Yis tak berbuih + resepi roti sarang lebah

Assalammualaikum…

Lama tak update blog, rindu nk berceloteh..cuti panjang deepavali dan awal muharam, so balik kg chamek..

Balik kampong, terus tengok oven baru beli waktu offer kat courts mammoth..set display tu yg murah..nk rasmikan oven dengan bakar roti sarang lebah yang famous sekarang ni..buat guna bahan yang ada je..

Dapat resepi dari rakan dalam group telegram. Ni resepinya.

1625699_10202719455563957_2716345164648501789_n

1901350_10202719457043994_3823373484143800246_n

Saya akan olah cara-caranya agar semua lebih paham dan tak lakukan kesilapan macam saya. Saya campurkan air suam + yis, pelik kenapa yis tak berbuih, mengikut google.com, kalau yis tak berbuih tuh yis tak aktif..tengok tarikh expired lama lagi..ok tak putus asa, cuba yis pek lain..ehh sama juga la..dah kenapa? Mesej kawan yg send resepi, alamak tak balas pula.hurmm try je la uli, kalau jadi-jadila…so uli la bersungguh2..memang tak kembang 2x ganda..xpela da uli, kita pon bakar je la..lepas 20 min, lihat hasilnya agak keras luar (rangup), dalam lembut mcm donut..kira okla ni kn..roti da jadi, terus buat sos butterscotch guna resepi yang kawan bagi..memang sedap dan mudah..bila makan bersama roti rasalah lemak manis yang memang sedapppp. jom layan gambar

10735948_10202719460004068_2020201715_n

(sebelum bakar..nampakkan tekstur kurang cantik)

10733029_10202719460204073_819332085_o

(bakar dlm oven 200C selama 20 min, mula2 set 10 min,tak cukup masak, pastu tambah 10 min lagi- cucuk dgn lidi, kalau licin okla tuh)

10752269_10202719458684035_1113722402_o

(selepas dibakar-warna kekuningan)

10678111_10202719460364077_658462434_o

(gambar dicurah bersama sos butterscotch)

Jom tengok cara pembuatan yang saya olah :

1. Campurkan gula kedalam air suam. Kacau.

2. Masukkan sepeket yis (mauripan)..tunggu 10 min biar berbuih

3. Satukan bahan lain dalam mangkuk.

4. Curah yis dan uli sehingga tidak melekat.

5. Rehatkan seketika sehingga naik 2x ganda.

6. Uli lagi sekali.

7. Bentukkan dan susun dalam loyang. Rehatkan sehingga naik 2x ganda lagi.

8. Bakar dalam ketuhar 200C lebih kurang 15-20 min .

Bagi cara membuat sos, sila gunakan seperti dalam rajah.

Ok, next time nak buat lagi guna cara olahan ni..kalau doh mengembang mesti lagi gebus rotiku..hihi..selamat mencuba yea..

p/s : lepas roti da siap baru kawan reply bagitau rupanya kena campur gula dalam air suam, barulah yis akan berbuih. so ilmu baru, kenapa yis tak berbuih??sebab tak campur gula dalam air suam tu..hihi..