

Tidak banyak syarikat pengeluar yang menghasilkan produk berasaskan soya menggunakan kaedah pencucian dengan air kerana ia lebih tinggi kosnya. Shaklee telah memperuntukkan banyak kos untuk memberikan hasil yang terbaik dalam produk ESP nya.

11960181_10204528871038213_3322499458095896550_n

Apakah isoflavones ?

Isoflavones merupakan struktur kimia yang sama dengan estrogen. Kerana kesamaan ini, isoflavones dapat mempengaruhi aktiviti estrogen kita. Tergantung dari jenis reseptor estrogen dalam sel-sel isoflavones dapat mengurangkan atau meningkatkan aktiviti estrogen. Isoflavones dapat bersaing dengan estrogen pada reseptor yang sama sehingga mengurangkan risiko kesihatan akibat daripada kelebihan estrogen.

download (1)

Cara terbaik mengambil isoflavones adalah dalam bentuk soya atau makanan yang diperbuat daripada kacang soya. Soya mengandungi pelbagai macam jenis isoflavones. Kandungan tertinggi isoflavones boleh diperolehi daripada kacang soya dan tempe! So makanlah tempe selalu

Di dalam isoflavones, terdapat dua fitokimia iaitu Genistein dan Daidzen. Genistein banyak dijumpai di dalam tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya dan berfungsi untuk menghalang pertumbuhan salur darah baru ke sel kanser. Justeru pertumbuhan sel kanser akan terbantut disebabkan kekurangan nutrisi yang disalurkan ke dalamnya.

Daidzen juga boleh didapati di dalam tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya dan herba. Ia berfungsi untuk menghalang hormon penggalak atau pertumbuhan kanser dari sampai kepada sel kanser.

Promosi september untuk peminat ESP !!! beli 6 percuma 1…

Saya Elin , ID Shaklee : 1142277

adalah pengedar sah Shaklee anda.

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,

Sila hubungi,

Sms | whatsapp | telegram : 017-7854596

Setiap pembelian dari saya, anda layak menerima jadual pengambilan vitamin, tips ekslusif, konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di fb