8 aktiviti rangsang otak kanan anak

mewarna
(haha..kalaulah anakku jadi begini..abisla…)

sumber : pama

Ada fakta yang mengatakan kanak-kanak yang dirangsang otak kanannya akan menjadi lebih bijak, cerdik dan positif. Ibu ayah disarankan melakukan rangsangan pada otak kanan anak sejak si kecil berusia seawal enam bulan. Otak kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangnya.Otak anak pada enam tahun pertama usianya bersifat seperti span. Merek amudah menerima rangsangan. Oleh itu dedahkan kepada ilmu yang menyeronokkan supaya dapat membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu.

Aktiviti yang menggunakan jari jemari dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak kerja tangan adalahh hasil daripada kerahan otak kanan.

1. Bermain tanah liat. Dengan menggunakan kreativiti membuat pelbagai bentuk haiwan, objek dan sebagainya membantu otak kanan anak aktif berfikir.

(saya suka buat homemade playdoh..lebih selamat)

wpid-photogrid_1440124062261.jpg

2. Origami. Belajar pelbagai lipatan kertas bagi membuat bermacam bentuk.

3. Menggunting. Belajar menggunting pelbagai jenis bentuk, garisan atau apa sahaja gambar.

4. Masukkan manik dalam benang atau tali dalam straw minuman.

5. Melukis. Kreativiti anak dirangsang melalui aktiviti melukis. Biarkan mereka melukis apa sahaja yang diimaginasikan.

6. Bercerita. Anda boleh meminta anak menyambung cerita yang anda ceritakan. Biarkan mereka menggunakan daya imaginasi.

7. Bermain teka-teki dengan anak. Caranya, letakkan satu barang dalam kotak/bekas tidu, suruh anak teka barangan tersebut atau teka bentuk dan warnanya.

8. Kad imbasan. Mula perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad bergerak laju, otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.

Tak perlu buat aktiviti ini dalam tempoh lama untuk mengelakkan anak bosan. Masa disarankan lebih kurang setengah jam sahaja.
  • Nota kaki : aktiviti no.3 tuh memang sangat digemari Nafisah, kena awasi sebab agak merbahaya..Melukis tuh belum nampak lagi, kena suruh baru kita tau apa imaginasi anak kita ni..bercerita tuh kadang-kadang, memang merapu la ceritanya..tapi seronok..
  • Ok, jom sama-sama belajar cara didik anak-anak kita..apa-apa info boleh share yea..

Homemade playdoh – mudah & selamat

Harini Jumaat..cuti hujung minggu bersama anak..idea utk main harini adalah homemade playdoh..dulu pernah buat sekali..guna resepi krim tartar dan dimasak..pagi ni cari krim tartar tak jumpa..Google resepi jumpa yang mudah tanpa krim tartar dan tak perlu dimasak..

image

Caranya senang je..sediakan 4 bekas dan diisi dengan bahan² yang dibahagi 4… Kalau terlembik boleh tambah tepung..
Tips : bagus buat adunan yang agak lembut supaya best bila main.

Apa yang kita dapat dari aktiviti ini :
1. Cipta kreativiti anak²
2. Belajar warna..campur warna..saya campurkan biru + merah utk dapatkan purple
3. Anak² belajar bentuk

Ok jom tengok saya punya doh

image

Doh ni disimpan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti..boleh tahan berbulan..selamat mencuba

Permainan Minda untuk anak 3 tahun

Assalammualaikum semua..

Harini saja nak share application yang saya download untuk anak saya Nafisah 3 tahun ditablet..

Tak salah bagi anak main tablet..tapi kena awasi la..set time..only 10 minit per session..biasanya Nafisah hanya main malam sebelum tidur bila weekdays..hujung minggu pula pagi, petang dan malam.

OK jom tengok antara permainan yang digemari Nafisah..Kira educated games ni..

image

image

Games ni menguji ingatan anak  anda dan kemahiran puzzle..

Untuk story dan learning, you all boleh donlod siri tabtale story..pelbagai kisah ada.saya berminat dengan ugly duckling ni..

image

OK selamat mencuba..

Set berpantang tradisional + modern

Berpantang dengan Shaklee – bersalin secara ceaseran

Tanggal 19hb March 2014, saya selamat melahirkan Anas seberat 3.2kg secara ceaseran. Saya da cuba untuk normal namun tiada rezeki. Sama seperti anak sulung, low progress maksudnya jalan buka lambat. Saya minta dengan doctor pakar untuk ceaser sebelum mereka induce. Hari pertama bersalin, saya terus beri Anas hisap susu. Hebat, tak macam kakak dia. Pantas dia menghisap. Maklumla baru bersalin susu mungkin tidak banyak tetapi baby asyik menghisap sampai saya rasakan pedih, tapi sabar je la. Melihat anak orang lain terjerit-jerit sebab tak eknyang menysusu. Alhamdulilah Anas tak buat ragam, kata nurse dia menyusu puas la tu..

image

Selepas 3 hari di hospital, gembira dihati sebab dapat pulang melepaskan kerinduan pada suami dan Nafisah. Terus mesej Fai nak order set berpantang. Saya order Vitalea, B complex, Ostematrix dan zinc complex. Melalui pembacaan saya zinc sangat elok untuk penyembuhan luka ceaser. Pantang kali ni sangat unik sebab saya hanya ambil vitamin Shaklee, param dan pilis. Tiada maajun dan teh herba seperti pantang kali pertama dulu. Alhamdulillah sangat cergas, susu pun banyak, dalam seminggu da boleh bersin dan orang yang melawat tengok baby pon kagum saya sangat cergas. Dalam pantang pon boleh menyapu rumah, masak dan hidang air untuk tetamu.

Saya namakan set berpantang saya kali ini sebagai SET PANTANG TRADERN
TRADERN = tradisional + modern
tradisional = param + pilis
modern = tiada jamu / teh herba..hanya supplement shaklee

image

So, inilah set yang saya gunakan sewaktu pantang anak no.2 (anas)..alhamdulillah sangat bermanfaat dan mudah diguna..
Untuk set pantang shaklee tu, itu dikira basic tau..majoriti ramai amik yang premium set. Anda boleh ambil ikut budget anda. Yang pasti insyaAllah berbaloi.

Elin (017-7854596)
Sid : 1142277

Iktibar kisah Qarun | Jom jadi jutawan dunia dan akhirat

10407490_10203364125520303_3117069558150894310_n

Bila baca artikel diatas, terdetik dihati…InsyaAllah saya boleh..jadi jutawan dunia akhirat..teringat pesan ustaz ubaidillah, nak cita-cita jadi kaya boleh, tapi perlu disertakan ketakutan..jangan jadi macam kisah Qarun yang dahulunya miskin tetapi soleh..setelah kaya menjadi lupa dan derhaka..

Jom baca terjemahan surah al-Qasas menceritakan tentang kisah Qarun.Semoga dapat iktibar.

sumber : http://matahati-mama.blogspot.com/2014/02/kisah-qarun.html

Rujukan terjemahan al-Quran 
Surah al-Qasas ayat 76 – 82

[76]Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: “Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).

[77]“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.

[78]Qarun menjawab (dengan sombongnya): “Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku”. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).

[79]Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: “Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik”.

[80]Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): “Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar”.

[81]Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama dengan rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah” dan ia pula tidak dapat menolong dirinya sendiri.

[82]Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun – mulai sedar sambil berkata: “Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!”

Cara nak jadi jutawan

Shaklee da sediakan pelan bisness yang mampu membuatkan anda berduit..boleh buat fulltime atau part time..da ramai yang bergelar Master dengan income 6k hanya dengan Shaklee.

Niat asal saya bukanlah sampai jadi jutawan..cukupla dapat jadi surirumah bergaji..melihat anak membesar depan mata. Apa yang menjadi push faktor saya adalah saya hendak menghantar dan menjemput anak saya dari sekolah, itu akan tercapai bila saya jadi surirumah. Doakan saya yea kawan-kawan..

Elin ( 017-7854596)
Sid : 1142277
Supervisor March 2015

Atasi sembelit dikalangan Ibu hamil dan menyusu

Berapa minit anda spend dalam toilet untuk ‘membuang’?
Ada yang siap bawak phone main game dek kerana sukarnya proses ‘membuang’..

10390980_10203260864858851_1377730215825452844_n

Pengalaman sembelit

Seingat saya kali pertama saya sembelit ketika kanak-kanak dalam lingkungan umur 5-6 tahun. Itupun kerana saya telan ubat batuk hampir sebotol. Lepas tu mak akan tolong mudahkan proses “membuang” dengan berkata ” Ek ek, ek ek”..Biasa tak dengar bunyi tu? Ala kiranya macam nak menolong najis tu keluar la.

Kali kedua sembelit sewaktu hamilkan Nafisah.

Info

Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh tekanan oleh uterus anda yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

(http://www.babycenter.com.my/a1052606/sembelit#ixzz3Q0K9IFtk)

Jadi apa yang saya lakukan kerap makan pisang dan betik. Okla berkurang juga, tapi still akan ada sesekali sembelit datang.

Kali ketiga ialah sewaktu dalam pantang Anas. Masa tu dahla ceaser, tak boleh nak meneran sekuat hati takut jahitan koyak pulak, ditambah lagi dengan sembelit. Hanya Allah je tau sakitnya. Esoknya minta mak pergi klinik desa untuk dapatkan ubat membuang najis. Tau tak camne rupa ubat tu? Macam ni la..

download (1)(sumber : http://frogiec.blogspot.com/)

Info

Ubat membuang najis

Ubat yang biasanya diberi kepada ibu hamil sebaik tiba di bilik bersalin dikenali sebagai enema. Suatu ketika dahulu, mereka memang digalakkan menggunakan ubat ini tetapi pada hakikatnya ia tidak bagus kerana boleh melukakan dubur. Namun, jika tidak diberi pula, dikhuatiri najis akan keluar bersama ketika proses meneran. Untuk itu, doktor akan memberi enema dalam jumlah yang kecil, biasanya glycerine. Ubat ini dapat memberikan keselesaan kepada anda dan paling penting tidak melukakan dubur. Namun, jika anda memaklumkan sudah membuang air besar ataupun mengalami cirit-birit, ubat ini tidak akan diberi.

Setelah saya gunakan ubat tuh. memang terus menderu segala isi perut keluar. Uhhh lega sangat-sangat. Takut pulak sembelit ni datang lagi, terus teringat kat Ostematrix. Kisahnya, sewaktu pregnantkan Anas saya memang tak tinggal makan Ostematrix, memang alhamdulillah tak kena sembelit macam sewaktu mengandungkan Nafisah. Tetapi, stok Ostematrix boleh pulak habis semasa pantang. Tanpa membuang masa, terus order set pantang ( B complex, zinc complex, vitalea dan ostematrix) dengan Fai. Alhamdulillah lepas dari itu, tiada lagi masalah sembelit.

Info

Kenapa saya menghidapi sembelit selepas melahirkan bayi?

Adalah biasa jika anda tidak membuang air besar (konstipasi) untuk dua hari pertama selepas melahirkan bayi. Satu per lima ibu baru mengalami kelewatan ini. Anda mungkin kurang selesa menggunakan tandas hospital. Dan tentulah anda akan bimbang jika terdapat jahitan dan lebam. Ini semua bermakna anda boleh menghidapi konstipasi (sembelit) dalam beberapa hari selepas melahirkan anak.

Terdapat sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh menggerakkan usus:

Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:

  • anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
  • anda pernah melahirkan bayi sebelum ini;
  • anda mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit;
  • anda mendapat jahitan.

(http://www.babycenter.com.my/a1044760/sembelit-selepas-bersalin#ixzz3Q0UKq8Q3)

Kisah pembuangan yang sangat lancar

Bulan ni kan promosi Alfalfa, rugi kalau saya tak beli. First time ni nak try alfalfa. Study punya study, alfalfa ni elok untuk detox darah, maksudnya nak bagi badan kita betul-betul dapat serap semua nutrient dari supplement yang kita makan. Tambahan lagi untuk “milk booster”. Healing crisis yang saya rasa, jerawat memang keluar banyakla, tanpa segan silu. Okeh saya paham maknanya badanku dipenuhi toksin. Pengeluaran susu pon agak membantu dari sebelum ni. Satu hal lagi yang saya sangat tidak jangka berlaku.Apakah dia???

Saya perasan, setiap pagi saya akan “membuang” dengan mengambil masa kurang 5 min. Sebelum ni memang hari-hari buang juga, tapi takdela lancar. Amik masa dekat 10 minit untuk betul-betul clear. Tapi kali ni, memang sangat lancar. Tak tau nak cite detail camne lagi. Saya baru teringat apa yang saya rasa ni sama dengan apa yang saya alami sewaktu bersalinkan Anas. Waktu tu dalam labor room. Bukaan baru 4 cm, nurse bagi ubat keluarkan najis macam dalam gambar diatas. Selepas dia masukkan ubat tuh melalui dubur (tak rasa sakit pon), terus najis keluar tanpa kita boleh kawal. memang malu waktu tuh, first time kena “membuang” atas katil..Haa macam tuhla lancar yang saya maksudkan.Paham yea?

Khasiat susu ibu yang ambil alfalfa + ostematrix

Alhamdulillah, sehingga hari ini Anas masih full breastfeed. Alhamdulillah tidak pernah najisnya keras. Dalam sehari dia akan membuang antara 2-3 kali. berbeza dengan Nafisah dulu, kerap sembelit sampai pergi klinik dapat enzime untuk mudahkan dia “membuang”.

Kesimpulannya, saya sangat rekomen dua vitamin ni diambil oleh mereka :-

1. ibu hamil – ostemtarix

2. Ibu menyusu – ostematrix + alfalfa

Notakaki : Promosi alfalfa hanya tinggal 5 hari saja lagi. Rugi tak rebut tau..

Elin

pm/whatsapp/telegram : 017-7854596

Biskut yang teramat sedap – Biskut German

Assalammualaikum.

Sebenarnya dah lama nak share resepi biskut ni, asyik tergendala. Saya search resepi dari google je. Alhamdulillah percubaan pertama berjaya. Post di FB, ramai yang “like” dan minta rasa. Buat adunan kedua dan dapatla diberi kepada 4 orang untuk merasa. Alhamdulillah semua suka dan minta resepi.

Apa yang best tentang biskut ni, sangat sesuai untuk kanak-kanak sebab kurang gula, bahan pon simple dan selamat untuk kanak-kanak.Saya hanya menggunakan tangan untuk mengadun biskut ini. Jom tengok resepi.

10382981_10202986902649967_4686916457608581479_n

1982297_10202990789667140_7345594768487319401_n

Rasanya seakan suji / makmur, cuma yang ni tidak muak sebab tidak menggunakan minyak sapi. Saya tambah sedikit coklat untuk kelaianan.Selamat mencuba.

Pelaburan berbaloi untuk anak – Belanja rm1000 untuk beli vitamin

Untitled

Artikel ini dipetik dari sinarharian online bertarikh 22/03/2012

KUALA BESUT – Sepasang suami isteri dari Kampung Gong Manak di sini sanggup mengeluarkan belanja RM1,000 setiap bulan semata-mata untuk membeli pemakanan tambahan bagi memastikan anak-anak mereka bijak dan berjaya.

Pasangan guru terbabit, Wan Norhashimah Wan Ahmad, 44, dan Abdullah Ya, 51, memperuntukkan sejumlah wang itu untuk pelbagai jenis makanan tambahan seperti vitamin dan makanan lain kepada lima daripada enam anaknya yang masih bersekolah.

‘Pelaburan’ mereka terbukti menjadi apabila anak kedua mereka, Fatin Hamimi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Nurul Ittifaq memperoleh keputusan 11A+ dalam keputusan peperiksan Sijil Pelajaran Malasyia (SPM) yang diumumkan semalam.

Fatin Hamimi bukan sahaja muncul pelajar terbaik di sekolahnya tetapi turut terbaik di daerah dan antara yang terbaik di negeri ini.

Malah, dia juga pelajar keempat terbaik Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2009.

Menurut Wan Norhashimah, dia sanggup tidak mencarum insurans per-lindungan sebaliknya berpakat dengan suami mengeluarkan perbelanjaan itu membeli pelbagai jenis vitamin dan pemakanan tambahan lain khusus untuk minda anaknya sejak 1995 lagi.

“Semua anak saya dibekalkan dengan makanan tersebut dan ia sangat membantu dalam memastikan dia mudah belajar,” kata guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bharu, di sini.

Sementara itu, menurut Fatin Hamimi, dia mengambil pelbagai pemakanan tambahan yang dibekalkan ibu bapanya mengikut jadual.

Namun, katanya, semua itu bukan 100 peratus penentu kejayaan sebaliknya ia diiringi usaha sendiri, kesungguhan guru dan amalan solat hajat selain solat Fardu.

“Saya juga tidak pernah mengikuti kelas tambahan sebaliknya hanya menghadiri kelas tambahan disediakan sekolah, berbincang dengan rakan dan memberi tumpuan dalam kelas,” katanya yang bercita-cita menjadi doktor.

Kakaknya, Noor Farahhannan, 20, juga bekas pelajar sekolah sama muncul pelajar terbaik SPM 2009 sekolah itu apabila memperoleh keputusan 8A+, 2A dan 1A- dan kini melanjutkan pelajaran dalam tahun dua bidang perubatan di Universiti Sains dan Teknologi Jordan (JUST).

Adik perempuannya yang belajar di sekolah sama memperoleh 9A dalam PMR sebelum ini manakala adik lelakinya memperoleh 5A dalam keputusan Ujian Percapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ulasaan

Ramai ibu bapa ingin melihat anak mereka sihat dan bijak. Setiap kemahuan anak-anak akan cuba dipenuhi demi memastikan anak kita gembira. Tapi sedarkah kita anak-anak sekarang terdedah kepada pemakanan yang tidak sihat. Saya sebagai contoh, memang memasak dirumah dengan pelbagai kombinasi nutrisi untuk anak-anak, tetapi amatla sedikit dimakan, selebihnya susu. Kalau diluar pula, agak sukar untuk mengelak dari junk food / jajan. Maka dari sini la tercetusnya idea saya dan suami untuk memberi makanan tambahan / supplement sihat semulajadi untuk anak kami. Saya memilih mealshake iaitu multivitamin dalam bentuk serbuk. Hanya setengah sudu kecil dimasukkan dalam susu, 1 kali sehari sudah memadai.

Saya berpendapat seharusnya ibu-bapa mengeluarkan sedikit wang sebagai pelaburan untuk membeli makanan tambahan untuk membantu anak-anak membesar dengan sihat dan bijak.

Meal SHake

MOTIVASI UNTUK IBU MENYUSU

Sejak kebelakangan ini agak stress sebab pengeluaran susu merudum ketika mengepam. Tapi bila direct feed ok je. Alhamdulillah setakat ni amsih berjaya fully bf anas, no topup fm..rezeki Anas. Masa nafisah bertahan selama 9 bulan je..Takut pisang berbuah 2 kali, saya pon gigih menimba ilmu penyusuan.

[[ MOTIVASI UNTUK IBU MENYUSU ]]

Kenapa saya gigih berusaha menyusukan anak?? Semoga motivasi ini membakar semangat ibu-ibu semua yea..

  1. Sifat rasa tanggungjawab serta puas dan bangga dapat menyusukan anak sehingga 2 tahun
  2. Pemahaman ibu tentang kebaikan susu ibu pada anak.
  3. Susu ibu mudah diberikan, tak perlu bayar, masak air panas dan bancuh..ready setiap masa
  4. Bonding antara anak dan ibu sangat kuat.

 [[ KESILAPAN DALAM ILMU PENYUSUAN ]]

semalam saya wasap Wani, rakan SID..mintak advice tentang penyusuan ni. Alahmdulillah banyak juga mind set saya yang salah. Antaranya,

1. kerap pam , kalau boleh jangan lebih 3 jam

 ( sebelum ni saya fikir kalau kerap pam, mesti susu takde.Saya lebih gemar jarakkn dengan harapan lebih banyak susu keluar. rupanya tanggapan ini salah. lebih kerap kita kosongkan breast, lebih banyak susu akan dihasilkan)

2. Dia ajar saya Tandem Nursing. Apa tuh? Tandem Nursing adalah salah satu kaedah atau teknik untuk membanyakkan susu ibu. Ia dilakukan secara sebelah payudara bayi menyusu dan sebelah lagi mengepam. Teknik ini juga boleh diaplikasikan jika bersalin kembar. So, bila sebelah kita direct feed baby, sebelah lagi pam atau marmet

(macam susah je nk buat ni..hihi)

3. Minum air masak 3 liter sehari. Wani tayang botol air dia yang memang size 3 liter. Saya pon bersemangat pergi beli. Jenama Lava – 3 liter – rm13.90

(ok, misi minum air masak 3 liter bermula)

4. Makan makanan yang kaya dengan protein dan sayuran

(Lunch semalam saya makan peria,tempe dan tauhu- alhamdulillah susu lebih pekat)

5. Konsisten waktu mengepam. maksudnya kalau sesi pertama terlewat, jangan ubah waktu sesi kedua.

6. Power pumping.

 ( yang ni saya yakin saya malas nak cuba kecuali bila keadaan terpaksa nanti)

Ok, tuhla tips2 yang dia ajar..sangat2 membantu..

Satu lagi tips yang saya baca, jangan asyik dok tengok botol yang kita pam tu..so otak kita stress tengok tak banyak susu yang diperah. Cuba alih perhatian tengok gambar/video anak.

Selain cara-cara diatas, keazaman yg kuat juga penting dan banyakkan berdoa agar dipermudahkan jalan penyusuan sehingga 2 tahun.

10754797_10202806132770833_345329056_n

Ubat masuk punggung redakan demam panas

Alhamdulillah, demam Anas da reda. Hari Khamis malam tuh, gigih Ummi tuam badan Anas dengan Basic H..tapi still panas..Cuba pula cuka putih, but still sama je..mandikan dengan air paip, bukan main menjerit dia. Tak pasti kesejukan atau terkejut..Malam tu juga bagi minum sup ayam.Malam tuh ummi memang tak tidur nyenyak sebab nak monitor panas dia..sukat dengan thermometer, tekejut suhu badan 38.4 degree..Anas tidur ok, tanpa merengek.

Bangun pagi Jumaat, badan Anas masih panas..Suhu 38.3 degree. Mandikan pon still menangis. Ummi rasa tak sedap hati terus bawak g Poliklinik Norbi, Taman Cendana.

Doktor periksa suhu Anas guna thermometer masuk dalam telinga. Suhu 38.3 degree.. muka doctor agak cemas, dia kata panas sangat ni, kita bagi ubat masuk punggung. Kita takut panas sangat boleh sampai jadi sawan.

Photo1154

Tahukah anda ??

Demam bukannya penyakit tetapi hanya gejala yang sering oleh bayi. Suhu badannya yang normal ialah 36 hingga 37Oc. Suhu badannya yang melebihi 37Oc menandakan anak anda demam. Bagi anak yang dibawah usia enam bulan, suhu badan melebihi 37Oc adalah serius. Jika ia kekal tinggi sehingga boleh mencecah 40Oc, ia berisiko berlakunya konvulsi (kekejangan) atau serangan sawan kepada bayi anda.

 

Doktor bagi ubat demam dan antibiotic (untuk diambil selama 7 hari). Selepas 6 jam, ummi bagi 2ml ubat demam..malam tu sebelum tidur pon ambil sekali lagi ubat demam. Ummi tak bagi antibiotic sebab rasanya tak perlu dan malas nak bagi ubat antibiotic selama 7 hari..lama tuuu..

Alhamdulillah, esok pagi Sabtu Anas da ceria dan cergas..Syukur Ya Allah..