Resepi kuih ketayap yang sangat lembut dan sedap

Alhamdulillah, tertunai hasrat untuk buatkan kuih ketayap ni untuk Nafisah. Biasalah trademark Nafisah sukakan hijau. Dari jam, baju, sampai ke kuih semuanya hijau.

resepi diambil dan diolah dari blog cikgu Aini. jom intai resepi ni.

KUIH KETAYAP / KUIH DADAR
Bahan-Bahannya:
Untuk Kulit:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur (saya guna 1 biji gred A)
3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan (saya guna santan kotak-agak2 dilarutkan dalam 1 1/2 cawan air)
1 1/2 sdt garam
2 sdm minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)

Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut – ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah – kalau tak suka manis, boleh kurangkan. (saya guna 1/2 gula melaka bentuk silinder)
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan – disimpulkan
1/2 cawan air
2 sdm tepung gandum

Cara Membuat Intinya:

  • Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  • Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  • Sejukkan inti.

10965660_10203304049618443_815093946_n

Cara Membuat Kulitnya:

  1. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
  2. Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  4. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
  6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  7. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  8. Angkat. Ketepikan.
  9. Ulang langkah 5 – 8 hingga adunan habis.
  10. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  11. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
  12. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan.

10954773_10203304049818448_1532759615_n

10966678_10203304049898450_1247585103_n

Tadaa…inilah hasilnya. Kulitnya sangat lembut. 1 adunan boleh dapat dalam 10 batang kuih. Selamat mencuba

8 thoughts on “Resepi kuih ketayap yang sangat lembut dan sedap

  1. tee says:

    Maaf, sy baru google resepi kuih ni, resepi yg awk share ni bahan2 dan stepnya sama dgn resepi cikgu ani dlm blog dia 2013. Kredit pd cikgu ani… thanks cikgu ani…

    Like

Leave a comment