Korang tau tak ESP shaklee kaya dengan Isoflavone

korang tau tak???

Proses penghasilan ESP menggunakan air sejuk untuk mencuci kacang soya terpilih itu, bukan menggunakan campuran alkohol seperti kebanyakan produk komersial soya yang lain. Soya yang dicuci menggunakan air akan mengekalkan nutrisi terbaik yang ada pada soya tersebut termasuklah isoflavone.

Isoflavone merupakan sebatian phytoestrogen yang mempunyai ciri antioksidan yang menghalang dari terjadinya kanser payudara dan kanser prostat. Phytoestrogen dalam soya melindungi tapak reseptor sel dari xenoestrogens dan mana-mana sebatian estrogen yang tidak diingini.

Tidak banyak syarikat pengeluar yang menghasilkan produk berasaskan soya menggunakan kaedah pencucian dengan air kerana ia lebih tinggi kosnya. Shaklee telah memperuntukkan banyak kos untuk memberikan hasil yang terbaik dalam produk ESP nya.

11960181_10204528871038213_3322499458095896550_n

Apakah isoflavones ?

Isoflavones merupakan struktur kimia yang sama dengan estrogen. Kerana kesamaan ini, isoflavones dapat mempengaruhi aktiviti estrogen kita. Tergantung dari jenis reseptor estrogen dalam sel-sel isoflavones dapat mengurangkan atau meningkatkan aktiviti estrogen. Isoflavones dapat bersaing dengan estrogen pada reseptor yang sama sehingga mengurangkan risiko kesihatan akibat daripada kelebihan estrogen.

download (1)

Cara terbaik mengambil isoflavones adalah dalam bentuk soya atau makanan yang diperbuat daripada kacang soya. Soya mengandungi pelbagai macam jenis isoflavones. Kandungan tertinggi isoflavones boleh diperolehi daripada kacang soya dan tempe! So makanlah tempe selalu

Di dalam isoflavones, terdapat dua fitokimia iaitu Genistein dan Daidzen. Genistein banyak dijumpai di dalam tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya dan berfungsi untuk menghalang pertumbuhan salur darah baru ke sel kanser. Justeru pertumbuhan sel kanser akan terbantut disebabkan kekurangan nutrisi yang disalurkan ke dalamnya.

Daidzen juga boleh didapati di dalam tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya dan herba. Ia berfungsi untuk menghalang hormon penggalak atau pertumbuhan kanser dari sampai kepada sel kanser.

Promosi september untuk peminat ESP !!! beli 6 percuma 1…

Saya Elin , ID Shaklee : 1142277

adalah pengedar sah Shaklee anda.

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,

Sila hubungi,

Sms | whatsapp | telegram : 017-7854596

Setiap pembelian dari saya, anda layak menerima jadual pengambilan vitamin, tips ekslusif, konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di fb

Advertisements

11 sebab kenapa anda perlukan ESP shaklee yang hot

  1. Untuk DIET – ESP mengawal selera makan
  2. Untuk BERPUASA – ESP memberi rasa kenyang lebih lama, membekalkan tenaga sepanjang hari.
  3. Untuk PERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU – ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu dan memekatkan susu ibu.
  4. Untuk ibu HAMIL – ESP menguatkan rahim untuk pembentukan otot baby, dan membekalkan tenaga untuk si ibu.
  5. Untuk yang nak PREGNANT – ESP membantu dalam kesuburan
  6. Untuk ibu BERPANTANG – ESP membantu cepat baik pulih luka jahitan dan beri tenaga segera kepada ibu yang sedang berpantang.
  7. Untuk PENGIDAP GASTRIK – ESP membantu mengurangkan masalah pedih ulu hati.
  8. Untuk KESIHATAN OPTIMUM – ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya kerana ESP merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.
  9. Untuk Pelajar, pekerja atau individu dewasa: As ENERGY BOOSTER (kalau minum pagi2 tu.terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management).
  10. Untuk LELAKI – melindungi dari sebarang penyakit (jantung , kanser, dan lain-lain).
  11. Untuk WANITA – ESP untuk Keanjalan kulit… untuk kulit gebuuu… halusss… Untuk awet muda… protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata.

11987039_915031868534357_2443905880375158598_n

11951914_840037946103522_4498194330081747821_n

Dapatkan ESP dengan harga gila kentang bulan ni..jimat sangat tau..

#buy6free1

#freemembership

#freevitalea

Saya Elin , ID Shaklee : 1142277

adalah pengedar sah Shaklee anda.

Jika anda berminat atau ingin mengajukan soalan,

Sila hubungi,

Sms | whatsapp | telegram : 017-7854596

Setiap pembelian dari saya, anda layak menerima jadual pengambilan vitamin, tips ekslusif, konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di fb.

7 kriteria penting pemilihan soya sebagai makanan tambahan

Siapa suka minum soya? Tentu ramai suka soya sebab rasanya yang sangat lemak dan wangi. Namun ramai tidak menyedari kebanyakan produk minuman soya dipasaran terhasil dari soya Non GMO, memangla rasanya sedap sebab terlalu banyak pemanis digunakan. Saya senaraikan checklist yang anda perlu lakukan sebelum memilih produk minuman soya terutamanya untuk dijadikan supplement.

Adakah kacang soya kegemaran anda…

-Ditanam secara organik?
-Tidak menjalani proses genetik ?
-Mengandungi 9 asid amino penting?
-Proses pembuatan untuk menghasilkan soya (mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air) bukan alkohol?
-Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan?
-Diproses tanpa haba?
-Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)?

Sekiranya anda mendapati semuanya atau kebanyakannya TIDAK, maka inilah masanya untuk anda mendapatkan minuman soya yang terjamin dengan ciri-ciri di atas.Dapatkan sekarang sempena promosi bulan March. Jangan tunggu sampai GST dikuatkuasakan pulak, kang rugi nanti.

kelebihan-ESP-Shaklee-e1408693374886

Elin (017-7854596)

SID : 1142277

Supervisor March 2015

ESP untuk awet muda

Tanda PENUAAN pertama yang kita boleh lihat pada diri kita adalah KULIT.
Memang kita semua akan jadi TUA, tetapi bukan TUA sebelum WAKTUNYA.
Tiada siapa yang mahu kelihatan 40 tahun sedangkan dirinya baru berumur 33 tahun.

Mulakan dengan PROTEIN.

Protein penting untuk pembaikpulih tisu serta membina tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk menentukan jangkahayatnya. Protein adalah bahan utama untuk menggantikan sel yang rosak atau mati.

  • Kebanyakan sel darah putih diganti setiap 10 hari
  • Sel kulit diganti setiap 21 hari.

Setiap 21 hari sel kulit kita akan mati dan digantikan dengan sel kulit yang baru. Parut-parut jerawat di wajah anda selama ini adalah akibat sel-sel kulit mati tidak diperbaharui dengan sel-sel kulit yang lebih gebu, bersih, licin dan sihat. Jangan sia-siakan sel kulit yang diperbaharui itu. Ambil kesempatan ini dengan meningkatkan kualiti sel-sel kulit yang diperbaharui menerusi bekalan protein (ESP) secukupnya. Sel yang baik dan sihat senang menyerap nutrisi dengan baik.

  • Lebih daripada 98% molekul badan diganti sepenuhnya setiap tahun!!

Tahukah anda yang otot, rambut, kuku, kulit dan mata diperbuat daripada protein. Begitu juga dengan sel yang membuat hati, buah pinggang, jantung, paru-paru, otak, saraf serta kelenjar seks.

ESP mengandungi isoflavon

ESP juga ada isoflavone yang mengurangkan risiko kanser, bertindak sebgai antioksidan, kuatkan sistem pertahanan badan, mentainkan kolesterol yang baik, pelihara jantung yang baik dan mencegah osteoporosis sebab ESP mengandungi kalsium juga.

Isoflavon soya yang dikenali sebagai aglikon yang membantu mengelakkan kedutan halus dan ketegangan pada kulit.

[Testimoni bergambar]

Apa guna vitamin mahal, jika tidak ambil ESP (sumber protein unggul). Nak bagitau ESP ni kira basic untuk lain-lain supplement. Kalau sistem badan da ok, barulah senang nutrient dari supplement diserap kan??

 11025134_10205684893538615_7065411445304587254_n

Teruja sungguh lihat mereka bertiga tu, kulit cantik awet muda sebab konsisten amik ESP..saya pon mesti cuba. Hari ini first time saya minum ESP. Wow rasanya sangat sedap, hanya bancuh ESP dengan air kosong, goncang dan terus minum. Rasa soya sejati, so pure.

11060267_10203490887209266_64896671428144997_n

Berminat untuk mencuba, hubungi saya,

Elin (017-7854596)

SID : 1142277

Supervisor March 2015

2 punca anda cepat rasa lapar

Pukul 1pm da makan nasi siap lauk ayam kari dan sayur bayam goreng ditambah lagi sambal belacan. Wow sedap sungguh, menyelerakan. Tapi pukul 3 pm da rasa lapar, siap kriuk kriuk perut berbunyi. eh takkanla tak cukup aku makan 1 polisterin nasi tadi? Pelik bin ajaib la.

Pelik ke tidak?

Ini disebabkan dua perkara :-

  1. Badan anda LAPAR NUTRISI. Makanan yang anda makan setiap hari tidak mempunyai NUTRISI yang sihat.
  1. Makanan yang anda makan mempunyai indeks Glisemik yang TINGGI.Makanan yang mempunyai indeks Glisemik yang tinggi ni melepaskan glukosa kedalam darah dengan kadar yang cepat. Sebab itulah anda cepat berasa lapar.

indeks glisemik

Makanan yang boleh membuat kita kenyang berpanjangan perlulah diantara 0-55.

Jom lihat antara senarai makanan dengan indeks glisemiknya.

gi rendah

Cuba tengok soy beans merupakan makanan yang paling rendah indeks glisemik 16.

SHAKLEE menawarkan :-

1) ESP ( protein soya ) yang mempunyai indeks Glisemik rendah 39 membekalkan tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan.

low GI

ESP-INDEKS-GLISEMIK-RENDAH-1

2) Multivitamin (Vitalea) melengkapkan keperluan nutrisi yang lompong dalam tubuh.

  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah.
  • Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.

Kombo ESP + Vitalea memberikan anda kenyang yang berpanjangan disamping memberikan kecergasan sepanjang hari. Pilihla makanan yang berzat dan bernutrisi untuk kesihatan yang optimum.

11051328_10203474229072823_945352316_n

Hubungi saya untuk info lanjut,

Elin (017-7854596)

SID : 1142277

COD area : Pasir Gudang

Perbandingan kualiti protin dalam ESP shaklee berbanding sumber makanan utama

KUNCI kesihatan yang optimum adalah protein lengkap yang berkualiti tinggi serta mencukupi.

Ramai yang ambil vitamin dan mineral sebagai makanan tambahan, tetapi seramai mana yang menyedari bahawa makanan-makanan tambahan ini memerlukan protein berkualiti untuk menjamin keberkesanannya?

Susah nak jawab kan ? sebab tuh la ramai claimed ambil supplement tu tak berkesan pon? Rupanya protein memainkan peranan penting disini. Ini adalah ulasan dari Dr Bruce B. Miller – penulis buku “ Kenapa anda perlukan makanan tambahan protin?”.

 10966662_10203318629422929_612944658_n

Saya hendak ulas tentang tips memilih makanan tambahan protin. Semoga jadi rujukan untuk kita semua.

  1. Nisbah PER

Nisbah PER digunakan untuk menyukat penggunaan protin dalam badan. Cara ini diiktiraf oleh Bahagian Pemakanan, Pentadbiran Pemakanan dan  Ubatan.

Nisbah PER = Peningkatan berat makhluk yang sedang membesar

——————————————————————-

Pengambilan protin bagi suatu jangka masa panjang

Lebih peningkatan berat makhluk, lebih besar PER protin tersebut.

Protein yang berkualiti tinggi mempunyai PER yang tinggi.

Protein yang berkualiti rendah mempunyai PER yang rendah

Contoh kajian

Protin ujian A

Peningkatan berat makhluk – 100g

Pengambilan protein – 40g

PER = 100/40 = 2.5

2.5 merupakan PER terbaik yang menunjukkan bahawa protin A diguna dengan baik dalam tubuh.

Protin ujian B

Peningkatan berat makhluk – 50g

Pengambilan protein – 40g

PER = 50/40 = 1.25

1.25 merupakan PER kurang baik. Menujukkan protin B berkualiti rendah berbanding protin A kerana ia berupaya menghasilkan pertumbuhan yang kurang pada amaun yang sama.

  1. Ujian kerajaan Amerika

Dalam satu laporan yang diterbitkan pada 1981, Pentadbiran Pemakanan dan  Ubatan (FDA) menilai 18 makanan tambahan protin dengan menggunakan akedah PER. Kajian ini meliputi keluaran berikut : Shaklee ESP, Naturade’s Vegetarian protein, Natur’s plus, Natura slim, Rich life formula 79 protein dan lain-lain.

Keputusannya, ESP Shaklee merupakan protein tunggal yang tanpa pewarna atau perisa tiruan yang mencapai 100% sama dengan kasein (kasein digunakan sebagai piawaian dalam menyukat kualiti protein-protein lain)

Kesimpulannya,

ESP Shaklee mengandungi protin berkualiti tinggi berbanding mana-mana sumber makanan utama. Sila lihat chart dibawah.

 Perbandingan kualiti protein didalam ESP berbanding sumber makanan

Jom ber ESP..

10954773_10203318629342927_596685087_n

Elin (017-7854596)

SID : 1142277

Kenali kuku anda – Hangnail dan cara merawatnya

Assalammualaikum.

“ Ya Allah ! Permudahkanlah segala urusan, janganlah Engkau persulitkannya, sempurnakanlah dengan kebaikan”

10730099_10202678263734187_3117053158653279629_n

Nafisah ( anak sulung saya berumur dalam 2 tahun 9 bulan ) sering menggigit kuku. Diam-diam dia duduk jauh , rupanya mengigit kuku dan kulit terlebih dicelah kuku. Ishhh jangan gigit, nanti berdarah, meh Ummi guna sepit kuku..
Masalah kulit terlebih dicelah kuku ni dikenali sebagai “Hangnail”..saya kira kebanyakan orang dewasa turut mengalami masalah ini, saya pon tidak terkecuali. Apakah puncanya?

hangnail

Apa itu Kuku?

Kuku adalah bahagian  tubuh manusia yang terdapat atau tumbuh di hujung jari. Kuku tumbuh dari sel mirip gel lembut yang mati, mengeras, dan kemudian terbentuk dari hujung jari. Fungsi utama kuku adalah melindungi hujung jari yang lembut dan penuh urat saraf, serta menguatkan daya sentuh. Secara kimia, kuku sama dengan rambut yang antara lain terbentuk dari keratin protein yang kaya akan sulfur. Kuku manusia terjadi daripada segumpulan protein yang dipanggil keratin. Keratin ini disokong oleh vitamin A, vitamin D dan kalsium.

Kuku sebagai kayu ukur kesihatan seseorang

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa kuku pada jari boleh menunjukkan tahap kesihatan seseorang. Kelainan atau perubahan dalam warna tekstur kuku mungkin menjadi tanda penyakit dari anemia hingga penyakit jantung. Dr Philip Fleckman, dermatologi dari Universiti Washington menggunakan kuku pesakitnya untuk melihat tahap kesihatannya. Caranya adalah dengan memerhatikan warna kuku.

* Kuku berwarna merah jambu – merupakan suatu petanda kuku sihat.

* Kuku yang berwarna keputih-putihan atau pucat – merupakan tanda kekurangan zat besi dan berkemungkinan mempunyai penyakit kronik.

* Kuku berwarna gelap di bahagian luar menandakan adanya risiko penyakit ginjal.

* Kuku warna kebiru-biruan atau ‘cyanosis’ – menunjukkan bahawa hemoglobin yang membawa oksigen di dalam darah mengalami kekurangan oksigen.

* Kuku yang berwarna kuning – biasanya merupakan reaksi terhadap bahan-bahan kimia atau asap rokok. Sindrom kuku berwarna kuning dapat dipastikan dengan pertumbuhan kuku yang tebal dan lambat selain adanya gejala batuk dan sinus. Ia menunjukkan penyakit paru-paru.

Kuku yang kuat dan bersinar adalah tanda-tanda seseorang itu menjaga kesihatan yang hebat. Pola makanan dan cara hidup merupakan faktor penting kepada kualiti kuku. Kuku adalah bahagian terakhir badan menerima nutrisi, jadi jika anda mempunyai pola makan yang buruk, anda perlu lebih berhati-hati kerana boleh menjadikan kuku menjadi lemah dan rapuh. Makan makanan yang sihat boleh membuat kuku anda lebih kuat dan sihat secara semulajadi.

10 jenis makanan untuk kuku yang sihat

nails-superfoods

Pengambilan makanan tambahan (supplemen) yang mengandungi multivitamin dan pelbagai mineral dapat membantu memelihara kuku. Kuku rapuh juga menunjukkan yang anda kekurangan zat besi.

Warna kuku yang tampak semakin gelap dan kering menunjukkan tubuh anda kekurangan vitamin terutama vitamin B12. Anda harus memenuhi keperluan vitamin B12 dengan mengambil suplemen atau makanan-makanan seperti telur, keju dan kekacang. Dengan memenuhi keperluan vitamin-vitamin tersebut, kesihatan kulit anda akan meningkat dan pastikan anda minum banyak air putih.

Remedi untuk masalah “ hangnail”

Penggunaan vitamin E dikatakan mampu untuk mengatasi masalah “hangnail”. Vitamin E mampu untuk melembapkan dan melembutkan kulit .

home-remedies-for-hangnails-opt

Vitamin yang disyorkan untuk mengatasi masalah “hangnail”

Hangnail ni menunjukkan kita kekurangan vitamin C , asid folik dan protein. Berikut adalah cadangan vitamin Shaklee yang boleh membantu merawat masalah kuku seperti hangnail,

  1. Vitamin C– Kolagen dalam vitamin C membantu mengukuhkan sel kulit dan sel yang terbentuk akan lebih teguh dan sihat, kulit tidak akan menjadi kering, lembik, dan mudah lebam. Vitamin C juga membantu meningkatkan kadar penyerapan iron. Vitamin C juga sangat terkenal dengan Vitamin Cantik!
  2. B-complex– Untuk menguatkan kuku dan mengelakkan kerapuhan kuku.
  3. ESP– Kaya dengan asid amino yang penting untuk pertumbuhan kuku.
  4. Vitalea with iron– untuk kuku yang kuat, dan tidak mudah patah. Kurang zat besi boleh menyebabkan kuku mudah pecah, kuku pucat dan tidak rata, dan melambatkan pertumbuhan kuku.

Biotin dan vitamin B  yang diambil bersama-sama dengan asid amino dan vitamin C dan vitamin E, mempunyai kesan synergestic yang membantu badan membina keratin protein  yang diperlukan untuk  kuku yang kuat.

SET-A

Shaklee_ESP_l

Vitamin untuk kanak-kanak mengatasi masalah “hangnail”

 meal shakes

MealshakeMeal Shake Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Lactalbumin adalah bahan yang  terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.

Jom tengok testimoni mealshake berkesan untuk masalah kuku kepada kanak-kanak,

testi-kuku

Bagi mereka yang mengalami masalah ini, tentu rasa tak selesa, sakit dan rasa nak cabut je. Tapi bila tercabut, kuman akan masuk melalui luka tu dan mendedahkan kita kepada pelbagai jangkitan penyakit. Jadi, cepatla rawat sebelum melarat.

Sempena promosi ESP bulan Oktober ni, jom grab setong.InsyaAllah membantu..

p/s : Nafisah baru sebulan consume mealshake, Saya pula baru consume Vit C dan mealshake.

InsyaAllah akan saya kongsikan feedback tentang hangnail nanti yea..

Pm/wasap,

Elin | 017-7854596