Ayam percik Ayamas, dipanggang sendiri..sangat sedap tak terkata

Alhamdulillah, pertama kali merasa ayam panggang Ayamas. Sebelum ni hanya lalu depan kedai Ayamas, memang agak terliur tengok bunting Ayam panggang tu..Kali ni nak cuba sebab nak bwak pergi pantai. Masuk dalam tengok-tengok, wah banyak produk Ayamas ni. Terus tengok ayam marinated, tanya adik kat situ ayam mana yang paling sedap. Diorang cadangkan ayam percik sebab ramai suka. Ok kami pon setuju. Tunggulah dalam 5-7 minit untuk mereka perapkan ayam. Haritu ada offer, rm20.60 untuk seekor ayam perap.

12233350_10204826845527389_224226355_n

belilah sekali dengan sos bawang putih, masam-masam pedas rasanya..

Nak tengok rupa ayam tu???

12242141_10204826845807396_276341897_n

kusss semangata yam ni kan??masuk oven dalam 45-60 minit..

teng!! ayam siap..haruman segenap ruang rumah..menyelerakan sungguh

12233169_10204826845607391_1730711825_n

tengok ni. garing kan..tapi bawah tuh basah dengan sos percik..makan dengan nasi kosong saja pon sedap..anak-anak pon suka..ehh nampak gaya boleh jadi menu mingguan ni..serius sedappppppp sangat..cubalah..